Archive for April, 2006

Review : Sumpah Orang Minyak

Friday, April 28th, 2006

004.jpg

Si bongkok sebenarnya terperangkap antara kehendak dan keperluan. Kehendak boleh diabaikan tetapi keperluan mesti ditunaikan.

Keperluan fitrah untuk seorang lelaki harus dibenarkan secara suci. Namun akibat kehidupan sosial si bongkok yang begitu mengecewakan apabila penduduk kampung tualang tiga hidup dalam prejudis visual terhadap makhluk tuhan.

Idea yang ingin disampaikan mudah sahaja, seperti apa yang dikatakan penghulu bunian, “Jika menghina sesama makhluk, hilang ria timbul bencana”.

Dan lantaran itu, seperti the fugutive si bongkok terpaksa hidup dalam persembunyian. Mujur ada yang sudi berkongsi teman. Hingga satu hari klimaks bila si bongkok dengan daringnya memberi hadiah lukisan kepada gadis Afidah yang digilainya, maka hari itu si bongkok dihalau.

009.jpg

Terpaksa akur kepada kemahuan majoriti mungkin, dan juga demi keselamatan diri si bongkok sendiri dari dijahanamkan nafs nya secara sia - sia, si bongkok dihalau pergi.

Kita menyaksikan ketidak adilan karma di sini apabila prejudis di - implement secara total. Prejudis rupanya telah disarankan kebahayaannya sejak zaman P Ramlee lagi, dan hari ini kita tidak hairan bila melihat segelintir golongan yang dianggap kurang mendalami Islam melalui appearance dibelasah, dicemuh, dilatnes (1) secara gangbang oleh alim alim islam bermisi tuhan, yang saling tak tumpah seperti apa yang penduduk tualang tiga lakukan kepada si bongkok (rujuk scene : kaki si bongkok diikat di kayu)

005.jpg

Namun si bongkok yang sudah kehabisan idea dan hampir hilang pedoman, menangis bagai nak rak di kubur almarhum ayahnya - dia telah dijemput masuk ke alam bunian dan diberi pilihan untuk mengubah takdir hidupnya secara terus bakal membuah transformasi sosial.

Maka di sini saya ulangi, si bongkok terperangkap dengan kehendak dan keperluan. Dia tersilap dalam memilih mengikut hawa nafsu sedangkan jika dia memilih keperluan lebih dari kehendak - ada kemungkinan dia telah bernikah aje dengan awek bunian which is - end of all story.

0081.jpg

Tapi kerana title film ini adalah “sumpah orang minyak”, dan bukannya “Jemputan perkahwinan si bongkok dan awek bunian”.

Satu moral ataupun sumber permbersihan jiwa yang boleh kita contohi adalah : bakat melukis yang tuhan kurniakan kepada si bongkok tidak berubah tetapi wajah kacak yang tuhan kurniakan kepada si bongkok mengubah segalanya.

007.jpg

Simboliknya adalah bermaksud : Allah telah memberi kita segalanya dan tidak berubah nikmat itu, namun dengan yang segala yang diberi Allah berupa nikmat itu bakal bisa mengubah kita kepada manusia yang lebih worse dan hina lagi sekiranya kita lupa siapa yang memberinya kepada kita at the first place.

002.jpg

Dan bila kita ditimpa kesusahan, kekosongan, alone atau lonely - seperti tiada talian hayat lagi. Ketika itulah datang yang bernama syaitan untuk memberi pertolongan.

Kepada siapa hendaknya kita berharap?

003.jpg

***

Dari satu segi, syaitan itu mungkin telah nampak future yang berlaku kepada si bongkok. So dari hidup gersang dalam botol, maka syaitan pun suruh la si bongkok rogol 21 female in a week. Mungkin selepas post-penangkapan orang minyak oleh penghulu bunian, maka terjadilah perbualan antara syaitan dan si bongkok aka orang minyak:

orang minyak : sialla ko syaitan. kerana kau aku jadi macam ni!
syaitan : dude, at least ko merasa la jugak… berapa orang? 12? 18? 20? kalau kau invisible dulu sia - sia je kacak, tak sempat buat apa! sebab tu aku suruh ko belasah 21 pompuan terus…
orang minyak : hmmm.. betul jugak. at least aku rasa la 18 kali sebelum kena jail dalam botol nih! haii nasib.. nasib.

tamat.

Betapa liciknya plan syaitan….. dah kena tangkap pun still terpedaya…. kesiannn si bongkok. kesiannnnn.

***

Bacaan Lanjut:

1. Latnes - atau sental. Ini term ketika saya anak-anak persekolahan dahulu bagi menggantikankan kata kerja “Bantai”. Penggunaan lain seperti, ” malam ni ada budak form one nak kena Latnes”. Perbuatan Latnes adalah salah sebenarnya namun dilihat seperti satu perbuatan mulia kerana Latnes atau sental adalah seperti mencuci kolar baju sekolah yang berdaki. Begitu juga melantnes budak form one yang mencuri dsb.

Adakah matlamat menghalalkan cara?

I’m a Count, not a Saint.

Wallahualam

Jika agama itu turun ke kutub selatan :

Friday, April 28th, 2006

Jika agama itu turun ke kutub selatan :

Maka hari ini kita ke masjid memakai jaket bulu yang tebal bersama hood,
memegang quran dengan glove nautica.
memakai but,

dan mungkin kita ke masjid yang berbentuk igloo
dan mungkin lagi,

kita ke masjid dibawa anjing anjing yang kencang berlari…..

Nyaris agama turun ke mekkah……

* Tambahan lagi : mesti kita nampak orang pakai alatan seperti headphone di teliga, ( apa nama ha?). Ini mungkin bagus sedikit bila baca quran lebih khuyuk wa tawadude, tanpa gangguan jelmaan syaitan yang zahir dijelmakan dari ruang angkasa syaitan.

kategori konflik jiwa

Friday, April 28th, 2006

Melihatkan ada yang beria mengurangkan elemen melayu dalam diri, membuat transformasi arabic kedalam sosial pemikiran yang membawa kepada pengkecamukan budaya agama dalam perjalanan mencari tuhan.

Adakah kerana mungkin kelak di syurga berlaku ini?

***

Ramai candidate sedang beratur dipintu syurga. Tidak dapat dinafikan, memang ada yang tersungkur di pintu syurga. Namun ketika seorang yang berjubah & berserban di depan seorang yang berbaju melayu & bersongkok, terjadi satu ceritera.

Kelihatan cahaya yang menjaga pintu sedang membuat inspection :

M. Ridhwan : Apa nama kamu?

Manusia : Ana Syed Sheikh Al Madhina Wa Mecca, fi Madrasah wa jumjumatun ilal al hafaz shj. Ana memakai jubah, serban yang besar dan wangian attar, juga ada sepeket kurma kalau ente mahu.

M. Ridhwan : Thanks but no thanks, Ok, u masuk. Next….

…….

M. Ridhwan : Apa nama kamu?

Manusia : Sang Bongkok.

M. Ridhwan : Sang Bong what??? Bangsa apa kamu ini? Baju apa ini?

Manusia : Malay, and my baju is baju melayu, spesifically teluk belanga. I dari Kampung Tualang Tyga.

M. Ridhwan : Sorry u r not in the list. Tak cukup arab lagi… Next!

***

bukan prophet dah minta discount 90% ke?

Thursday, April 27th, 2006

002.jpg

Dalam kalut ada peraturan. Peraturan cipta kekalutan, dimana pula kau berdiri? (1)

Ooooooooooooo
Sangat gelojoh.

Oooooo
Nanti dulu….

Bacaan lanjut

(1) Tanya sama itu hud hud by M Nasir

tiada kata yang tak cliche bagai habis bahasa bermutu

Wednesday, April 26th, 2006

oleh ahmadzombie tentang yang hangat dan hangat dan hangaatttt, respon pada penulisan seorang penulis tentang mengapa dia mencemuh film gubra.

***

Prolog, antara emosi dan iman

Orang yang beriman akan bertenang dalam semua keadaan. Mungkin seperti jika diapi apikan atau dibakar dengan apapun, dia tetap akan tenang dan tidak melenting kerana dia faham dimana kedudukan dia. Dia juga tahu iman tidak dapat dilihat melalui pakaian kerana soal iman adalah antara dia dan maha pencipta, bukan untuk dilihat oleh komuniti. Maka mungkin jika ditanya komen tentang apa yang u rasa bila ramai orang belasah u?

I takut la kena selema burung…. bahaya tau.

****

Sesiapa pun didalam dunia ini boleh mencemuh sesiapa selagi dia mahu mencemuh, namun apabila sebab pencemuhan dijelaskan agak kurang tepat dan mungkin kurang selari dengan pendapat saya, maka harus saya menulis sesuatu untuk itu.

Semacam, “la…. ko cemuh sebab ini ke… sia -sia je ko sekolah agama… ”

Anyway, sekiranya pemerhatian saya kurang tepat, maka maafkan saya.

Okai where to start. Aha… kisah Nabi Musa menegur Firaun tidak menggunakan bahasa manja, dan juga kisah Nabi Ibrahim yang tension lantas menjawab dengan kapak sahaja.

“Dalam sejarah Nabi Musa menegur Firaun tidak pernah baginda menyatakan, alahai bapaku sayang yang manja lagi berwibawa marilah intan payung menyembah Allah.”

Saya perbendapat psikologi kaum al kafirun waktu itu sangat rendah. Orang dia dah la otak lemau- ganas, kasar, kejam, jahil lagi barbarian. Pantang tegur mesti berbunuh. Kalau orang - orang macam ni, memang tak payah jawab dengan mulut. Jawab dengan kapak ajela. Tapi orang - orang zaman kita ni, orang - orang zaman cyber kononnya ini, zaman blog nih…. takkan kita nak ajak mendalami islam pakai ayat kasar bang. Ter-Apply ke nahi mungkar?

Gini la contoh dia : Ada satu mamat ni, tengah sedap 2 beromen dengan isteri, tiba - tiba ada orang ketuk pintu. Keluar tengok2 ada cam orang Arab dua tiga orang. Tapi muka melayu. Tiba2 ajak pegi masjid semayang. Tiba je bagi dakwah. Pastu (ini rekaan) pulak, tiba2 mamat yang baru inzal ni pun cam banyak la berdalih, itu la ini la… ye la bini kat dalam tengah pakai baju akhirat aje… last2 tiba2 orang arab yang muka cam melayu ni sound mamat marah2 ajak buat kebajikan. Sound guna ayat kasar pulak tu… pastu 2 -2 ekor sama2 bengang. Pastu sama2 naik angin.

” Apa ko ingat ko pakai jubah serban ada sheikh maulana universiti of tehran apa kebenda ko boleh bawak aku masuk syurga ke?”

” Eh awak ni! Nak masuk neraka ke? Pantat la wei! Orang ajak cari tuhan awak membantah pulak! Ni yang saya nak hayun nih! (*^&*&%#$#%$&^&*(V”

“Eh awak punya hayun je yang awak kira. Awak tak tau sebab awak ni la saya stop hayun tadi ni… ni yang buat saya nak berperang ni ! ha perang karang karang ! perang!”

” Jihad ! Jihad ” Allah huakbar Allah huakbar ! Hayy Allah! - ” Lantas orang arab yang muka melayu ini pun mengeluarkan parang dan mencantas telinga tuan rumah. Cantas je tak bunuh lagi. TAMAT

SO adakah imaginasi melampau ini boleh fit kepada ayat ini - “Dalam menegakkan kebenaran, Islam bukan sahaja menggalakkan bahasa kesat, malah diwajibkan pergi berperang.”

Berperang untuk kebenaran atau berperang bila nak kena serang untuk mempertahankan kebenaran? Yang mana prophet ajar?

Menyamakan keadaan dakwah zaman dahulu dengan sekarang mungkin boleh kerana orang yang kafir (1) akan tetap kafir. Namun menyamakan keadaan manusia dan realiti waktu itu dengan sekarang mungkin agak sipi. Dulu kitab zabur ngan taurat tu ada berapa suhuf aje. Al quran dah complex. Sesuai la dengan peradaban manusia. Zaman taurat , zabur, psikologi manusia belum mantap. Ibadat bukan macam solat tapi cukup berzikir dan berselawat. Ekonomi, komuniti tidak detail dan tidak perlu kepada hukum mualamat yang complex.

Zaman prophet Muhammad, orang macam jin perangai jahiliahnya, tak puas hati terus berbunuh. Itu yang prophet muhammad fedup pegi lari duduk dalam gua sorang2. Confuse. Berfikir. Apsal community dalam hidupnya teruk sangat. Takde solution ke. Maka kebingungan prophet itu god turun kan iqra. Maka solution untuk semua keadaan adalah mengenali tuhan dan untuk mengenali tuhan, kita harus mula membaca. (cari ilmu )

Wallahualam.

Namun jika dahulu para nabi menggunakan kata - kata kesat sekalipun - sebenarnya masih lagi kurang tepat kerana rasanya saya yang tak sekolah agama ni, nabi menggunakan hikmah, rather than kata kesat. Ada perbezaan berkata TEGAS, dan berkata KESAT.

Ok next. Mari kita lihat ayat “Allah pun gunakan kera, babi, celaka, anjing untuk mengumpamakan orang-orang yang menentang Islam dan keliru ini. “

ALLAH PUN gunakan kera babi….. pertama… perlukah kita samakan diri kita dengan Allah? (ulang, ALLAH PUN ). Kalau Allah gunakan babi ke kera ke kereta proton ke, Allah tu tuhan. Kita ni makhluk. Hati - hati dalam penulisan kalau tersyirik sia-sia saja belajar sekolah agama, baik pegi sekolah sains. Kita bukan tuhan untuk meletakkan hak dan yang paling penting, jangan jadi tuhan untuk menghakimi manusia lain. (2) Hatta kalau bilal sekalipun, adakah semua bilal harus dicerminkan sebagai yang paling idealist? Adakah semua muslim yang tidak memakai jubah atau purdah atau tudung itu harus ke neraka?

Allah menjadikan saya, Allah menjadikan kamu. Allah menjadikan Yasmin dan Jason, dan Allah juga menjadikan orang melayu yang bercita-cita ingin menjadi orang arab. Maka hanya Allah yang layak, dan hanya Allah yang mempunyai power untuk mengutuk sesiapa pun diantara kita. Namun ini tidak sama sekali membenarkan kita mengutuk sesama sendiri. Dan parah lagi, kita menggunakan alasan rahim maarof nehi mungkar…. :p

Allah tak kutuk pun makhluk yang dia cipta. Dia jugak jadikan kafir, Dia jugak jadikan celik. Dia yang bagi hidayah, Dia yang uruskan segalanya. Dia yang bagi roh, Dia yang bagi jasad.

Ibarat seorang artis atau painter ni, dia lukis gambar beruk, pastu dia sendiri kutuk - “Ahhh buruknya muka beruk ni… macam beruk!”

Kalau Allah kutuk makhluk yang Dia cipta, maka adakah Allah bernafsu? Allah pulak yang ada kehendak. Ini sama macam film Kingdoms of Heaven la ni. Kita boleh serang depa ni, sebab apa? Sebab God’s Will. Kita boleh berperang dengan depa ni. Sebab apa? Sebab God’s Will.

God’s will kepala hatuk engkau tuhan mana ada kehendak. Kalau tuhan ada kehendak, tuhan ada kekurangan. Kalau tuhan ada kekurangan… maka bukan tuhan la tu…. ya rabiii tengok aku pun dah tersebut kepala hatuk. Sorry ye. I cuma manusia.

Dia yang tunjukkan jalan yang lurus. Adakah kita rasa jalan lurus dari Allah itu semacam satu lurus sahaja atau ada banyak yang lurus. Allah maha. Tak terbayang dan tak terimagine kita tentang bagaimana jalan yang lurus yang satu itu boleh fit kepada semua makhluk.

Allah memberi perumpamaan untuk kita manusia berfikir - bukan untuk menghukum. Perumpamaan Allah jangan disalah tafsir, dan jangan jadikan alasan untuk sesuatu yang kita motif. (3)

Maka saya rasa cukup sahajalah apa yang saya tuliskan opinion ini, cuma yang terakhir sekali ini - sedikit kongsi untuk tafsir ayat yang saya copy dari blognya juga… (thank u for sharing) :

Al-Masad ayat 1-5: Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar.Yang di lehernya ada tali dari sabut.

Antara moral yang boleh didapati dari ayat ini adalah : Dude, u memang suwey la sebabkan tangan u yang gatal nak taip yang bukan bukan. Takde faedah apa u buat sebenarnya sebab u sendiri yang duduk dalam amarah. Amarah u tu punya la baran, berapi - rapi dan pulak - ada sokongan dan tukang bakar… tukang support untuk apa yang u agendakan. Sedang yang tukang support pun tergantung - gantung confuse, inikah kebenaran?

Anyway ah siapa peduli? Itu blog dia maka dia bebaslah nak kata apa. Dan oh ya! Siapa peduli juga ? itupun filem dia maka bebaslah dia nak kata apa.

Wallahualam dan sesungguhnya yang baik datang dari Allah, juga yang jahat pun datang dari Allah. Saya tiada kuasa lagi tiada daya melainkan daya yang Allah beri. Dengan apa yang saya tulis ini bukan untuk berhujah untuk menentukan kebenaran siapa salah atau siapa yang betul. (4)

Bacaan Lanjut

1 - Allah Pelindung kepada orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Al baqarah 2 : 257

* agaknya orang yang asyik marah - marah ni, yg suka komplen mungkin panas duduk dalam neraka? ntahle.

2 - Laskar cinta by DEWA19 in Republik Cinta– “wahai jiwa - jiwa yang tenang, jangan sekali kali kamu, Mencoba jadi tuhan dgn mengadili dan menghakimi”

3 - Atas nama cinta by DEWA in Laskar cinta - “Apapun cara kau tempuh, untuk dapatkan yang kau mau, meski kau harus jual murah, ayat ayat suci tuhan. ”

atau rujuk Al Baqarah 2:41

4 - Laskar cinta by DEWA19 in Republik Cinta- “Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya, serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.”

***

life in a mirror, living, in a mirror

Wednesday, April 19th, 2006

IMG_8086.jpg

baladewa dan fanadewa

Monday, April 17th, 2006

IMG_7976.jpg

Bila Dewa turun ke Planet (hollywood) semalam, maka bergerombolanlah segala fans dari ceruk ceruk dunia key-ell ini bagaikan bala yang datang menimpa… (ramai gila).

Maka dalam keramaian Fans ini pastinya ada yang Fana….

kerana apa?

***

-> download clip dewa turun ke planet(hollywood)

donia oh donia #01

Monday, April 17th, 2006

sarban.jpg

tandania

Sunday, April 16th, 2006

tandania.jpg

Mengisahkan tanda2 petto, kua dan andy…didalam dunia mereka - tandania.

1st siri review bersama razali isa - tukang bikin ketuanya juga idea…. mmg kelakar habis. Respect to razali isa yang punya idea itu sejak dari 1st year dolu dolu (masa sekolah) and sampai today - will be animated feature tv soon.

dude… buat dvd dude… dvd satu!

an opinion from a wise guy

Thursday, April 13th, 2006

alislamoct20051.jpg