Usulluname # 01 - Bank Rakyat
Usulluname # 01 - Bank Rakyat
Soalan : Cuba anda teka, macam mana bank rakyat boleh dapat nama Bank Rakyat?
Jawapan : Pada zaman dahulu, ada seorang sultan ni. Pastu dia nak buat bisnes, so dia find out yang bisnes duit paling laku dan paling cepat dapat untung. So sultan ni pun bukak la bank dan bagi nama “Bank Sultan”.
Namun setelah a few days operation hingga ke a few month, ternyata “Bank Sultan” ni profit dia tak banyak mana. Maka sultan yang murka dan murung ni pun pegi la turun padang and buat research apsal la bank dia tak laku.
So rupa - rupanya, bank dia ni agak menyusahkan orang sebabnya setiap kali customer nak masuk bank, diorang kena sembah “Ampun Tuanku” walaupun sultan takde kat bank. So ini sudah menyusahkan orang dan melecehkan. Nak keluar duit kena Ampun tuanku, masuk duit Ampun tuanku, bukak akaun Ampun tuanku… so customer pun fedup last2 simpan aje dalam bantal.
So punya la sultan fikir punya fikir last - last dia dapat idea : Instead of Bank Sultan, sultan pun tukar nama kepada Bank Rakyat.
Lebih sense of belonging…. lebih dekat kepada rakyat dan yang paling penting…. visually perasaan adalah bukan sultan punya tetapi terasa macam rakyat yang punya. Bila bank tu terasa cam bukan setakat bank bapak kita, tetapi bank kita maka kita pun selalu la pegi ke bank itu.
Maka jadilah nama “Bank Rakyat”…..
Sapa yang gembira? Sultannnnnnnn jugak.
Sekian.