Archive for March, 2006

3 mimpi aneh

Friday, March 31st, 2006

3 mimpi aneh pagi ini:

1. datang ke conference ucapan Mahathir, sekali dapat duduk sebelah Mahathir dan dia tiba - tiba tunduk dan berpesan, “Kalau nak lebat rambut, makan tauhu cina… nanti rambut tak jarang” sambil memegang tangan aku.

2. Jumpa seorang cina peramal no ekor. Belajar cara nak meramal nombor ekor dari gambar porn awek. Bila gua tanya dia,

“Lu sure ke boleh kena nombor ni?”
“Kalau kena, kita kongsi 50-50, kalau tak, gua bagi lu 70% dari lu punya capital”

Namun gua sempat belajar separuh aje so nombor yang gua dapat 2 yang awal je bila tiba - tiba ada cina lain datang nak belajar jugak… segan la gua sebab gua malay.

3. Kantoi dengan akak sickbay bila gua ngan KP gua Azrai Fahmi masuk aspuri, pegi masuk bilik seorang awek kelas gua dulu. Elok je tengah terbalik - terbalik kan mainan awek ni, akak sick bay masuk bilik,

“Ya allah, azrai… apa awak buat ni?”
“er… syyyyyy kitorang tengah nak kemas bilik ni.. akak jangan bagitau warden”

Dalam keadaan cemas tu boleh pulak gua suruh Azrai buat yoga.

Aneh sungguh

Soalan mencerminkan pemikiran.

Friday, March 31st, 2006

Manusia sememangnya tidak dapat lari dari persoalan. Namun ada pelbagai tahap atau mutu persoalan didalam berjuta persoalan yang ada pada manusia. Contohnya persoalan tahap awan adalah persoalan antara manusia dengan pencipta. Atau persoalan tahap klcc seperti persoalan antara manusia dengan manusia (tok guru) atau jua persoalan tinggi lutut.

Persoalan - persoalan yang wujud kadangkala boleh diberi jawapannya dan kadangkala pula boleh dijawab dengan mempersoalkan balik persoalannya. Ada jua persoalan yang boleh dijawab secara sarkis bila soalan yang diberikan disertakan dengan ulasan yang berbentuk personal experience yang terkongkong.

Dan bagi saya, sekarang setelah hampir setahun lebih berkahwin, ada satu soalan yang tak kurang lekang dari telinga yang kiri dan kanan ini.

“dude… dah ada anak?”
“belum”
“ala dude… bila lagi….? tak rock la tade anak.. tengok gua dah ada 2 dah. kawin dah lama, anak tade lagi… apa cite?”
“(whatever la labu asal ko bahagia….)”

Suatu hari yang lepas, god telah memberi ilham baru kepada saya untuk menjawab soalan berserta ulasan sarkis seperti ini.

“dude… dah ada anak?”
“belum”
“ala dude… bila lagi….? tak rock la tade anak.. tengok gua dah ada 2 dah. kawin dah lama, anak tade lagi… apa cite?”
“gua tak pergi oversea lagi dude, so takde la..”
“apa kena mengena anak dengan oversea?”
“romen kat oversea la thrill…. baru dapat anak genius… ini romen takat kat malaysia je anak pun lemau macam lu… suka hati gua la nak ada anak ke, nak ada jin ke… toyol ke..yang lu sibuk nak compare lu dengan gua apahal???”

Tidak ada salahnya bila bertanya. Yang salah adalah bila membuat komen, atau membuat ulasan sarkis ibarat kuasa penentuan adalah milik kita semua.

Jika hidup dalam alam sarkis, maka sarkislah pemikiran kita sampai bila - bila…..

wallahualam

rasa cinta yang tidak dapat diberitahu

Friday, March 31st, 2006

berikan aku waktu yang kau telah berikan
agar dapat aku
mengenali

berikan aku peluang yang telah kau luangkan
agar dapat aku
memahami

berikan aku segalanya yang kau punyai
agar dapat aku
mendalami

bisa aku berlari kepadamu
waktu kau terbang kepadaku

bisa aku menangis keranamu
waktu kau beri rindu itu

oh hanya kau yang telah kau ukir
dalam hatiku

oh hanya kau yang telah kau hadir
dalam jiwaku

bila teman, tapi mesra (from ratu)

Friday, March 31st, 2006

di suatu perumahan urban yang tidak banjir :

wife : i tak kira… kalau u keluar lagi dgn pompuan tu…. u hantar i balik
rumah mak i..

husband : ala… rilek la yang.. u ni jealous yang bukan bukan la… kitorang
just teman aje… teman tapi mesra…

:p

dealova by once

Friday, March 31st, 2006

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

download song

yang kedua sebenarnya

Friday, March 31st, 2006

IMG_6152_c1.jpg

..
yang
..
duit sahaja

..
tidaklah berguna

..
yang
..
untung sahaja

..
tidaklah berguna

..
Yang disebut
..

..
akan jadi bermakna

..
akan hidup selamanya

..
dia

yang pertama atau yang kedua itu

Friday, March 31st, 2006

IMG_6152_c.jpg

Apabila cerita
yang
disebut adalah cerita
duit sahaja

Maka cerita cerita lain
tidaklah berguna

Apabila cerita
yang
disebut adalah cerita
untung sahaja

Maka cerita cerita lain
tidaklah berguna

Tetapi apabila cerita
Yang disebut
adalah cerita “dia”

Maka cerita cerita lain
akan jadi bermakna

Maka kita-kita dan kita yang lain
akan hidup selamanya

Dalam cerita cerita kita dan cerita cerita
dia

Sampai satu saat

Friday, March 31st, 2006

IMG_6170_b.jpg
Sampai satu saat
bila aku lihat
semuanya dia
dalam semua yang
ku lihat,

Bila akan sampai
saat itu atau
sampaikah?

Bilakah waktu itu

Friday, March 31st, 2006

subuh.jpg

Si pelindung yang memegang kuasa waktu
Lindungi aku dalam terang dan dalam gelap

dari kejahatan mereka
dari kejahatan aku
dari kejahatan nafas nafas yang dihembuskan
juga dari kejahatan si pendengki apabila ia dengki

***

?

Bila bermulanya sebuah hari
adalah pada satu waktu itu

Bila berakhirnya sebuah hari
jua adalah pada satu waktu itu

Bilakah waktu itu

Malam ini (itu)

Friday, March 31st, 2006

IMG_1577_b.jpg
Malam ini (itu)

Malam ini (itu) … Malam ini (itu)
malam yang panjang
yang panjang dari malam yang panjang
dari yang panjang yang lain

yang memberi erti
adalah malam ini. (itu)

Yang aku nanti selama ini.