Archive for August, 2006

siri melihat 1

Wednesday, August 30th, 2006

SafariScreenSnapz003.jpg

*What do you do when you reach enlightenment? Keep going.

Apa yang kau nampak?

Tuesday, August 29th, 2006

Ada satu iklan kat tv ni. Ada mamat pegi sekolah naik basikal. Badan berpeluh-peluh. Pastu dia minat kat seorang keza (awek) ni. Hari-hari nak duduk sebelah keza ni. Keza ni boleh tahan “mari” jugaklah walaupun tak “mari” mana.

Namun begitu, betullah mengikut satu rancangan discovery channel yang ada 3 benda keza suka kat balak. 1. Balak yang kelakar. 2. Bau badan. 3. I dah lupa amenda.

So kerana bau badan yang perkusubing alig, (busuk gila) at one time tu keza ni dah tak tahan, keza ni pun blah duduk kat tempat lain. Pastu balak ni pun cam sedih cam rupanya all this while dia nasarep (perasan) sorang.

So ending iklan ni ada mamat kumeg (gemuk) kat belakang dia cam tgh tgk balak tu sedih, pastu dia cam dapat ilham, pastu dia tengok dalam beg dia ada cam odorono tu tapi jenama lain. (deodorant). Pastu dia munynes-munyes (senyum2) sendiri.

Pastu bersambung……..

Teka apa sebenarnya berlaku?

Jawapan jika mereka matlamat masyarakat maddani :
Mamat kumeg (gemuk) ini akan memberikan deodarant kepada balak tu supaya bau badannya wangi dan akhirnya dapat bersama keza tadi….. happy ending.

Jawapan jika mereka zaman post modernism yang selfish :
Mamat kumeg cakap dalam hati, “itula ko bodo… muka kacak tapi otak letak kat lutut. walaupun aku kumeg, atleast aku wangi…”

Jawapan jika mereka manusia confuse :
Mamat kumeg bagi deodarant pada balak. Balak jadi wangi. Rupanya mamat kumeg yang tanim alig kat balak. (minat gila). Last sekali diorang couple berdua. Keza tension. Keza jadi lesbian.

Implikasi Jawapan pertama:
Semua customer murni akan membeli deodarant dan memakainya. Customer sebegini hidup dalam idealism dan angan2 murni seperti Alice yang melompat2 di wonderland sambil dikelilingi arnab2 comel.

Implikasi Jawapan kedua:
Semua customer yang hidup bermatlamatkan wang, duit, kerjaya modern yang takde duit boleh mati akan membelinya. Customer sebegini biasanya rat race.

Implikasi Jawapan ketiga:
Semua customer yang gay akan beli.

***

Kesimpulan

Apa yang kita nampak tak semestinya itu yang berlaku. Apa yang diperlihat mungkin ada agenda tersembunyi, lebih2 lagi di TV atau paper. NAMUN, apa yang dapat (berupaya) kita lihat setiap hari dalam life adalah wahyu dari Yang Maha Mengingatkan.

Pernahkah seseorang / sesuatu datang dan memberi jawapan walaupun kita tidak pernah bertanya?

Tapi semestinya iklan campaign sebegini akan mengkayakan tokei product deodarant ini kerana msg-nya sampai kepada semua target customer kecualilah bagi orang-orang yang mempunyai kewangian natural semulajadi seperti saya ini. :p

Sekian wallahualam…..

Jubra - Mari Mencemarkan Budaya

Thursday, August 17th, 2006

Jubra (tiada sebarang perkaitan dengan Otadura)adalah sebuah filem
mesej yang saya kira agak kontroversi, kerna tidak konservatif.

Tapi adalah tidak adil untuk saya mereviewnilai ceritera tersebut
kerana saya memang agak allergic pada filem tempatan (selepas check
dengan Dr. Rosmah kat TTMedical Centre).

Oleh itu mungkin kita boleh buka story pasal mencemarkan budaya ini
saja. Pencemaran budaya boleh ditafsirkan sebagai kemasukan unsur-
unsur baru yang negatif dari kacamata ancestors dan pelopor dalam
nilai-nilai tradisi yang dikatakan diamali dari azali.

Tetapi harus jua diingat bahawa semua perubahan adalah satu proses
evolusi di mana boleh dikira wajib laku kerana tanpa sesuatu changes
pasti kita akan tetap berkampung di tepian sungai sambil penerusan
hidup ala-ala kehuluan.

Moden seringkali dianggap penjahat kerana lebih tanggapan negatif
walhal unsur-unsur ini hanya hadir apabila dikonotasikan sedemikian
rupa. Hukum-hakam dan regulations zaman kesultanan dahulu sering
menjadi persandaran walaupun kerelevanannya dalam cara dan etika
hidup hari ini adalah boleh diragui.

Walaubagaimanapun, kurang ada dua pihak yang betul dalam satu
perbalahan. Cuma yang saya kira agak kurang difahami di sini adalah
penamaan bangsa Melayu sebagai ‘Melayu”. Kenapa harus Melayu? Kenapa
bukan Menyegar? Kenapa bukan Hensem/Kacak/Dewata atau sebagainya
yang lebih memberi nilai membina..? Kerana, adalah tidak wajar
menggelar bangsa sendiri dengan konotasi negatif dalam bahasa ibunda
sendiri. Seumpama menamakan anak dengan nama Sembap, Lemah etc yang
saya rasa memang jarang orang buat.

Haruskah dibiarkan Melayu dengan melayunya?

Yang benar,
Nukilan Sadiq Segarjiwaraga.

PS: Penulis adalah seorang berbangsa Majujaya yang berfahaman
horizontalis.

****

artikel diimport dari club sekolah saya.

Hari bodoh saya

Wednesday, August 16th, 2006

Kadang - kadang menjadi outspoken bagus, namun menjadi outspoken antara orang-orang bisu seperti gayaknya menunjuk bagus.

Seperti kata seorang teman : Kau masuk dalam masjid dan menjerit “Woi semua, kenapa korang sembahyang? Tak yah sembahyang la mati masuk syurga jugak asal islam.”

Jelas hari itu hari bodoh si penjerit. Bayangkan muka imam dan makmum mendengarnya. Dari pada coklat pegi kepada merah, dan merah akan pergi kepada hitam (akibat marah sangat maka hangus…. api membara)

Setiap orang ada hari bodohnya. Hari dimana emosi menguasai akal lantas menzahirkan fitrah yang tidak sepatutnya. Namun sebagai manusia itu perkara normal. Yang tidak normal adalah setiap hari kita adalah hari bodoh.

Ini bermaksud - kita mempunyai 365 hari bodoh untuk diri sendiri selama satu tahun.

Maka timbul pula persoalan, bagaimana hendak tahu hari kita bodoh atau tidak?

Apabila setiap hari tiada penambahan ilmu bagi minda dan semakin luas dunia ini semakin sempit fikiran kita. Dari sebuah buku di sebuah rumah seorang sahabat : Mind is like parachute. Ia akan tertutup jika tidak dipakai. Ia tidak berfungsi jika tidak dibuka.

Philips of Ampang Puteri

Wednesday, August 16th, 2006

Seorang Dr. yang kulitnya gelap seperti penganut hindu, namun biliknya dipenuhi patung-patung christ sedang bertemu dengan 2 orang muslim suami isteri yang sedang dalam keraguan taraf kesihatan. Dan setelah menjelaskan beberapa kondisi dan effect serta treatment yang bakal dijalankan, si suami yang dirundung sedih yang menguji gap ikhlas, bertanya,

“So… you mean that by this treatment… we can stop one of the steriod (cell cept) … and the new medice will finally cure the ****** and sekaligus the ***?”

Dr. - ” I’m not saying it will cure 100% but as far as what happened to my patients, with the same treatment I can guarantee IF there is no complication ….. ala… Insya Allah ” sambil tersenyum.

Suami dan isteri terketawa dan Dr. menyambung lagi,

” Nobody knows the future and if we know what is going to be happened, life will be so boring…”

***

siri perjalanan cinta : Bali

Monday, August 7th, 2006

bali.jpg

Maafkan saya kerana bercuti bersama teman2 selama seminggu, maka saya tiada kesempatan untuk menulis kerana berada di Bali.

Saya menemui kehidupan di sana dan berperasaan amat berbeza sekali pada hari ini.

Tunggu episod penulisan perjalanan saya kelak yang bakal dihiasi photo-photo kenang-kenangan penzahiran di sana.