Archive for June, 2006

review : SUPERMAN RETURNS

Friday, June 30th, 2006

supermanreturns_l200606151417.jpg

Amaran : Spoiler

Sekembalinya Superman ke bumi, seperti sekembalinya Superman ke layar perak - seharusnya ada satu bentuk hope baru yang diberikan seperti yang telah Batman Begins janji dan tunaikan dahulu. Secara jujurnya saya rasakan Superman yang sepatut tidak ada soul itu, memang benar amat tidak mempunyai soul langsung bagi keseluruhan film “kembali” ini. Menghampakan dan mengecewakan.

Tiada apa yang dapat saya rasakan tentang film ini. Superman Return gagal memberi apa - apa pun malah saya terfikir, apa motif sebenarnya Superman kembali ke bumi, sama juga apa motif Bryan Singer (pengarah) mengembalikan Superman ke layar perak, saya tidak nampak apa significant pun pada film ini melainkan untuk turut serta dalam hype mengembalikan superhero ke layar perak.

s01.jpg

Pertama of course, pada character Superman itu sendiri. Sebagai seorang lelaki yang telah hilang selama 5 tahun, sekembalinya dia ke bumi tentu akan wujud satu konflik yang ketara bila dia melihat girlfriendnya Lois sudah berkahwin dan mempunyai anak. Di sini saya rasa Bryan terlepas satu peluang keemasan. Sepatutnya Superman digambarkan sebagai satu lelaki yang amat kecewa melihat girlfriendnya hidup bahagia dengan orang lain. Superman boleh digambarkan maybe naik ke angkasa dan menumbuk asteroid atau memecahkan bintang bagi menyalurkan kemarahan dan ke-frustationnya. Di mana kekecewaannya?

Superman seakan tidak bernafsu langsung dan seakan juga seperti khayal dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Hello….! awek kau dah kawin, kau tak menyesal ke???? Kau patut jadi bodoh tiba - tiba. Hilang akal. Hilang sabar. Hilang arah. Kau kena mengamuk. Barulah orang tahu betapa kau cintakan Lois. Kau tak sepatutnya menjadi super-redha kerana kau adalah orang yang paling kuat in the world of the universe. Sepatutnya tuhan sahaja yang kau tak boleh lawan! Di mana ego ke-super-an kau?

s02.jpg

Saya tidak dapat merasakan kekecewaan Superman langsung. Agaknya kekecewaan the man of steel ini hanya mampu memecahkan bingkai gambar tanpa sengaja. Itu saja.

Kedua, film ini seharusnya mempunyai script yang lebih power. Tidak ada turning point pada Superman langsung dan juga turning point atau klimaks dalam film ini. Plotnya mendatar. Kalau saya jadi Bryan Singer, saya akan mewujudkan satu konflik dalaman dalam diri Superman itu sendiri. Orang jahat atau kuasa kuat villain lain bukan lagi hidangan episod normal untuk Superman selesaikan pada alaf ini. Musuh utama Superman pada zaman ini seharusnya adalah kekuatan dalamannya sendiri. Seharusnya Superman berlawan dengan dirinya sendiri, bukan seperti dalam film ini dimana kita pun tak tahu siapa yang Superman nak lawan. Lagipun nama pun Superman… siapa lagi yang boleh kalahkan dia kalau tak dirinya sendiri? Ini sepatutnya menjadi theme yang paling utama. Returnnya Superman adalah returnnya soul dia, namun disini dia harus diuji.

Seharusnya Superman cuba atau setidaknya potray melawan takdir. Takdir yang telah merosakkan harapannya untuk terus di bumi. Takdir Lois sudah dimiliki. Melalui ini kita akan dapat menilai yang Superman memang betul - betul super fizikal dan mental.
SafariScreenSnapz080.jpg

Mungkin twistnya adalah kata-kata azimat dari Lois sendiri untuk mengembalikan semangat atau soul dia untuk terus bersama di bumi. Ini boleh disulami dalam scene Superman jatuh dari pulau benih bintang yang Lex Luthor initiate itu harus lebih dramatik. Di sini mungkin Superman boleh bermonolog dengan dirinya sendiri, kecewa lantas teringat memori - memori indah bersama Lois dahulu sambil semangat hatinya tenggelam, begitu jua fizikalnya tenggelam dalam lautan buas yang mengganas. Dan apabila Lois menyelamatkannya, Lois sepatutnya bukan setakat menyelamatkan fizikal Superman tapi Lois menyelamatkan semangat atau spirit Superman untuk terus kekal “super”. Sepatutnya scene dalam helikopter ini harus lebih power lagi dari satu ucapan perpisahan goodbye yang lemah dan tidak jantan.

Peranan Martha Kent, ibu angkat Superman juga tidak kelihatan. Sebagai ibu yang telah hilang anaknya selama 5 tahun, sudah tentu ada sedikit azimat bermakna dan kata-kata yang mendalam menusuk jiwa untuk menasihati anaknya. Nasihat 2 - 3 patah tentang kesorangan itu tidak cukup power.
Ada lagi beberapa kisah lain yang saya rasa tidak perlu ada seperti anak Superman yang tidak relevan dan apa kelancau Superman ada anak? Kemungkinan scene ini untuk menunjukkan yang Superman bukan seorang gay, seperti yang hangat dibincangkan sekarang, how gay is superman.

Tentang benih kristal yang menjadi sebuah pulau atau tanah jajahan itu saya berpendapat hanyalah sebuah jawapan bagi Superman itu sendiri dimana pencarian planet asalnya lima tahun dahulu adalah sebuah kelahiran planet baru yang dijulangnya sendiri kelangit. Dan mungkin sedikit significant antara anaknya yang bakal melahirkan generasi superman seterusnya.

Oh ada lagi! Satu kebodohan teknologi super yang tidak ada password untuk dicerobohi sapa - sapa apabila Lex berjaya mengactivate sistem ice-learning (ala e-learning) dengan menadah tangan sahaja! Kalau begini sudah tentu bukan teknologi super itu saja bodoh namun Lex mungkin juga bodoh bila mempercayai dengan kekuatan teknologi super itu dia boleh menguasai dunia jika dia boleh mendapat access sebegitu mudah!

SafariScreenSnapz077.jpg

Akhirnya sesudah menonton film ini, saya notice saya yang kecewa, bukan Superman. Untuk seorang lagenda superhero yang amat dekat kepada setiap insan dimuka bumi ini, anda telah gagal. Kerana jika difikirkan balik… siapa yang tidak pernah berangan ingin menjadi Superman pada waktu kanak-kanak dahulu? Hanya orang yang duduk di gua dan tidak ada tv sahaja mungkin.
Jiwa Superman tidak berkembang dan tidak hidup seiring dengan zaman ini. Superman lembik. Bryan Singer mungkin patut memilih menjadi penyanyi dari menjadi pengarah manakala kita semua patut layan smallville lagi baik.

Superman Returns adalah Loser Returns.
Bacaan Lanjut

http://supermanreturns.warnerbros.com/

Bidaah Visual

Wednesday, June 28th, 2006

Kedatangan Jusco ke Taman Equine telah benar membawa manusia disini ke satu level up lagi. Namun tidak manusia merasai nikmat yang sama. Saya ulang lagi. Kedatangan Jusco ke depan rumah kami telah membawa manusia disekitar ini ke satu level up lagi. Namun tidak semua manusia sekitar ini merasai nikmat yang sama.

Pengalaman ini berlaku pada hari pertama kami ke Jusco, iaitu hari pertama Jusco dibuka pada 15 june yang lepas.

Sedang kami berlegar dalam Jusco yang telah dibawa depan rumah ini maka kami terlihat berpusu-pusu orang membeli belah. Dalam nikmat keramaian itu saya ternampak sekumpulan pemuda yang berkulit hitam ala - ala pemain bola ghana sedang membeli seluar. Maka apa yang peliknya?

Kumpulan ini memakai kain pelikat dan berkemeja sekali dengan kopiah. Namun gaya materialnya bukanlah dari masjid tetapi mungkin dari rumah mereka yang berhampiran. Untuk itu kerana mungkin bagi saya yang jarang ke Jusco memakai kain pelikat, sayamerumuskan pengalaman visual ini sebagai “Bidaah Visual”.

Untuk menghuraikan lagi kumpulan perlakuan sebegini, izinkan saya jelaskan dalam konteks tulisan ini : sesuatu perkara yang jarang dibuat di jusco, tetapi oleh kerana jusco depan rumah saja, maka kita tak susah kesana hanya dengan berkain pelikat.

Doa saya semoga ada spender. ( Mereka membawa dan mencuba helaian yang banyak ok..)

Namun atas tiket apa saya mempersoalkan “nikmat” memakai kain pelikat sambil shopping?

Wallahualam

skim investment agama

Tuesday, June 27th, 2006

kawinasli.jpg

Kerana 10 k, atau kerana dakwah, atau kerana mode seksual yang tidak mainstream?

Saya rasa benar seperti yang pernah dibaca, kita berada dalam gelombang atau phase business yang paling laris iaitu business menjual agama. Business ini adalah yang terpaling untung yang mungkin lebih untung dari education dan food industries. Hari ini kita diperkenalkan dengan salah satu lagi cabang business ini iaitu skim investment agama. Agak masyuk juga.

Atas nama dakwah, anda boleh dapat 10 k + seorang dara “asli” untuk dijadikan teman hidup. Atau soulmate. Define soulmate please…

Namun tidak semudah yang disangka, anda harus migrate kehulu hutan sana dan hidup secara asli.

Skim baru ini tidaklah menghairankan sangat jika ia bakal mendapat tentangan hebat mufti dan para hulllamak (istilah ini disuggest mungkin untuk ulama yang tak ulama pun atau ulama yang berfatwa janggal yang ingin glamour atau ingin perhatian).

Idea ganjaran - ganjaran ini sebenarnya sudah disemai dan dibaja ke alam kanak - kanak saya lagi, sejak zaman saya mengagungkan Thundercats dan Thunderbirds. Saya masih ingat lagi zaman itu adalah period yang paling awal dalam hidup saya mengajar erti pengorbanan atau sacrifice.

Sewaktu itu Thundercats disiarkan hari Ahad, dan hari Ahad jugalah ada pasar malam yang bermula pada waktu petang itu (satu contoh penipuan terma depan mata) telah menduga nilai pengorbanan saya untuk ikut mak ke pasar angkut barang atau lepak kat rumah tengok Lion-O dan Cheetara lari laju tak pakai baju. Maka disini dilema saya bermula. Emak atau Thundercats? Namun Emak mana yang tidak mengenal anaknya, saya dibayangi imbuhan yang unresistable iaitu chikedess atau ding-dang yang sangat sedap ( yang ada mainan sebenarnya) dan agak tidak mampu dimiliki waktu itu.

Beberapa zaman selepas itu, fahaman saya tentang investment agama ini telah dienhancekan fundamentalnya dimana saya telah menemui guru-guru disekolah yang mengajar saya tentang dosa dan pahala, atau perbuatan dan balasan. Matematikanya mudah, banyak pahala masuk syurga. Banyak dosa, masuk neraka. Maka saya terbayang dan telah menzahirkanseorang malaikat di belah kiri dan di belah kanan bahu saya yang giat mencatit setiap amalan saya. Dan untuk itu, saya telah memutuskan untuk memakai kopiah setiap hari ke sekolah (walaupun saya bersekolah di Convent, Tanah Rata sebuah sekolah kristian yang mempunyai sister-sister dan berkemungkinan satu - satunya yang menerima boys di Malaya) kerana pada fikiran saya, sekurang-kurangnya walaupun sedikit, at least malaikat akan sentiasa mencatit pahala untuk saya kerana kopiah itu.

Beberapa tahun selepas itu bila saya berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah boarding school diraja, kefahaman saya telah sampai kemuncak, (waktu itu mungkin). Kebetulan sekolah kami agak kaya juga kerana suraunya bukan dibawah blok hostel seperti sekolah boarding school lain yang miskin, kami mempunyai sebuah surau yang patutnya boleh semayang jumaat lagi di situ. Salah seorang dari exco baiah yang alimnya bagai datang dari syurga telah membacakan sebuah hadis (agaknya) yang berbunyi lebih kurang begini,

“Barangsiapa yang mengutip habuk-habuk di surau ini nescaya akan disediakan bidadari mengikut bilangan habuk yang dikutip di syurga kelak”

Maka tak kurang berlumba juga kami mengutip.

Hari ini setelah melepasi zaman-zaman pre-agama bagi diri saya sendiri saya telah melihat bahawa ada sebahagian yang berlaku pada saya sebenarnya sedikit sebanyak menyerupai dengan skim investment agama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan itu jika benar seperti dilaporkan media.

Bezanya cuma ganjaran yang diberi dan nilai pengorbanan yang dituntut. Bezanya lagi enviroment dan keadaan sekitar yang membawa kepada tuntutan skim itu sendiri. Bezanya lagi, zaman nabi sapa buat jahat dibayar cash balasannya dan zaman ini sapa buat baik dibayar betul-betul dengan cash money!

Maka jika ada diantara kita yang terkejut beruk dengan kenyataan atau tawaran kerajaan Kelantan ini pada saya ada dua. Pertama kita tidak menghalusi episod investment agama yang telah dihidangkan sejak zaman Thundercats lagi dan kedua mungkin - kita sebenarnya telah amat lalok dengan hidangan agama yang diamalkan turun temurun ini. Dalam keadaan penerimaan ini kita terlupa untuk mencari wisdom. Agama tidak salah tetapi kesalahan itu adalah kerana kita tidak meneliti. Jika pengalaman rohani sesetengah insan boleh mencapai ecstasy ketika bertemu dengan tuhannya, mungkin kita juga sedang high dalam agama dikala waktu belum lagi bertemu dengan tuhan kita.

Saya tertanya - tanya lagi pada diri saya sendiri apakah bentuknya lagi skim investment yang akan keluar dalam zaman menghadapi globalisasi ini kelak? Lebih global mungkin? Seperti mendapat 3 juta e-golds pada hari pertama datang dan join serta perform ritual tertentu?
Wallahualam

Skim Investment Agama

Ahmad dan beberapa biji kereta

Monday, June 26th, 2006

8.jpg

Ahmad dalam tujuan memandu ke tempat diyang dituju. Dalam highway itu, Ahmad berselisih dengan kereta sport mazda rx 8 yang bewarna putih, seraya Ahmad berkata dalam hati, ” Memang kekayaan milikmu…. bagaimana ia akan datang kepadaku?”

Dalam moment itu juga Ahmad melihat kiri terpampang wajah wajahnya yang keriangan serba keputihan, yang senyum manja merenungi Ahmad.

Wahyukah?

Dan setelah sampai ke tempat yang dituju, Ahmad berpeluang menaiki brand new C 230 sport edition compressor oleh tuan punya yang berniaga yang baru berumur 32 tahun!

Katanya, “Jika diizinkan yang punya hak mutlak maka kau akan bersama club ini!”
Mereka berdua meluangkan masa hampir sejam sambil Ahmad diberitahu serba serbi rahsia tuan punya.

Wahyukah lagi?

Ahmad pulang dengan momentum. Sampai dirumah Ahmad melihat keempukan sofa. Lantas Ahmad senyum dan lega….

John dan Peranchis.

Friday, June 23rd, 2006

IMG_8672.jpg

Sebelum jumaat tadi saya dikunjungi John kerana saya memerlukan pertolongan John untuk meng-customize PDA saya yang telah lama diabandonkan. Lantas segala maha data dalamnya hilang dan saya terpaksa menginstall beberapa benda semula.

Namun yang seronoknya adalah bukan kerana hidup bersama PDA kembali tetapi bila turun kebawah dan terperanjat bila melihat John telah menemui bangsa French didalam dirinya.

Auw. Lantas seperti lintasan ayat “Sesungguhnya kewajiban kamilah yang memberi petunjuk” 92:12. Untuk ayat ini, dibawah adalah gambaran hati saya yang sempat dirakam semula dan untuk anda merujuk lebih lanjut, sila klik disini.

bayang.jpg

perihal cinta

Friday, June 23rd, 2006

lantas berkata jeffry kepada lily, “u tak nampak ke i cintakan u ni?”

jawab lily, ” yg penting pada i bukan nampak atau tidak. u rasa ke tidak?”

tamat

song - cubicle

Friday, June 23rd, 2006

franko.jpg

Semasa company kami (idesign) diambang malapetaka kiamat dahulu, sewaktu parent company mengasak untuk kami packing barang dan pindah ke subsidiary lain, one of my former boss telah bertindak bijak dengan memomentkan suasana sessi packing barang dengan memainkan mp3 “My way” nyanyian Mr. Frank berulang - ulang hingga lagu ini telah menjadi satu theme untuk sesiapa yang resign.

Dan saya masih ingat pada hari resignation day saya sendiri : saya tanpa sedar juga telah memainkan lagu ini berulang - ulang kali sebelum menandatangani surat yang resignation yang hanya ditutup dengan thank you.

Lagu memang memberi satu sumber inspiration yang mendalam. Kerana itu bagi manusia yang menidakkan kuasa lagu dalam hidupnya saya kira manusia - manusia sebegini adalah manusia yang demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Malah lagi rugi manusia - manusia yang coba untuk meng-alter frekuensi pendengarannya kepada bunyian- bunyian yang bukan dari budaya kehidupan bangsanya sendiri lebih lebih lagi yang telah membuat limit dan terhad untuk menerima dengar HANYA satu sumber muzik bangsa lain. Sungguh amat kerugian, malah sedih sekali dengan sifat confuse bangsa ini.

Namun kerugian masing - masing adalah hak individu untuk merasai. Kita define kerugian kerana kita pernah merasa keuntungan. Maka bagi individu yang tidak pernah merasa untung, bagaimana untuk dia sedar dia sedang rugi?

Benar jualah kata prophet antara yang dituntut untuk menjadi insan yang bersyukur, bukan kufur.

Dan sedikit kongsi, sebuah lagu yang saya terima dari email seorang rakan yang mungkin mempunyai banyak maksud tersirat walau dalam keadaan kelakar - lagu ini boleh menjadikan kita jutawan.

download song-cubicle

Neo melihat prophecy yang mana?

Wednesday, June 21st, 2006

neotrack13.jpg

Semalam sebelum ke Jusco (tempat hype baru penduduk equine dan sekitar) selepas balik dari Bukit Ikhlas…. kami telah singgah kedai proton untuk bertemu dengan Neo.

Setibanya di sana saya telah berjumpa dengan Morpheus yang tak kurang kumeg* juga adanya bersama kaca mata sedang sibuk membualkan proton neo yang terbaru. Lagi ayat cliche yang sudah dijangka akan kedengaran,

“Setakat ini, ini model paling bestlah yang proton dah keluarkan sekarang”

Which mean jika ayat ini benar dan bukan muslihat salesman, saya kira Proton semakin upgrading jua maju walaupun bergerak kadar perlahan.

Apapun dari personal view saya ini saya dapat rasakan yang Proton Neo mempunyai qualiti material yang baik sikit dari Gen2 dahulu, namun still…..

Anyway, bacaan lanjut boleh dibaca di website Paul Tan (yang gambar atas juga dicilok dari websitenya)

Kesimpulannya:

Syukur, Satria yang ini telah mengalami proses reincarnation dimana telah lahir dalam bentuk yang lebih modern, ala futuristik dengan corak bulatan - bulatan yang disusun, interior, panel, gear dan lain - lain membentuk satu prophecy yang agak positif. Namun benar jualah ibarat makrifat saudara ikhwanur mosslemm yang melihat dengan mata hati atau mata nuraninya, yang paling basic adalah yang paling barai iaitu material atau jasad yang membentuk dirinya.

Mungkin satu phrase yang berguna dalam panduan memilih kereta:

awal mengenal kereta adalah mengenal material yang membikini dirinya.

Dengan iklan yang ber-rythmkan sedikit Matrix - semoga Prophecy yang dibawa bukan khayalan atau angan - angan Morpheus, seperti yang kita telah tonton dalam siri siri sequel Matrix.

p/s

Available model sekarang kat kedai tu yang display is 1.3. gua dtg nak tgk 1.6, tapi malangnya 1.6 jumaat ni baru sampai…….

Bacaan Lanjut

kumeg -> gemuk

kebodohan penulis dan mistik kejadian blog

Monday, June 19th, 2006

SafariScreenSnapz021.jpg

Biar saya ceritakan feel gambar diatas : adalah seperti begini. Anda sebagai hos sebuah majlis debat genius power beriman tak heangat, pakai hensem gila, pakai kot ke serban ke jubah hitam ke… lepas tu buat majlis grand gila atuk, tapi malangnya bila time open discussion, nak bagi orang comment or tanya ke apa ke, anda tak letak mikrofon kat tempat audience.

” joe kalau gini, baik lu buat debat dengan bini lu ke awek lu ke atas katil, lagi baik” - marah seorang pengunjung ceramah itu.

Dalam dunia ini, ada banyak benda yang manusia marah dan tidak boleh terima. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Hatinya sentiasa memberontak dan ada saja yang hendak dipuaskannya. Ada nafsu la katakan. Begitu juga saya. saya pun bernafsu. Namun dalam banyak2 benda yang berlaku, ada satu benda yang palinggggggggggggggggggggg la saya hangin lagi baran serta agak tidak puas hati. Namun kerana saya manusia yang tiada daya, inilah sahaja yang saya mampu usahakan :

Apabila manusia membuat blog, tetapi meletakkan login & password untuk audience menulis comment.

Maksudnya, orang lain kena sign in baru orang tu boleh komen. Habis tu kalau blog ko tu dekat blogbodo, yang tak accept comment dari orang yang tak sign up dengan blogbodo ko tu camna? Ko nak suruh orang lain sign up dengan hosting blogbodo tu pastu baru orang boleh comment blog ko? Habis tu kalau dalam dunia ni ada blogbodo, blogbangang, bloggoblok, dan semua blog2 ni require login dari user, takkan saya yang peramah, suka bertanya dan cuma ada satu blog ni nak kena sign up and register semua blog?

Internet evolve of knowledge sharing. thus, by sharing knowledge will make internet a better place for all. Konsep blog pun dah fail, macam mana nak menulis dan nak suruh orang lain terima tulisan/pendapat kita?

Saya sarankan kepada semua penulis2 yang bijaksana dan berakal esp penulis - penulis melayu yang beriman tinggi tu, eloklah tinggalkan aje webblog2 yang mempunyai nilai interaktiviti kelas bodo seperti require user sign up / registration untuk menulis comment. (Berilah saya peluang sebagai penulis melayu iman kelas rendahan buat komen sikit… ). Berpindahlah kepada blog2 yang lebih terbuka level interactivitynya. Kalau anda ingin menulis untuk diri sendiri, dan tidak mahu menerima comment dari orang lain, maka baik tulis diari sahaja seperti yang dinyanyikan oleh pretty ugly. Apa tujuan blog dicipta buat pada kali pertamanya?

SafariScreenSnapz023.jpg

Kalau ye sangat berpegang kepada pesan rasulullah, “sampaikan pesan (dakwah) ku walau satu perkataan”, maka anda juga harus memikirkan risiko dakwah yang diterima rasullulah…

Nak berdakwah apekebenda kalau orang nak tanya / komen balik pun ko disable?

wallahualam

* tulisan ini hasil daripada experience penulis yang telah membuat beberapa rujukan dan kajian bagi membuat sedikit comment pada satu blog ini, namun dikala penulis menekan submit button, dia suruh login. penulis senyum….. lantas.. legaaa…..

kajian melayu 01

Monday, June 19th, 2006

Tragedi Pemikiran Melayu
by Profesor DiRaja Ungku Aziz

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit.Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru,wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat.Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat?Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan,banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu.Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969,tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat,peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British,Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers.Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan,maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ
* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.