Archive for September, 2006

Masyarakat Online dalam jamban

Wednesday, September 27th, 2006

Beberapa bulan lalu penulis telah dikejutkan dengan silap mata yang ditunjukkan oleh kawan penulis iaitu yang berbahagia Toktoy. Ketika itu di rumah penulis, Toktoy telah membuka laptop lantas membuat connection internet melalui handphonenya.

Sungguh kagum penulis lantas berkata, “wah… jika begini majunya teknologi, gue bisa baca paper dalam jamban!”

Maka tidak hairanlah Toktoy yang sewaktu itu bertugas secara sampingan sebagai guru terampil di sebuah universiti tempatan sering sahaja laju menunjukkan web-web contoh buat pedoman para students multimedianya di sana, tanpa sebarang keperluan wireless dari pihak universiti.

Hari ini akibat kerosakan handphone penulis, dan didesak oleh keperluan online hampir setiap hari - penulis telah membeli handphone 3G spot itu dan cuba untuk belajar bersilap mata seperti rakannya. Namun jelas setiap usaha ada kesulitan dan sesungguhnya benar, kesenangan akan terbit selepas kesulitan.

Penulis yang kebetulan mempunyai iBook lama maka amat sukar untuk penulis mencari ilham bagaimana untuk membuat connection sedangkan kebanyakan tutorial online adalah berdasarkan spec PC. Untuk itu penulis merasakan ada satu macam diskriminasi OS telah berlaku di tanah melayu ini. Penulis lantas terfikir bagaimana agaknya dengan nasib OS-OS yang lain? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Akhirnya berkat pertolongan Al fadhil John Zulazri Fackie @ Techie, penulis berjaya membuat connection 3G melalui bluetooth dengan iBook.

Maka sesiapa yang selepas ini bakal menghadapi permasalahan yang sama, anda boleh merujuk kepada tutorial yang telah ditulis demi untuk tidak menyusahkan semua MAC user tanah melayu.

Selamat membaca paper online dalam jamban!

http://secretschool.org/2006/09/27/how-to-connect-3g-with-mac-phone-as-a-modem/

we share because we care

Monday, September 25th, 2006

Tuan pencipta animasi,

Kami di secretlab berbesar hati dengan ini menjemput tuan menjadi dekan school of film animation di sekolah kami, yang telah diberi nama secretschool.

sekolah ini boleh dilawati di http://www.secretschool.org

adapun tujuan murni sekolah ini adalah untuk memberi pengetahuan asas dan dasar kerana dengan pengetahuan dasar barulah kita mengetahui hakikat pengetahuan itu sendiri.

tuan bebas berbicara tentang ilmu animasi yang tuan punyai dari segi apa jualah yang tuan mahu, cuma tuan terpaksa merajinkan diri mengenglishkannya.

prospek sekolah ini adalah terpulang pada tuhan yang menentukan. selain dari material duniawi, harapan kami di waktu kaya kelak adalah untuk mengambil student, dan memberi mereka scholarship. namun jika mereka enggan bekerja dgn pihak pembiaya, kami akan sedekahkan aje asalkan mereka memilih untuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.

ke arah itu, kami usahakan dulu skim perbincangan online dan knowledge sharing yang amat dirasakan perlu untuk pembangunan umah manusia sejagat.

Sekiranya tuan bersetuju dan sudah mempunyai banyak ilmu dan tips untuk dikongsi, tuan boleh la reg. dulu dan saya akan ubah dari subscriber kepada author.

saya dahulukan dengan terima kasih dan semoga tuhan membalas jasa tuan.

yang benar;
pegawai kemasukan admin secretshool.org

apa barang pakai muslihat?

Wednesday, September 13th, 2006

ada senior aku tak ingat nama sapa kerana sindorm lemah ingatan, tgh dengar walkman.
pastu ada budak batch kita pun aku tak ingat sapa lalu dan dengan mesra nak dengar sama.

kejadian berlaku di depan dorm b17 tahun berapa ntah dan senior sedang bertenggek atas korridor depan.

“lagu apa bro? dengar sikit?”
“nah…” sambil menghulurkan earphone dgn muka layan.
“asal gua tak dengar apa ni? lu tutup volume ke bro?”

senior mengeluarkan sabun dari poket dan earphone dicucuk kepada sabun mandi.

sekian

Malindo 2

Wednesday, September 13th, 2006

Ella ada kirim salam dan sampaikan lagu ini untuk kita: (layar impian)

Tapi kini bila dewasa?
Aku mula sedar betapa mimpi?
Hanyalah suatu permainan?
Jiwa insan dalam kesepian

IMG_0113.jpg

Anyway saya yang turut serta dalam manifestasi malam itu terasa amat enjoy walaupun
hampir beberapa adegan genting antara melayu tanah sini dengan melayu asal tanah sana.
Sebetulnya expression setiap dari kita mana sama dengan yang lain.

Seperti dalam hidup ini apakah ada satu cara saja untuk mengapresiasi sesuatu yang indah
itu? Atau seperti dalam hidup ini hanya ada satu sahaja yang indah? Bagaimana ada
perbedaan antara satu sama lain jika semuanya bermula dari satu titik yang sama?

Kepelbagaian itu cuma sifat. Dan sifat harus difahami maksud dan untuk apa supaya buat
akhir kita yang gembira.

Maka saya pun turut melonjak khayal bersama Wings yang mmg amat gian melepaskan
dendam muzikal dalam bait - bait jerangkung dalam almari :

Apa ada dalam kamu
Ada juga di dalam kami
Apa ada dalam kami
Ada juga di dalam kamu
aku adalah aku adalah aku

Saya tertanya - tanya apa ada di dalam Mulan? Mungkin saudara ikhwan bisa menjawab
persoalan ini. Mulan dengan kelincahannya telah memahamkan lagi saya tentang buaya
darat dan teman tapi mesra.

ya… lelaki buaya darat…
dan perempuan… teman tapi mesra

:P

Malindo - 1

Wednesday, September 13th, 2006

IMG_0134.jpg

Malindo
——-

Pertama kali aku mendengar terma ‘MALINDO’ & ‘MAPHILINDO’ ini adalah
ketika zaman aku tinggal di kem askar dulu.
Aku diberitahu bahawa ini merupakan nama singkatan operasi latihan
ketenteraan bersama antara negara.
Kerana ketika itu aku tinggal di Kem Kabota,Tawau..maka aku amat pasti
latihan ini pasti berlangsung di sekitar kalimantan/borneo.

Jadi, apabila aku mendengar ‘MALINDO’ akan berlangsung di Bukit Kiara,
aku jadi kaget.
Bukankah itu tempat anak-anak lord bermain kuda?

Terperangkap dalam memori
————————-
Apakah ada beza antara Wahai Cinta (Dearlova), Sang Pencinta
(M.Nasir), Sang Pangeran Cinta (Dewa) dan
Di Manakah Cinta (Where is the love- Black Eyed Peace)..???

Berbezakah nilai cinta jejaka di Parit Lapis Semarang dengan nilai
cinta jejaka di Sri Hartamas ?

Sebenarnya 2 argument di atas tidaklah kene mengena dengan konsert
ini. Malaysia??? Wings paling best !..
Indon???? pasti yang didewa-dewakan !

Teori DOmino
————

Aku punya satu tabiat buruk. Suka memainkan CD baru berulang kali
sehingga hafal tanpa perlu melihat inlay.
Terlebih-lebih jika mendapat CD album lama yang 10-15 tahun tak didengari.
Sehingga terkadang isteri merasakan aku ini berada dalam kapsul masa
yang lain walaupun kami sebenarnya sebaya :p

Kerana terkesan dengan showmanship Wings tempoh hari, jiwa retro ini
bangkit lagi….
Tidak jarang aku melobi kepada temen-temen rapat bahawa album ‘Teori
Domino’ adalah album Wings yang terbaik.
Begitu juga dengan Album Ella U.S.A yang tak makan zaman.
Entah apa untungnya, ada satu copy CD Teori Domino aku jumpa di Jusco
Equine, lantas di sambar dan dijadikan CD Minggu Ini. Akhirnya si
isteri terhafal sekali !

Terbagus
——–

Kerana sebelum ini band-band malaysia hangat menghentam pengaruh band
indon, maka konsert ini di rasain sedikit ‘panas’. Sebenarnya saya pon
kurang jeles atas skema apakah harus satu-satu band itu menuduh
band yang lainnya tidak bagus.

Kalau ‘A’ boleh diterjemah sebagai akreditasi yang terbagus,
adakah DEWA 19 grednya 4E dalam UPSR (Ujian Penilaian Seni Rock) dan
tidak layak ke asrama penuh ???

Asal manusia menjadi buaya
————————–

Ada 2 lagu ‘buaya’ dinyanyikan malam itu.
‘Lelaki Buaya Darat’ oleh Ratu & ‘Bujang Senang’ oleh Wings.
Rupa-rupanya mungkin Tuhan memberi tanda, Steve Irwin - ‘Crocodile
Hunter’ bakal pulang kepada penciptanya seminggu selepas itu.

—–
Wings

Bujang Senang

Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

***

Artikel diimport dari alumni sekolah saya ditulis oleh sahabatul gua Toktoy. artikel asal boleh dilihat di sini:
http://groups.yahoo.com/group/shahpekan96/message/5762

Last minute

Monday, September 11th, 2006

Rupanya sindrom last minute ini memang agak sukar dikikis. Agak sukar bermaksud apabila sesuatu itu sudah menjadi amalan, dan lebih malang lagi apabila ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan. Maka itu lah yang saya maksudkan agak sukar dikikis.

Kembali kepada zaman sekolah rendah dahulu dimana budaya last minute belum mantap dirasakan. Naik sekolah menengah, sewaktu saya bersekolah di sebuah sekolah sains diraja, saya mula terjebak dengan sindrom ini. Contohnya bila cikgu add math bagi homework, seboleh - boleh kalau minggu depan kena hantar buku, sehari sebelum minggu depanlah sifat kerajinan saya terbit. Kadang bagus juga kerana sindrom begini menduga akal. Dan benar, kerana kadang akal terkorup maka timbul idea pinjam aje buku kawan dan cergas salin! Maka kerana itu saya fikir MUNGKIN para pejuang agama hari ini amat marah bila berbicara fasal agama dengan akal, kerana ditakuti korup!

Pada saya yang saya risau (bukan takut) adalah kalau akal tidak dipakai. Akal ini agaknya seperti parang, masakan tajam jika tidak diasah. Agaknya la, mungkin orang melayu lebih pandai dalam perihal simbolika ini. Itu yang pertama saya risau. Ada yang kedua, iaitu bagaimana nafsu boleh mengkorupkan akal. Maka selama ini saya berdoa kepada illahi supaya memberi jalan bagaimana agar akal saya sentiasa suci dan tidak korup.

Berbalik kepada sindorm last minute, saya mendapat kefahaman yang lebih kental apabila meneruskan pelajaran keperingkat universiti. Kebetulan saya meneruskan pelajaran dalam bidang art, maka kebanyakkan subjectnya tiada exam kecuali coursework. Maka saat inilah pemahaman saya tentang last minute mencapai nirvana. Jika waktu sekolah last minute adalah pada sehari sebelum hari submission, waktu universiti, last minute adalah satu malam sebelum submission. Lagi menduga kepakaran dan lagi menduga strategis.

Akhirnya saya grad dengan warna warni beterbangan atau kata orang futeh (puteh), grad with flying colors. Ye lah of course, ijazah saya ijazah seni!

Hari ini saya sudah pun bekerja dan kadang - kadang saya pun masih lagi terkial-kial untuk lari dari sindrom ini. Dalam pada saya berfikir agaknya kenapa liat sangat hendak berubah, selain dari sejarah pendidikan saya rupanya saya baru terperasan satu benda yang sikit lebih kurang MUNGKIN SAMA.

NAMUN, saya tidak pasti sama ada ini adalah hasil sindrom hingga kita tereffect kepada kepercayaan religious atau sebaliknya.

Kombo amalan pada hari Nisfu Sya’ban.

Kenapa. Dan, kenapa. Kenapalah di hari akhir, atau di saat- saat akhir barulah kita terhegeh - hegeh hendak membuat kombo amalan semata-mata kerana hari itu malaikat turun dan menukar database buku amalan kita?

x.jpg

Dan kenapa pula hari raya malaikat kena kerja? (saya terima email yang katanya malam2 nisfu syaaban ni banyak, salah satu daripadanya hari raya malaikat, selain dari malam doa mustajab, malam pembahagian takdir, malam rahmat, etc)

x2.jpg

Maafkan saya, saya bukan menyenda. Saya pun tanak end up kat neraka ye. Saya cuma terfikir aje. Malaikat itu makhluk yang zero tolerance which mean, tiada nafsu. Apa yang god suruh, dia ikut 100%. Bila malaikat tak bernafsu, macam mana pula malaikat nak berhari raya? Kalau dah malaikat nak berhari raya, dah malaikat nak kena puasa ke? Nak menahan dari apa benda kalau nafsu pun takde?

Berbalik kepada kombo amalan. Sekali lagi saya terasa seperti zaman sekolah menengah. Time inspection cikgu disiplin datang sahaja dorm akan bersih. Time itulah segala mahluk junior senior akan serius bergotong royong sapu sampah lap tingkap. Ibaratkan sapa dorm kotor memang menempah tiket jahanam. Time tulah biasa sapu sampah sekali, tiba nak sapu sampah sampai 3 kali. Biasa lap tingkap dorm aje, time tu lap tingkap satu asrama.

“Apsal ko gila-gila gotong royong ni?”
“Gila ko…. cikgu disiplin nak datang check ni, nak mampus kena pelempang?”

Sebenarnya jawapan bagi kombo amalan ini mungkin sudah ada. Buku nak ditukar, maka dah hujung-hujung page ini kita nak tutup dengan yang best-best aje. Best-best apanya kalau dah satu buku tu buku amalan jahanam.

Ada dua persoalan disini. Sama ada manusia ada cubaan untuk menipu malaikat ataupun malaikat berkemungkinan baca intro dengan ending part aje.

Weh! Sampai bila agaknya agama kita hendak tinggal taraf sekolah menengah sahaja?

Moga Tuhan ampunkan dosa kita semua, tak kira malam bila.

Wallahualam.

review : KINKY BOOTS

Friday, September 8th, 2006

kinky.jpg

Saya kira ini adalah kisah konflik dalaman, antara konflik kerjaya dengan family interest. Yang mana harus diutamakan? Legacy & reputation family yang sudah sekian lama atau kehendak personal sendiri? Adakah kita selfish atau tidak?

“How Far Would You Go To Save The Family Business? ”

SafariScreenSnapz007.jpg

Untuk itu Charlie terpaksa mempertaruhkan seluruh hidupnya bagi menyelamatkan kilang kasut lapuk ayahnya, walaupun mempunyai kelulusan universiti tinggi dan tawaran kerja yang lebih lumayan. Dalam pada krisis kemuncak hidupnya itu dia telah kehilangan tunang yang disayangi. Namun pada saya bagus juga kerana kehilangan itu bakal berganti. Sekurang-kurangnya Charlie selepas itu jatuh cinta dengan gadis yang lebih ikhlas.

SafariScreenSnapz006.jpg

Kerana tidak selfish akhirnya tuhan memberi pertolongan kepada Charile. Disaat kejatuhan kilang kasut yang diwarisinya, datang ilham dan ilham ini dizahirkan sebagai pertolongan dari seorang drag queen. Moment ini memang dramatik. Saat Charlie ditumbuk hingga terlentang, saat itu muncul pertolongan yang merah kemerahan dalam kabur. Penyelamat sudah sampai.

Akhirnya Charlie menukar product dari kasut kulit lapuk kepada kasut drag queen, kasut untuk bapuk.

Mereka berjaya dan hidup gembira. Moral of the story, keikhlasan lebih penting dari ganjaran. Ganjaran akan datang later dan tak terbayang jika ganjaran ini datang dari tuhan kelak!

SafariScreenSnapz005.jpg

(Cerita ini adalah inspirasi dari cerita sebenar)

review : INSIDE MAN

Friday, September 8th, 2006

200px-Inside_Man_(film_poster).jpg

“It looked like the perfect bank robbery. But you can’t judge a crime by its cover. ”

Tak pernah saya menonton filem rompakan genius, dan nafsu saya untuk merompak tiba-tiba terbit bagai sinar fajar di pagi hari. Saya kira satu filem rompakan penyelesaian masalah secara ilmiah dan sungguh licik, lebih genius lagi dari perancangan dalam filem Ocean Eleven.

SafariScreenSnapz002.jpg

Dan seperti biasa pasti timbul persoalan yang terbit tentang film yang ditonton, :

Merompak memang tidak boleh tetapi bolehkah kita merompak sesuatu yang tidak ada? Atau tidak wujud? Atau bolehkah kita katakan mengambil sesuatu yang tidak ada itu satu rompakan?

Dan kedua, bagaimana dunianya ( how in the world that ) Dalton, ketua perompak mengetahui secara makrifat perihal perkara sulit bank itu?

Jawapannya jelas, bagi soalan yang kedua itu adalah tajuk filem itu sendiri.

SafariScreenSnapz003.jpg

Sebuah filem yang telah memberi jawapan bukan setakat pada title film, jua jawapan pada scene pertama film itu sendiri.

Bacaan Lanjut

http://www.insideman.net/index.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Inside_Man

Mencari, dimana? Kesakitan.

Friday, September 8th, 2006

Bagaimana kita bisa mencari kesakitan sedang kesakitan itu adalah sesuatu yang dirasa, bukan dipegang. Sesuatu yang ada tetapi tidak ada zahirnya…. bagaimana akhirnya kita akan jumpa?

Maka jawapan yang paling baik untuk membuang kesakitan adalah bukan mencari tetapi memulangkannya kepada yang memberi.

Pulangkan.

Pulangkan kepada yang ada tetapi tidak ada…..

?

Yang berada dimana-mana, alias yang mengatur segalanya.

Malang bila kita mengambil kesakitan itu sebagai hakmilik kekal… kita lupa yang kita tidak memunya malah kita ini dipunya!

Bila kita menjadi pemunya, maka kerana itulah kita hidup selamanya dalam kesakitan.

Wallahualam.

” I always see the remedy in pain.
I see the subtle gift and fidelity
in angry quarrels and betrayals.

When I look down, I don’t see the earth.
And when I look up,
I don’t see the vault of the sky.
Whatever I glance at I see You”

1131, Rubaiyat by Rumi

soalan-soalan singgah pagi jumaat

Friday, September 8th, 2006

Apakah laluan yang paling utama
Bila semua laluan itu sama

Apakah harta yang paling berguna
Bila semua harta itu dari sana

Apakah cinta yang paling sakti
Bila diri ini mati

?

Hari yang paling indah, adalah hari bila kita bertemu
Kerana hari yang indah adalah hari yang aku tahu

Jawapan dari Kamu.

***
ahmad, soalan - soalan singgah pagi jumaat