Archive for September, 2006

Merintis Kemungkinan

Wednesday, September 6th, 2006

SafariScreenSnapz001.jpg

Patutnya lega peminjam MARA bila dengar ansuran bulanan serendah RM20. Bayangkan berapa tahun kita harus habiskan hutang kita kawan2?

Matematika-kan sekarang,

RM 20 x 12 Bulan = RM 240 , setahun

Maka,

RM 64 000 / RM 240 = 266.666 tahun

Ini bermaksud saya terpaksa hidup dalam dunia yang penuh pancaroba ini hingga berumur 293 tahun sekiranya saya mula membayar tahun ini.

Feh!

Pelarian 64 ribu, 365 x 5, hari.

Tuesday, September 5th, 2006

Tiada daya untuk berjaya,
Tiada waktu yang menghalang,
Hamba abdi yang sengsara,
Hamba ini, hamba berhutang.

Tiada manusia zaman modern ini yang hidupnya tidak berhutang. Paling tidak dia terhutang budi kepada ayah dan ibunya. Hidupnya seseorang itu pasti akan berhutang. Mungkin dari filosof hidup adalah satu journey atau perjalanan, maka kerana itu hari ini telah terbentang highway-highway yang memberi sehelai kertas di pondok permulaan, bukankah sepanjang ranjau itu dia sedang berhutang? Dan penantian akhir akan tetap sampai. Hujung jalan itu dia akan ketemui dengan si tuntut yang tersenyum mesra menghulurkan lentik jari jemari yang halus… (kalau awek “mari” la… )

Namun kepelbagaian atau multiplicity manusiawi yang datang dari tuhan yang satu itu sudah pasti hutangnya berjenis-jenis dan dinamika. Ada yang hutang nyawa. Ada yang hutang cinta. Ada yang hutang kasih. Dari segi materialisme , ada yang hutang kad kredit. Ini adalah pilihan yang paling popular. Jika tidak pernah merasa nikmat hutang kad kredit, maka anda terlepas satu moment pengajaran manusia pasca modern. Dalam lingkungan penulisan ini, saya suka menghighlightkan “hutang pendidikan”.

Cergas kita mendengar PTPTIPU, cergas juga kita mendengar scholar yang bertukar menjadi loan atau sebaliknya. Cergas juga kita mendengar loan yang bertukar menjadi hadiah hari jadi saya maka saya tanak bayar. Alasan adalah kunci kejayaan menerbitkan kata ikhlas yang tidak seberapa dalam diri.

Maka kisah - kisah plural kehutangan ini akan membawa kepada persoalan singular : Siapa yang ijazah sarjana mudanya tidak bernilai ribu-ribu? Atau lebih tepat lagi, Siapa yang tidak berhutang ribu-ribu untuk sekeping kertas sakti ini?

Jangan confuse. Walaupun soalannya bersikap singular, jawapannya tetap bersikap plural. Kerana apa? Lah, kan manusia itu pelbagai. Kamu jangan ingat yang dunia ini hanya kamu yang punya. Ada orang belajar di universiti pakai tie, kasut kulit dan kemeja yang hari-hari digosok. Ada orang belajar di universiti yang dia datang hari-hari pakai jeans lusuh dan t-shirt bundle. Ada orang belajar di universiti melayu tapi datang kuliah pakai purdah. Kan universiti itu banyak. Namun apa tujuan mereka semua datang ke universiti pada hari pertama penjejakan kaki?

Maka mungkin bagi soalan yang saya kemukakan tadi,(yang bold) jawapannya berbunyi begini:

“Mana ada…. semua orang belajar kan dapat scholar.. mana ada orang hutang…(penipu dari kumpulan idealism)”
“Siapa yang tak hutang nak dapat degree? ingat semua orang kaya ke ? (sensitif kemajmukan)”
“Agaknya la… kawan saya saya rasa dia hutang 40 k untuk degree animation dia. Saya digital media. Agaknya hutang saya pun sama juga la 40 K (fahaman anutan ikut aje, malas nak fikir)”

Pelbagai jawapan, namun harus diingat. Hutang, tetap hutang. Dan yang hutang ini adalah yang harus kita bayar.

Bayar balik!

Ada orang demi untuk tidak berhutang, dia terpaksa menerima apa sahaja pilihan yang diberi oleh si pemberi hutang demi melangsaikan hutangnya. Namun sebenarnya dia bukanlah berjaya melangsaikan hutangnya dalam jangkamasa panjang seperti yang dialami dan difikir olehnya kerana dia sebenarnya mencipta hutang baru yang cuma dalam bentuk berbeza. Dan sebenar lagi, apakah pilihan yang dia ada?

Contohnya, Ahmad berhutang 40 K dengan En. Tak Kaw Tim. En. Tak Kaw Tim telah membiayai pendidikan Ahmad selama 4 tahun. Maka Ahmad, untuk 40 K, telah berjanji akan bekerja dengan En. Tak Kaw Tim selama 8 tahun sebagai balasan melangsaikan hutangnya setelah grad. Dalam pada itu, hati Ahmad memberontak untuk menjadi Pelukis, sssswai dengan degree yang diambil sedangkan jika bekerja dengan En. Tak Kaw Tim, Ahmad akan menjadi Jurutera Teknologi Maklumat.

Namun apa pilihan yang Ahmad ada? Ahmad bapanya bukan tan sri atau dato’. Maka untuk melangsaikan hutang pendidikannya, Ahmad telah berhutang cita-cita pada jiwa dan dirinya sendiri. Semoga Ahmad ikhlas bekerja untuk gaji yang barakah, dan juga semoga Ahmad menjumpai bahagia dalam kerjanya. ( kes ini bermanfaat jika Ahmad memberontak untuk menjadi pelukis, namun jika Ahmad redha menjadi jurutera, itu kes lain dan bermanfaat dari segi lain pula)

Itu kisah Ahmad. Kisah Ali pula, Ali lari dan memilih untuk menjadi pesawah padi. Harapan Ali agar by the time En. Tak Kaw Tim datang ke pintu rumah dan pintu mukanya, padinya subur sampai 10 kilang. Namun harapan tidak semestinya kabul!

Maka apakah kesimpulan saya? Hutang tetap hutang. Sesuatu yang kita ambil, kita harus bayar. Bagaimana harus kita bayar itu adalah penyelesaian yang harus kita fikir caranya. Bagaimana penyelesaiannya kelak, kepada tuhan kita serahkan jawapan.

Saya akhirkan tulisan ini dengan serangkap pantun.

Tiada daya maka berhutang
Tiada kuasa maka meminjam
Hamba rabbi bukan malang
Hamba ini, mencari faham

Buat ahli kumpulan pelarian 64 ribu, 365 x 5, hari, Selamat membayar hutang! Ayuhhhhh… cergas gitu….

Siapa yang tidak berhutang ribu-ribu untuk sekeping kertas sakti ini?

“I sound stupid….”

Friday, September 1st, 2006

Disebuah sekolah asrama di suatu pekan, ada 2 orang senior tgh berborak sebelum light off.

“Gua bengang betul la dgn mamat Faiz ni…. ada ke pakai kasut riadah gua tak sound gua… dahlah baru form one… nak kena sound nih”

“Sound’s good. Gua pun lama tak sental nih… apa kata kita cergas sekarang! Ayuh!”

Tiba-tiba muncul mencelah seorang lagi senior, “weh… korang nak sound dia dengan apa ni? Kaki ke tangan? ”

***

Jamil selalu dapat lebih. Kenapa ye?

Friday, September 1st, 2006

Scene Lebih 1.

Saya nak lebih….

Lebih… kacak…. lebih kaya…. lebih kelakar…. ketul… ye lebih ketul…

Lebih karisma…. lebih kuat…. ye… kuat…

lebih …. ( dan banyak lagi…. )

***

Scene Lebih 2, dalam erti yang berlawanan.

I rasa u punya design ni macam kurang sikit la. Kurang lawa. Kurang artistik. Kurang color. Kurang animation. Kurang sangat.

I tak tau la kalau dengan design yang kurang ni kita boleh accept and approve atau tidak. I tau la budget I kurang… tapi takkan semuanya u bagi kurang?

Tak boleh bagi lebih sikit ke?

***

Scene 3, Lebih dan kurang di pasar borong.

Seorang lelaki melayu sedang ingin membeli ikan. Ikan apa ntah kerana si penulis berada didalam beberapa meter jaraknya. Maka terdengar perbualan antara tokei cina dan lelaki melayu.

” Tokei… ini berapa semua?”

” Lapan blat!”

“Aiyoooo.. mahal maaa… kasi enam belas sudah la….”

“Aiya boss… takdapat maaaa…. Lapan blat pun kira murah, sekarang manyak susah mau tangkap ikan… bukan musim… minyak sudah naik”

“Adoiii mahal la tokei… kalau gini baik saya pegi tangkap sendiri”

“Aiya jangan itu macam la kawan…. dua linggit pun lu mau berkira ka… lu pakai baju banyak cantik. Jam banyak busat. (Besar)… dua linggit lu cincai saja laaa. Dua linggit punya pasal lu mau jadi nelayan ka?”

“Ala tokei… mahal la.. kensel lah kensel. Lain tahun la saya mari.”

***

Scene 4. Hakikat dunia

Sewaktu penulis berada di Bali, kami sempat singgah di sebuah kafe rock keras yang tertulis besar satu bait lagu dari kumpulan legend terkenal. Maaf gambar yang pudar dan blur, namun yang tertulis itu amat tersurat dan tersirat maksudnya yang penulis rasa adalah jawapan bagi ketiga-tiga scene diatas. Hakikat dunia agaknya.

IMG_9291.jpg

Kesimpulan of the day: Bagaimana bisa God memberi yang terbaik untuk kita bila kita ini sering kali memberi yang terburuk pada semua?

Bagaimana kita bisa mendapat lebih jika kita mahu bayar kurang????

***