Archive for July, 2006

usulluname # 04 - secretlabmedia

Sunday, July 23rd, 2006

Secretlabmedia adalah tempat dimana saya bekerja sekarang ini.

Mencari maksud disebalik nama secretlabmedia secara kegilaan anagram yang menghantui saya beberapa jam ini telah menghasilkan beberapa conclusion,

1. adakah secretlabmedia memang masa depan kami yang berjaya?
2. atau talent kami lebih expert dalam bidang lain selain IT & multimedia?

jika ini benar maka apakah nature of business yang sswai bagi secretlab?

menjawab persoalan ini, here comes the anagram of secretlab media:

aimed rebels act THUS rebels act aid me - mengerjakan secretlabmedia secara bermatlamatkan rebel/pemberontakan kerana tindakan atau aktiviti rebel itu membantu saya.

aid me clear bets - membantu saya melangsaikan pertaruhan (risk atau hutang?)

so apakah tindakan rebel yang harus dilakukan ?

jawapan: aid me select bra

*** Partner secretlab sekalian, mari kita mencoba business BRA. Mana tau ada untung.

Apapun anagram yang paling saya suka bagi secretlab media adalah:

aimed arts be cel

seperti matlamat kami (secretlabmedia) menjadikan seni itu sesuatu yang transparent (cel = celluloid ). Sesuatu yang transparent adalah sesuatu yang tidak kelihatan.

Sesuatu yang tidak kelihatan adalah sesuatu yang di”rasa”i.

Matlamat kami telah membawa kami subconciously mencari rupa yang tiada bentuk…..

Usulluname # 03 - Ahmadzombie

Sunday, July 23rd, 2006

Semasa menonton “The davinci code” kita diperdekatkan lagi dengan bahasa-bahasa anagram. Apakah anagram?

anagram |ˈanəˌgram| noun a word, phrase, or name formed by rearranging the letters of another, such as cinema, formed from iceman.

Saya telah tidak sengaja malam ini telah menjumpai anagram bagi Ahmadzombie, salah satu method usulluname yang baru difikirkan agak menarik dipraktikkan.

A MAD ZOMBI HE ( dia zombie yang gila )

ADAM ZOMBI HE ( dia zombie bernama adam/ dia zombie pertama )

AMAZE BOD HIM ( dia adalah orang pelik/hairan/takjub )

DE AMAH ZOMBI ( orang gaji kepada zombie )

BAD IMAM HE OZ ( dia imam kejahatan yang berat )

Apakah anagram anda? Anda mungkin menemui sesuatu.

Tahap busy anda?

Friday, July 21st, 2006

“Yekkkkkkg!” (hello…)
“Weeeekkkkkg!” ( hello..)
“Buat apa?”
“Lepak.” “kat rumah.”
“Aku nak tanya”
“Ye.”
” Tahap busy ko sekarang, a. tahap anak anjing ke, b. bapak anjing, c. moyang anjing?”
” Tahap busy?”
“Aha”
“Tahap busy aku bukan setakat moyang, tahap busy aku tahap anjing romen dengan babi”
“Hahahahhahahha”
“Hahhahahahha”

Tamat

Gothik Malam Edan

Monday, July 17th, 2006

search gothik malam edan cover.0.jpg

Ahmad as usual went for sight seeing yesterday. He bought the latest CD of Search - entitled Gothik Malam Edan.

Pronounce sarcastically “getik malam den” of negeri sembilan before, he found that the music arrangement is a little bit hard but great and yes - so Search. The majority lyrics are subtle well of course, what do you aspect from the dear loloq and the great M Nasir?

pic_searchgudang.gif

Ahmad see this as a comeback for the legendary rockstar Search into the local music scene - of that, Ahmad thanks to god. As Malaysian scene has been invaded yearly by the Indonesian flavour - the insufficient material from our native is the main big issue. We cant even get to be an option in the market. Our youth has been ecstasies by another part of rumpun - the things that we cannot deny because of the nusantara nature. We’ve (Search) been there (Indonesia) and inspire the initial shape of the music but yet they conquer us today.

Btw M Nasir is also the (song) producer of this album beside the backbone: the young creative Edrie Hashim.

The albums compile the songs and lyrics from Loloq, M Nasir, Edrie Hashim, Baim and Ad Samad. Search also has launched their online branding - the web discography : www.duniasearch.com.

All the best to Search! May the reunion is a rejuvenate process for the local music scene.

This week Ahmad is hardly trying to study the song and assimilate into the music.

***

Search Web Site

Search Press Conference

Serban dan mahkamah

Thursday, July 13th, 2006

sarban2.jpg

Gambar diprintscreen dari sini

Prolog

Pada beberapa bulan yang lepas, saya pernah menulis satu post tentang “Jika agama itu turun ke kutub selatan”. Saya mendapat sedikit reaksi disitu seperti terlalu berimaginasi karut. Namun penulisan saya yang sebenarnya memang suka “mengundang”, untuk itu saya harus meminta maaf jika ia menjadi suatu ketidakfahaman bagi anda.

BACA SINI

Serban dan mahkamah

Saya amat bersedih dengan umat melayu yang terperangkap dengan definisi keagamaan dan bagaimana mempraktikan agama. Islam is not clothing. Islam bukan pakaian. Namun jika kita bertegas juga untuk mendefinasikan islam adalah pakaian, kita harus lebih tepat dan dalam. Bukan “body” ini yang harus memakai Islam tapi “soul” yang patut dapat pakaian yang mahal-mahal. “Body” cukup pakai singlet aje, namun “soul” yang patut pakai branded. Ini ayat analogi.

Saya selalu ke bank untuk bayar hutang. Saya suka memerhatikan keadaan sekeliling. Antara yang saya lihat orang-orang hensem bertali leher, kasut kilat tak heangat. Namun saya sering juga lihat orang-orang boroi berseluar half, memakai baju pagoda. Beza mereka berdua ini adalah seorang bawa beg kulit dan seorang lagi bawa gumpalan suratkhabar. Dan bezanya lagi, orang yang bawa beg kulit ini keluar dengan muka yang tidak tenteram, mungkin membawa keluar duit banyak sangat ke atau pun sebenarnya dalam beg cuma ada dokumen - dokumen MLM dan sedangberfikir bagaimana untuk mempengaruhi rekrut baru.

Orang berbaju pagoda pula memberi gumpalan suratkhabar kepada pegawai bank. Kadang-kadang saya kira orang lain yang memerhati telatah ini pasti mempunyai elaboration visual yang berbeza seperti - agaknya orang berbaju pagoda ini membelikan nasi bungkus kepada pegawai bank yang berlagak mengalahkan manager bank itu. Namun hakikatnya, orang berbaju pagoda memasukkan duit yang berkepuk-kepuk yang disorok dalam gumpalan suratkhabar.

Saya kira kerana itu ada pepatah “Don’t judge a book by its cover”. Saya tidak mengatakan pepatah ini betul 100%. Dalam zaman materialisme jua post-modernism ini kadang-kadang ada pepatah lain yang mem-by pass pepatah tadi seperti “The book that sells is the one with awesome cover” atau “Be-careful, Cover can influence buyer”.

Seharusnya kita bijak menilai.

Bijak menilai bukan setakat bijak dalam menilai awek mana yang boleh dijadikan bini atau skim cepat kaya mana yang boleh diceburi, atau sapa yang harus diundi dalam AF4. Sebenarnya, bijak menilai yang paling dituntut adalah bijak menilai dalam memahami Islam. Kerana memahami Islam dengan benar adalah jawapan kepada penilaian awek mana, skim cepat kaya atau siapa yang harus menang AF.

Sekiranya kita menerima pakai islam macam orang - orang yang berfikiran bahawa penduduk syurga memakai jubah dan serban maka sayanglah kita.

Satu pesanan saya kepada orang - orang sebegini adalah : kalau u duduk dekat apartment atau condo, berpindah lah duduk dalam khemah aje. Kalau ada kereta atau motor, jual atau bagi derma dekat pusat zakat atau rumah anak-anak yatim. Pergi jalan naik unta. Baju-baju modern, jeans semua tu pegi kedai bundle, derma. Semoga boleh manfaat ramai orang miskin. Kalau kat rumah ada meja makan, sudu garfu semua, buat garaj sale. Panggil kawan- kawan datang. Kalau nak makan pakai 3 jari sedangkan tuhan bagi 5 jari, potong lagi 2 tu.

Seharusnya kita menilai, sunah prophet yang mana kita harus ikut? Oh silap. Saya harus betulkan ayat ini. Sunah prophet stage mana yang harus kita ikut? Entry level? Intermediate atau yang dalam dan dalam lagi?

Prophet mempunyai ramai pengikut pada zaman itu. Kita harus faham zaman jahiliah bagaimana environmentnya. Sekiranya agama turun zaman cyber ini, maka mudah dakwah dijalankan. Banyak analogi. Banyak kias. Tapi agama turun zaman basic. Zaman unta, bukan zaman Gen 2.

Kenapa god turunkan zaman itu? Mesti ada sebab. Kerana zaman basic adalah zaman permulaan bagi agama itu. Maka segala serbinya permulaan. Umur berapa baru prophet solat? Bukannya hari ni dapat first wahyu, besok terus solat. Ada satu siri process agama yang harus kita faham.

Namun, tidak dinafikan pula yang semua pengikut mempunyai taraf pemikiran atau akal yang sama. Ambil contoh Ali. Ali adalah kunci khazanah prophet. Ilmu prophet semua ada pada Ali. Maka pasti - dalam satu circle atau satu bulatan dakwah yang ada pengembala unta, yang ada pahlawan perang, yang ada tukang jual shisha (kalau ada), yang ada tukang process kulit binatang untuk jadi material documentation - yang baru lepas balik bunuh orang atau baru berzina mungkin : pelbagai level. Macam - macam jenis.

Maka tidakkah kita pernah terfikir bila prophet bersabda dalam circulation sebegini - pasti sabda prophet itu mempunyai pelbagai level maksud. Bukan sabda basic. Ada extension. Ada hidden meaning. Ada secret knowledge. Kerana apa? Kerana sabda prophet datang dari god. Prophet Ummiyi. Mana boleh membaca menulis.

Maka dari satu sabda yang basic ini, satu information yang datangnya datang dari god, kita harus menilai dan mencilok knowledge yang tersembunyi dalamnya. Kita harus memikirkan context dari contentnya. Kita harus memikirkan why dari what.

Ambil satu contoh pasal serban. Contoh semasa ini. Saya pernah terbaca hadis yang mengatakan bahawa orang yang bersolat dengan memakai serban mendapat pahala yang lebih lagi dari yang solat tanpa serban (1). Sebagai orang yang pantang dengan skim agenda arabisasi dalam agama saya amat terperanjat dengan hadis sebegini kerana jika ia benar maka prophet sendiri telah meletakkan selection dalam pengikutnya iaitu satu tindakan yang bertentangan dengan konsep dakwah. Namun mujur hari ini saya pernah juga terjumpa yang hadis ini hadis lemah dan daif.

sarban.jpg

Apapun sedikit perkongsian yang dapat saya tulis adalah : serban yang terzahir dililit dikepala sebenarnya melambangkan lebih banyak riak dan wasangka dalam zaman hari ini. Oleh kerana lagi serban adalah pakaian budaya Arab dan kebetulan dipakai oleh alim ulama, kita harus bijak menilai mengapa jika benar, serban dituntut harus berlaku kepada kita dalam jalan menuju kepadanya.

Sedikit nasihat yang saya terima dan saya rasa harus dikongsi untuk lebih memahami berita serban dan mahkamah ini, lilitlah kepala kita dengan knowledge bagaikan satu serban visual yang mengcover minda kita dari ancaman agama yang boleh menyesatkan. Ancaman dari luar boleh ditentang kerana kita bisa nampak. Ancaman dari dalam adalah yang bahaya kerana ia bisa bersembunyi. Tidak ada gunanya berserban secara zahir sedangkan batin menderita tidak dipakaikan apa-apa.

Bijak menilai perlu ada satu titik permulaan. Titik permulaan itu adalah : Self Critique. Lihat diri kita sendiri dan tentukan siapa kita. Adakah kita pengembala unta? Adakah kita pahlawan perang? Adakah kita baru balik dari membunuh dan berzina?

Akal bukan letakknya dilutut.

Wallahualam

Bacaan Lanjut

1. “Dua raka’at solat lebih baik daripada 70 raka’at tanpa serban”

secretmanage : internal design flow

Wednesday, July 12th, 2006

We are currently proposing a new business model, which will be the first attempt of us here to do business global : which mean the target audience is all over the world.

The business model is still under heavy construction and will be implemented soon by this year ending.

Some of the preparation for the business system is the “Internal Design Flow” which I specifically customized to smoothen the design process.

Below is one of the IDF part that explains the file management system. The table also include the development stage after we receive an order from the client until the end product. (of course I can’t reveal the detail)

flow1.jpg

The flow or the standard guideline is rendered for the designers to ensure that they know the exact time allocate for the whole process plus the standard files managing system. For me a good filing system (of raw and etc) will cut a lot of development time for example to avoid wasting time to search raw files.

Here are the basic rules.

1. The log file is the key component of the whole projects which hold all the information regarding the order.

2. The red folder or the template set folder is the master folder which needed to be replicate in order to deploy the design. And the end of the days, the files inside actually has been altered to the order. This will be the master - raw files.

3. The purple folder will only have the end product (that already being approved by the boss). Client will only receive this folder.

4. The account manager will have his own folder contains the doc files, contract, invoice, quotation and delivery order.

So what is the best part having this IDF anyway? One of it is, when ever my designer resign, I can simply deploy the master template of the process to the new fresh designer in a single click.

***

Article by : Khairulazizi
http://www.khairulazizi.com

The wisdom of Zidane - part 2 (akhir)

Tuesday, July 11th, 2006

Tulisan ini diexcerpt dari club yahoo sekolah kami oleh sahabatul gua : toktoy2k

***

zidane-02-jpeg.jpg

The wisdom of Zidane - part 2 (akhir)
—————————–

‘Main guna akal, bukan guna hati.’

Mungkin begitulah niat zidane bila menanduk tepat dan jitu ke dada materazzi (mata hati).Buffon pon tak sempat nak save header zidane tuh..ehehe, matehati hanya pasrah dalam lambaian fidaus.

Kalau tengok replay, cam klakar plak, ada body contact, pastu matehati cakap something,
pastu zidane senyum, pastu jalan ke depan sket, matehati cakap lagi sambil berjalan,
pastu zidane berenti, muka berubah, terus tanduk. Aku suspek conversationnye camni :

Matehati :
ek elee zidane kontek aku konon, tengkorak engkau lah !
(ek eliano zidanone tek pasarella, ai ragazze korakle grande ! )

Zidane :
senyum jek
sourire )

Syaitan :
ek elee senyum jek zidane? sejak bila ko alim sangat nih! die nak
sangat tengkorak tuh..bagi die rasa sekali!
(bahasa melayu)

Zidane :
ye tak ye jugak eh ! alang-alang last game aku, nah rasa
tengkorak depan ku !
( coup de tête ! )

Matehati :
aduhhhhh, ferito al cervello !
(brain injured ke ko nih!)..
bahtera raudhah, terimalah aku !

Zidane :
arghh tak bertuah btol, nyesalnya…..
…celaka punya syaitan(damn the devil) !
néfaste ( porte malheur, maléfique syaitonique ) !

Syaitan : Yey !

Zidane :
tuhanku, aku tidaklah layak, untuk syurgamu, sesungguhnya engkaulah
pengampun dosa-dosa besar..(sambil berjalan ke bilik persalinan)

…………………………

review : NACHO LIBRE

Tuesday, July 11th, 2006

nacho02.jpg

Idea menjadi hero dalam hidup atau secara realitinya, cita-cita tersembunyi diri sendiri - menjadi tema film lakonan Jack Black terbaru, “Nacho Libre”.

Tidak kira siapa anda, seorang posmen, seorang pekerja intelektual it, seorang boss, seorang tok imam masjid yang alim, seorang pemain tiket dan penkaji teka numbers: 4D, hatta anda pasti mempunyai impian tersirat ingin menjadi seseorang yang lain - seseorang yang memang diri anda tapi versi yang lebih elok dalam mengharungi kekejaman dan ketidakadilan (1) dunia ini. Versi yang lebih elok membawa maksud : menjadi seseorang yang lebih bermanfaat dan menyeronokkan bagi diri sendiri hingga menghasilkan tahap kepuasan hidup yang maksima. Satu gaya hidup bahagia idaman setiap insan.

Namun kebiasaan nature ingin mencuba sesuatu yang lain dari norma yang dibayangi agenda menjadi “the real me” adalah kerana berkemungkinan besar anda telah fed-up menjadi diri anda sendiri dan ingin melarikan diri dalam konteks situasi semasa dan biasanya situasi financial. Anda berkhayal dengan kata-kata pengaruh novelis seperti, “kalaulah aku dulu….” atau “kalaulah aku buat ini lebih awal lagi….”

Namun dunia novel adalah dunia fantasi biasanya telah mengangkat audience mikraj terawang - awang di langit tanpa memijak bumi yang nyata.

Maka begitu jua yang terjadi kepada Nacho, seorang lelaki yang menghambakan diri sebagai tukang masak di gereja. Bezanya dia bercita-cita untuk mengubah paradigma hidupnya dan dia yakin lantas mengambil langkah itu walaupun dia tahu pada asas syariat yang dipeganginya adalah menyalahi terms & condition hidup di monastery.

nacho03.jpg

Bukan itu sahaja, impiannya juga mungkin akan mengurangkan value kepercayaan Sister Encarnacion kepadanya, seorang sister yang amat diminatinya. Namun tidak sanggup hidup dalam norma hipokrit dirinya sendiri, Nacho sedia merisiko segala apa yang dia ada. Menjadi tukang masak bukan hipokrit yang dialaminya tetapi tidak menjadi si pencapai impian sendiri adalah hipokrit sejati.

Mungkin dari satu point of view, Nacho melakukan satu bentuk escapism diri dimana dia telah mencuba satu dimensi yang berlainan seperti menyarung spender gusti (2) dari memakai robe gereja. Saya lebih gemar melihat ini adalah satu revolusi diri. Escapism bersifat sementara dan biasanya tidak jauh dan tidak akan membawa kita kemana-mana pun. Escapism benar melarikan kita dari isu dan problem namun selagi masalah tidak diselesaikan, selagi itu kita terjerat dalam perangkap hal. Berbeza dengan revolusi yang wordingnya lebih berani dan lebih berisiko tinggi, namun hadiah yang menanti adalah hadiah yang diidami.

Lainnya, escapism hanya membawa kita menjadi diri orang lain, bukan seperti revolusi diri dimana kita “mula” mengenal diri kita sendiri.

Kesimpulan:

Nacho memilih memakai topeng untuk menyelesaikan masalah hidupnya. Mungkin keadaan itu lebih selesa baginya untuk mencari dirinya yang sebenar. Sesetengah dari kita mungkin memilih cara yang sama tapi praktikaliti yang berbeza.

Topeng yang mana kita cari, topeng yang mana harus kita buka selepas itu?

nacho04.jpg

“I’ve found the hidden me. Have you?”

Bacaan Lanjut

1. Jika anda tidak dapat menerima hakikat hidup dan sering complaint tentang takdir, sila email kepada tuhan sekiranya anda tidak tahu dimana dia. Berdoalah agar email anda diterima. Eh jap, camna nak doa / minta kat dia kalau dia pun anda tak tau kat mana?

nacho01.jpg

2. http://www.nacholibre.com - ada game kelakar menjadi Nacho untuk bergusti. Anda harus cuba dengan syarat selepas menonton film ini.

mungkin angin satu badan

Monday, July 10th, 2006

SafariScreenSnapz087.jpg

Ada 2 kali “Trezeguet” (baca: terkezut) baru tadi. Pertama oleh Zidane apabila instead menanduk bola sebagai kemenangan, dia telah menanduk Materazzi dan ini mungkin salah satu petanda kekalahan. Maka betullah kata ahlul bait, perang yang paling utama adalah melawan nafsu sendiri. Sebagai muslim, Zidane mungkin gagal mengawal kesyaitanan yang merasuknya sekejap bila tandukan sakti 1998 yang pernah membawa kemenangan tidak upaya dizahirkan kali ini. Untuk ini, saya rasa satu dunia terkejut.

“Trezeguet” yang kedua apabila Trezeguet sendiri gagal menjaringkan gol penalti. Seluruh France dan kaki betting terkejut dengan ketidakmasukkan bola ini.

Apapun hadiah kad merah bagi penutup career Zidane amat menyedihkan. Suasana drama swasta yang sungguh dramatik ini mungkin hanya Zidane sahaja mengerti.

P/s : Kebetulan saya berpeluang menonton sambil melihat updates web fifa, sedikit contoh kekaguman adalah update spilt second web ni seolah kalau tak tengok tv pun boleh layan web. Time penalti scoring update sekelip mata lepas gol masuk. Aku toleh je, web dah update. Namun update ni sampai gol akhir je, bila Italy confirm menang, agaknya web master pun dah melompat turun ke padang?

1. screenshot masa penalti

SafariScreenSnapz085.jpg

2. screenshot dah menang

SafariScreenSnapz086.jpg

Beauty is not enough…

Monday, July 10th, 2006

GT_esterno4_big_1.png

Beberapa jam lagi kita bakal menyaksikan keputusan perlawanan antara Italy dan France… Bagi player-player, saat - saat mengecapi dan menjulang piala world cup itu adalah saat pembalasan usaha mereka. Saat kemenangan. Bagi kita yang menonton, saat yang lebih personalization dalam tema team sokongan kita mungkin berbeza.

Saya menyokong itali dan amat menanti saat kemenangan itu.