Archive for April, 2006

Yang paling kosong yang paling best ke tak best?

Thursday, April 13th, 2006

Di bulan Ramadhan yang lalu,

Suatu petang hampir berbuka, saya , isteri dan Azrai yang sedang berlegar di KLCC cuba mencari tempat berbuka yang paling ideal untuk melantak ( since datang secara oriented ke sini maka perlulah berbuka di tempat yang best, kan?)

Maka pusing punya pusing yang hampir lewat - semua tempat best sudah pun dipenuhi manusia manusia. Maka kami sepakat mengambil keputusan untuk berbuka di Burger King sahajalah. Di situ yang paling kosong. Yang paling kosong mungkin yang paling tak best since yang lain penuh?

Dan kami berbuka seadanya seperti muslim muslim yang lain yang didahului saya sendiri tatakala muslim yang lain sibuk menoleh kekiri kekanan, “eh dah masuk waktu ke belum?”

Now the best part is… setelah kenyang, kami pun yang suam - suam minda ini baru sahaja hendak berangkat bila kami ternampak Uncle A. Samad Said dan isterinya masuk untuk “tapau” burger. Kekagetan jugak sebab sebenarnya kami baru sahaja lepas discuss pasal A. Samad Said kerana beliau baru diinterview dalam AL ISLAM bulan october punya issue.

(lakonan balik)

“Dude… A. Samad Said dude… tanak salam ke?” bentak saya kepada Azrai.

Agak lama juga kami mengumpul energy dah setelah kuat hati, kami pusing kearahnya sebelum keluar dari burger king,

“Assalamualaikum Pak…”
“W’salam…. haaa lama tak nampak… keje macam mana? OK?”

(walhal baru first time jumpa )

” Keje baik…. saja … ( dipendekkan perbualan) kami nak tanya Bapak.. apa pendapat Bapak tentang Ibnu Arabi…?”

” Ibnu Arabi…. ouh…. dunia barat mengkagumi Ibnu Arabi kerana persepsi spiritualnya… mereka mengagungkannya kerana teruja dengan cara Ibnu Arabi menghayati penngalaman rohaninya…. youngsters barat especially sudah tidak mempercayai kisah - kisah dongeng gereja seperti Joan of Arc… jika Joan of Arc mendapat revelation dari god, mereka turut mahu ‘merasai’ moment bersama tuhan ini…. kerana itu mereka amat terpesona dengan Ibnu Arabi…”

selebihnya mungkin kurang sesuai ditulis disini.

Namun rumusan on that day ada 2. Pertama, mat salleh atau lahiriahnya kita cop Al kafirun sudah gila gila mengkaji Ibnu Arabi, sudah gila gila mendalami Ibnu Arabi maka bila lagi sekolah sekolah menengah kita hendak didedahkan dengan personaliti sebegini? Dan juga (rujuk AL ISLAM october 2005 ) our sasterawan negara Uncle A . Samad Said pun sudah mula mengkaji pengetahuan seumpama itu… ibarat orang yang paling genius tulisannya, karyanya pun sudah mula mendalami maka boleh juga dikatakan - sesuatu yang bisa bersembunyi atau disembunyikan sudah sampai ke era global dimana tidak tertahan lagi segala tipu daya dunia ini… mungkin (?)

Dan of course kesimpulan ke 2 - tempat yang kosong tidak semestinya tak best kerana mungkin tempat yang kosong itulah pengetahuan akan datang kerana ada ruang…..

review : GUBRA

Thursday, April 13th, 2006

poster1.jpg

Sesetengah dari kita TerGUBRA bila melihat bilal pegang ajing…. bilal baik dengan pelacur… bilal biarkan pencuri kena korek mata oleh Along…

Saya berpendapat Gubra mempunyai terlalu banyak mesej yang hendak disampaikan jua sindiran kepada bangsa malaysia. Dari satu segi ianya amat bagus untuk yang sudah mendapat revelation atau mendapat pemikiran kearah kesempurnaan manusia namun STILL- bagi yang memakai tempurung di kepala saya rasa sama ada melenting tidak tentu fasal atau menyampah tetapi sebabkan tidak cukup knowledge maka mereka menyumpah kedai kopi sahaja.

Atau jua mungkin bagi yang mempunyai kuasa memetik suis lampu - mereka mungkin boleh menutup sahaja lampu itu (?)

The One vs The many

Pada saya agenda Yasmin adalah idea - “Oneness” atau “satu”. Idea ini tafsirannya pelbagai mengikut level. Mungkin boleh jadi kesatuan komuniti rather than separation seperti cina, cina sahaja dan melayu, melayu sahaja. Mungkin lagi idea ini lebih kelangit ideanya (atau kedalam hati) bila idea “satu” ini diplacementkan pada fahaman atau pegangan… senang cerita akidah le bai…

Kerana itu dalam pelbagai mesej atau pelbagai maksud ataupun pelbagai knowledge yang hendak Yasmin kongsi atau share - yang paling akhir sekali adalah yang paling ultimatum. Mesej yang paling akhir itu yang saya rasa boleh mengundang resurrection akal atau pemberontakan fahaman religious. Mengundang ada banyak seperti mengundang bala atau juga mengundang tetamu yang tak diundang pun boleh jadi juga. Dan apabila kita mengundang sesuatu, pastinya awal - awal lagi kita sudah bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai bencana - maka betullah “tawakal” adalah jawapan yang paling optimistik.

Petikan dari Rumi, ” The lamps are different but the Light is the same:” yang terpapar selepas beberapa scene keinsafan setiap character dalam film - mereka semua kembali kepada tuhan. (Cukup disini).

Persoalannya wajar begini - Jalaludin Rumi kurang dihiglightkan di Malaysia ini kerana apa ye? Atau yang seumpama dengannya seperti AL - Halaj… Ibnu Arabi… atau juga Hamzah Fansuri…. kenapa kenapa kenapa?

“kenapa biarkan rakyat menderita?” Kata seorang pemandu teksi kepada kami beberapa bulan yang lalu. Sambung, dan persoalan seterusnya pula, kalau ada orang bawa ideology mereka ke sini maka apa pula yang jadi ye?

Anyway,berbalik kepada idea “Oneness” ini, selalunya yang satu ini (diri sendiri) mempunyai ramai dan banyak musuh… of course…. siapa yang paling ramai menghasut manusia?

Wallahualam.

Lain - lain : Saya merasakan yang Orked bakal hidup dalam drama swasta kerana kebahagiaan marriage - nya adalah khayalan tv sahaja bila melihat scene Rabun dalam tv. Dan benar, akhirnya Orked masih hidup dalam zaman silam kerana yang paling sukar untuk dia lupakan atau yang paling sukar untuk dia lepaskan adalah hidup didalam memori bersama Jason. Well that’s why maybe the scene ended like that.. it is not what if - it is : that is….

jasonorkedinbed.jpg

Apapun mungkin rezeki pada hari itu bila kami menonton ntah macam mana rupanya Yasmin pun ada, Orked pun ada dalam cinema yang sama. Maka datin saya Pn. Seri Anda tak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Puan Pengarah. Mak Orked pun ada rupanya patut la bila tengok kat depan tu afsal muka budak kecik ni macam familiar?

Bacaan Lanjut:

The lamps are different but the Light is the same

Review Gubra

* Gambar Jason & Orked in bed dicilok dari http://greentank.blogspot.com/

Happy Birthday of the world of the universe.

Thursday, April 13th, 2006

hairjadi.jpg

Yang paling bermakna adalah sambutan harijadi surprise oleh bini & kawan - kawan kepada kita, atau pun surprise dari family kita. Bila hari itu adalah hari orang lain mengingati kita kita rasa … ahhhh ingat jugak diorang kat aku…

Namun jika tiada surprise harijadi pun bukanlah bermakna tidak kita ingat pada empunya harijadi. Cuma sesetengah manusia romantiknya tidak ditunjuk - tunjuk atau ingatannya tidak dizahirkan.

Itu adalah kisah harijadi seorang diri. Bagaimana pula dengan dunia ini? Atau komuniti ini? Atau empunya nafas - nafas ini? Harijadi pokok… harijadi tanah… harijadi besi… harijadi kucing… harijadi ikan laga….harijadi kamu… harijadi aku….

Bilakah harijadi kita semua?

Happy Birthday of the world of the universe semacam ada dan wujud - dan pastinya pada hari jadi ini akan lebih bermakna bagi semua orang malah semua yang menyambutnya…. significant atau feel tertentu sambil memandang dan senyum senyum sendiri mungkin?

Ya lah… kalau ada harijadi sedunia atau harijadi sealam seperti yang ditulis ini, maka bergembiralah kita semua kerana pada hari yang super - maksimum - ultimate - bermakna ini… (kerana volumenya adalah infiniti, maka meaningfulnya juga infiniti ) kita semua dizahirkan….. kita semua dilahirkan… dan kita ini bukan merujuk kepada yang employee, self employed, business owner dan investor sahaja malah pokok kaktus dan ikan laga juga turut bergembira pada hari yang sama!

Happy Birthday of the world of the universe…..

siri kilast #010 - Burung, Pak Tua dan Cik Buyung

Tuesday, April 11th, 2006

Kilast petang itu singgah makan seafood yang bukan seafood. Kilast sedang dalam berehat rehat dalam sedang bersenang senang… Kilast ternampak sekumpulan burung burung yang berkata kata sesama sendiri. Kilast cuba menghampiri dan cuba mengamati. Seperti burung burung ini ada kumpulannya sendiri. Kumpulan burung sakti bunyinya. Burung yang terbang semuanya harus ada posisi - posisi (formation) sendiri, secara 1… secara 3….10…40… dan rupanya burung ini terbang dari negeri Khan-Alam-Lemau ke mari jauhnya.

Kilast cuba hendak lari bila burung burung ini tiba tiba datang mengelilingi. Kilast cuba meloloskan diri kerana burung burung ini besarnya bagaikan menteri! Dalam keadaan kalut serba serbi itu Kilast lagila pulak sebenarnya tidak faham apa yang burung burung cuba sampaikan.

Bagaimana pula boleh faham kalau burung berkata kata bahasa burung dengan manusia!

Dan datang teksi tiba - tiba, Kilast pun lari meninggalkan sepi burung burung. Didalam teksi, driver cina tua, hensem juga masa mudanya sedang mendengar lagu ini :

http://sg.geocities.com/mn_nasir02/ab_saudagar_mimpi.html#insan_dan_manikam

Kilast bertanya, “Kemana ini?”
Driver berkata, “Kemari……..”

****

Juwita

Tuesday, April 11th, 2006

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku

Tiada kata yang tak cliche

Bagai habis bahasa bermutu

Sedang engkau teristimewa buat diriku

Ilham tugu taj mahal

Didirikan

Barangkali kita perlu

Melihat disebalik materi

Kau wanita

Aku lelaki

Ayuhlah kita mengikat janji

Kau juwita menolak segala dusta

Citra terindah cerita yang sakti

Kuserahkan nasibku pada cinta murni

Untuk aku rasakan murni

Patukahku hancurkan badanku ini

Kau tetap menjadi

Ooo.. Ooo.. Pujaan

Ooo.. Ooo.. Juwita

Kaulah segala-galanya

download song juwita.mp3 Ooo OOo… juwiiiitaaaa

Usulluname # 02 - Balakong

Friday, April 7th, 2006

Usulluname # 02 - Balakong

Soalan : Cuba anda teka, macam mana BALAKONG boleh dapat nama BALAKONG?

Jawapan : Pada satu hari ni ada seorang awek ni nama dia Suzana. Suzana ni ada balak nama dia Rahmat. Suzana ni ada housemate nama dia Mei Ling.

Ok Suzana ngan Rahmat ni memang couple gila la. Jiwang gila… like love is blind. Sekali satu hari tuhan nak uji si Suzana yang sayang gila2 ngan dia punya balak… Rahmat telah mati dan kembali ke rahmat Allah bila Rahmat terlibat dalam satu accident.

So punya la Suzana frust gila sampai gila isim sebab boyfriend mati. So bila Suzana balik rumah, Mei Ling pun tanya Suzana…

” Su… mana u punya balak?”
“Balak i dah mati la….”
” u mean… BALAK - KONG???”
” ye… Balak i sudah Kong!”

So last2 sebabkan terlampau kiciwa amat sangat aleh2 Suzana couple ngan Mei Ling jadila diorang ni Lesbo.

So itulah kisahnya macam mana BALAKONG boleh dapat nama.

Sekian.

Anda : mana aci kesian la kat Rahmat sebab mati

Ahmadzombie : Abis tu nama pun Rahmat, Rahmat is bless. God bless Rahmat. God rahmati Rahmat.

Habisssssss… pastu Ahmadzombie ngan bini pun sampai la kerumah diorang.

Usulluname # 01 - Bank Rakyat

Friday, April 7th, 2006

Usulluname # 01 - Bank Rakyat

Soalan : Cuba anda teka, macam mana bank rakyat boleh dapat nama Bank Rakyat?

Jawapan : Pada zaman dahulu, ada seorang sultan ni. Pastu dia nak buat bisnes, so dia find out yang bisnes duit paling laku dan paling cepat dapat untung. So sultan ni pun bukak la bank dan bagi nama “Bank Sultan”.

Namun setelah a few days operation hingga ke a few month, ternyata “Bank Sultan” ni profit dia tak banyak mana. Maka sultan yang murka dan murung ni pun pegi la turun padang and buat research apsal la bank dia tak laku.

So rupa - rupanya, bank dia ni agak menyusahkan orang sebabnya setiap kali customer nak masuk bank, diorang kena sembah “Ampun Tuanku” walaupun sultan takde kat bank. So ini sudah menyusahkan orang dan melecehkan. Nak keluar duit kena Ampun tuanku, masuk duit Ampun tuanku, bukak akaun Ampun tuanku… so customer pun fedup last2 simpan aje dalam bantal.

So punya la sultan fikir punya fikir last - last dia dapat idea : Instead of Bank Sultan, sultan pun tukar nama kepada Bank Rakyat.

Lebih sense of belonging…. lebih dekat kepada rakyat dan yang paling penting…. visually perasaan adalah bukan sultan punya tetapi terasa macam rakyat yang punya. Bila bank tu terasa cam bukan setakat bank bapak kita, tetapi bank kita maka kita pun selalu la pegi ke bank itu.

Maka jadilah nama “Bank Rakyat”…..

Sapa yang gembira? Sultannnnnnnn jugak.

Sekian.

Usulluname # 0 - History

Friday, April 7th, 2006

Usulluname

* Nota

Usulluname adalah praktis spontan untuk menguji sejauh mana manusia boleh berkata - kata tanpa berfikir, dan kata - kata itu boleh dikaitkan antara satu sama lain yang membawa kepada asal usul sesuatu perkara atau nama.

Usulluname boleh dikategorikan sebagai monolog manusia dengan dirinya untuk menentukan sejauh mana fikiran boleh menerima alasan, sejauh mana fikiran boleh mencipta kebenaran yang palsu semata - mata untuk kepuasan akal manusia.

Periode asal - usul adalah didalam kereta ketika ahmadzombie sedang drive, dan isterinya anda akan menjadi hakim untuk menentukan sejauh mana logiknya asal usul ciptaan ahmadzombie yang semestinya karut lagi menyesatkan itu.

Amaran : siri Usulluname adalah hiburan ringan antara suami isteri dan semuanya dalam cerita asal usul adalah rekaan dan KARUT semata - mata yang bertujuan bukan fitnah kecuali fiksyen.

Enjoy!

Buat manusia yang diuji tuhannya

Thursday, April 6th, 2006

1. Moral

Sekiranya moment anda adalah antara moment moment ter-paling dukacita di dalam siri journey perjalanan hidup anda, maka bersyukurlah kerana seperti picasso yang mempunyai tahun - tahun birunya atau seperti prophet Muhammad yang mempunyai tahun dukacitanya,

Selepas itu rupanya our prophet mikraj ke langit (?) bertemu god, - kemuncak agama atau kemuncak tauhid. kemuncak ini adalah result kepada mini mikraj kita iaitu solat!

dan lihat apa yang berlaku selepas selepas itu?

Prophet berhijrah pulak dari kota mekah ke kota madinah sebagai satu symbol kemenangan bagi satu transformasi sosial.

Seperti sebuah siri yang sudah sampai keakhir rancangan - pasti ada satu happy ending.

Bagaimana audience cuba untuk “merasai” ke-happy-ian itu adalah kerana sebelum ini audience telah dihidangkan kesedihan yang multiple, amat sangat. Kesedihan yang kalau tak nangis memanglah hati lu keras takpun hati lu mati takpun senang cite lu bukan manusia. Tetapi pada akhir kisah, kesedihan - kesedihan di-pay back maka kerana itu kegembiraan ultimatum adalah rasa yang berkekalan… sampai audience balik rumah pun still boleh layan perasaan.

2. The package is always balance.

Nomalnya manusia tidak merasai sesuatu nikmat itu melainkan bila ditarik.

Atau kata Duta of SO7 - Kau tak’kan pernah tahu apa yang kau miliki, Hingga nanti kau kehilangan ( 1 )

Maka kerana itu jua god telah memberitahu, MALAH, berjanji kepada khalifahnya di bumi ini :

Selepas kesusahan, ada kesenangan,
dan sesungguhnya, selepas kesusahan ada kesenangan.
……. hanya kepada tuhan hendaknya kamu berharap. (2)

Seorang teman yang lebih senior pernah berpesan dalam lawak yang bermaksud high, ” rilekslah dude…. Dia bagi kau cukup2… Dia kenakan kau cukup2… kau ingat saja2 ke? Next year kau nak jadi wali la tu…. kekekkekeke ”

Manusia mana yang tidak diketuk hancur hatinya ( the shattered heart ), manusia mana yang tak bergoncang akidahnya - kecuali bakal mendapat invitation untuk sesuatu yang nilainya mungkin tidak tertanding……..

wallahualam.

(1) SHEILA ON 7 - Percayakan Padaku

Lirik ini suruh percaya pada siapa sih? Percaya kepada kekasih lelaki maka akhirnya terkangkang juga kamu, percaya kepada kekasih perempuan, buta kan kamu.

(2) Quran - Al insyirah 94

review : GANGS OF NEW YORK

Wednesday, April 5th, 2006

788465.jpg

DVD : pinjam dari Fazrai
Tayangan : Rumah zombie
Majlis apresiasi film & diskusi : Bersama Al fadhil Ikhwan Fadzli di kedai makan 2003.

Masyarakat evolve. Begitu juga manusia. Begitu juga agama. (1) Dari zaman jahil kepada zaman modern, hingga kini zaman selepas modern - persepsi manusia sudah dipusatkan kepada diri manusia itu sendiri. Ssswai dgn pepatah muslim melayu, “kubur gua, kubur gualah, kubur lu, kuburlu lah”. Namun dalam pada itu, wujud pula pepatah sampingan “lu mati pun lu perlu orang cam gua gak nak tanam lu”.

Keadaan New york zaman itu cukup jahil lagi menjahilkan. Rasa - rasa nak bunuh, lu boleh bunuh aje, rasa - rasa nak cucuk, lu cucuk aje la. Maka tak ubah seperti haiwan jualah kehidupan mereka bezanya haiwan tak gang-bang atau berjemaah dalam perkara -
perkara tertentu.

Sekiranya ada artisan zaman itu yang berstatement ” Saya mahukan lelaki yang beriman dan beragama untuk membimbing saya”, maka tak perlu la kita jawab ” lu rasa ada ke ustaz nak kawin dgn lu?” tak pun ” macam la kalau lu jumpa pun lu boleh tahan dengan ritual agama depa” kerana sememangnya tiada langsung yang boleh dipercayai naluri dan pegangannya. Hatta paderi pun menjadi ketua gangsta.

Gangs of New York adalah film 2 - 3 jam yang penuh dengan trauma dan moral bagi yang mahu berfikir. Seperti kemasukan jajahan hati generasi MTV hari ini yang rata - rata menyemat hati adik - adik kita, malah later anak - anak kita : tidak sempat sesebuah rumah itu untuk dipastikan tiang serinya kukuh berdiri begitu jualah hati anak - anak kita kelak nanti, sempatkah kita didik fundamental agama mereka sebelum terjebak dengan budaya plastic dari luar?

Yang paling ditakuti bukanlah musuh nyata dari luar tetapi musuh musuh yang bersembunyi dari sini. Musuh - musuh yang bisa bersembunyi yang meniupkan was was kedalam dada dada kita.

Lantaran itu dalam keadaan yang cukup membimbankan kita terhadap the next generation inilah membuatkan kita terfikir bisa logis suatu hari nanti Malaysia mungkin jadi seperti Atlantis. Modernnya melebihi akal dan akal yang tidak bertauhidkan agama lantas pada suatu hari yang malang : tuhan menterbalikkan Malaysia hingga jadi padang jarak padang tersungkur kita.

Maka hari itu berlakulah kiamat kecil bagi kita kita yang tidak lagi diberi kesempatan untuk memujinya di dunia.

Malaysia oh tanahair ku…..

Wassalam

Bacaan Lanjut
(1) Bukannya agama islam evolve agama baru. Ini konteks lain seperti agama Nabi Ibrahim evolve untuk Musa, Untuk Isa dan akhir sekali untuk Muhammad S.A.W.

Info movie ini:
http://www.imdb.com/title/tt0217505/
http://www.herbertasbury.com/gangsofnewyork/