test
Monday, October 30th, 2006test
Hari ini saya melalui karenah traffic yang merugikan masa dan energi dikala waktu pencahayaan paling sesuai dan paling optimum untuk bekerja, berfikir.
Dalam keterkandasan baris kereta yang panjang dan slow moving itu saya terfikir tentang jalan penyelesaian untuk umat manusia.
Masalahnya adalah apabila semua orang keluar pagi pada waktu yang sama, tidak mahu berkongsi kereta dan bersesak ke kota raya. Maka pasti sangat jalan akan jem gila dan energi-energi negatif akan mengotori pagi yang positif ( bila orang mula marah dan tidak sabar dengan ujian jalanan).
Pernah dengar “the artificial sky?”. Of course la tidak sebab saya baru terfikir pagi tadi. Namun saya terfikir mungkin ada orang sudah mendapat ilham ini dulu kerana kejadian sesuatu itu adalah berulang dari yang telah ada atau dalam ayat penyata lain, “history does repeat”.
Saya membayangkan satu langit tiruan dimana langit ini mempunyai connection personal dengan setiap manusia di Malaysia. Katakanlah ada 3 package. Setiap orang berhak untuk memilih package mana yang dia nak subscribe bergantung kepada keperluan dan kerjaya, hidup dan etc.
Maka apakah perbezaan package ini? Begini. Katakanlah package pertama namanya A, kedua B dan ketiga C.
Kedua yang kita perlu tahu adalah masa semasa, atau “the current time”. Atau best sikit, mungkin nama dia “the universal time”. Satu lagi term baru yang ketiga selain package dan “the universal time” adalah masa pakej atau “the package time”. “the current time” adalah waktu rujukan bagi semua package sedangkan “the package time” adalah waktu package itu sendiri.
Ok, “the artificial time” berfungsi begini. Pertamanya setiap package A, B, C mempunyai timeline atau waktunya tersendiri. Perbezaan jam antara package ini adalah 24/3 = 8 jam.
So jika dirujuk kepada “the universal time”, package A akan bermula pukul 8 pagi, B pukul 3 petang dan C bermula pukul 11 malam. Namun keunikan “the artificial sky” adalah kerana connection personalization antara manusia dengan langit itu, maka, jika Ali memilih package A, paginya memang pukul 8 dan begitu juga Ah Kok yang memilih package B, paginya juga memang pukul 8. Namun jika dirujuk kepada “the universal time”, keadaan pagi mereka nyata bermula pada waktu yang berbeza dimana sebenarnya Ali pergi kerja pukul 8 tapi Ah kok pergi kerja pukul 3.
Sekiranya manusia berjaya menjumpai teknologi yang membenarkan manusia merasai keadaan waktu yang sama tapi sebenarnya berlandaskan waktu yang berbeza, saya kira masalah traffic akan berkurangan sebanyak 65% setiap waktu. Dalam erti kata lain, jika pagi ini saya akan memandu laju 2 space kereta yang kosong kerana 2/3 dari jumlah kereta di jalan akan hilang dibahagikan kepada waktu package lain.
Kurang faham? Begini. Setiap connection manusia dengan langit akan memberikan waktu tersendiri berdasarkan package, seterusnya memberikan pagi yang berbeza dengan pagi package lain, seterusnya memberikan 3 kehidupan yang berbeza kepada 22 juta rakyat Malaysia.
Apa impak kepada kehidupan? Business akan terbahagi kepada 3 dimana persaingan akan terbahagi 3. Lebih banyak peluang dan chances dan kehidupan manusia akan berubah lebih effisien dan maju. Masa kualiti akan menjadi lebih dan semua manusia hidup aman. Namun pasti ada impak sosial dan negatif tetapi kita fikirkan yang positif sahaja dulu.
Keunikan “the artificial sky” memberikan pagi yang berbeza atau “pencerahan” yang berbeza antara satu manusia dengan yang lain.
Mungkin pada satu waktu itu Ali sedang makan malam sedangkan Ah Kok baru hendak keluar breakfast, uniknya mereka berada di kedai mamak yang sama tetapi kadar pencerahan cahaya langit nyata berbeza!
Siapa mahu sponsor untuk research yang lebih bermakna, mungkin kita bisa filemkan fenomena sebegini seperti film-film technology yang membawa permasalahan dalam menghadapi teknologi seperti i-robot atau minority report….
sambungan dari artikel : adakah puasa menyuruh kita menjadi miskin.
***
bahaya perihal keagamaan adalah bila orang yang mempunyai authority tidak dapat menjelaskan dengan baik. authoritynya bisa membawa kepada auta-reti. namun kerana agama bersifat personal, iaitu adalah hubungan satu manusia dengan satu tuhannya pada permulaan, maka pelbagai level of understanding akan wujud jika perihal agama dibentangkan secara horizontal sesama penganut. kritik agama sebegini dilihat ada bagus dan ada yang tidak bagus.
pertama kerana kritik agama boleh membawa kepada kemusnahan kepercayaan apabila timbul persoalan demi persoalan yang tidak dapat dijawab. namun berpegang kepada maksud hidup untuk berserah segala kepada pencipta, telah terus secara halus wujud dalam pepatah melayu - malu bertanya sesat jalan.
bukankah kita harus keluar untuk pulang? (1)
kerana itu mungkin wujud kumpulan manusia yang berperingkat dari range solihin (syariat), syuhada (tarekat) dan siddiqin ( hakikat). perbezaan antara kumpulan manusia ini adalah bermula dari orang yang menerima/mematuhi kebenaran kepada orang yang menyaksikan kebenaran, dan seterusnya kepada orang yang membuat kebenaran atau orang itu adalah kebenaran sendiri. perbezaan kumpulan ini nyata adalah peringkat keimanan mereka dimana bermula dengan memahami iman itu, dan kemudian memahami islam dan seterusnya memahami ehsan.
kalau hamba yang hina ini tidak silap, nama lain bagi kumpulan manusia ini bermula muslim,kemudian kepada mukmin dan akhir sekali kepada muhksin.
mencari keredhaan tuhan hingga menjadi muhksin bukan semudah mencari murtabakus di pasar ramadhan.
bukanlah hamba yang hina ini ingin menembak tidak tentu hala. cuma bahayanya ayat2 sekerat di tv lama - lama boleh memupuk nilai yang tidak sihat dalam kefahaman agama itu sendiri. kesannya agama dilihat sesuatu yang mudah dan simbolik beragama itu tidak jelas dan tidak nampak kepentingan mengapa kita mengamalkan rukun agama itu semula.
kita lantas mengambil mudah dalam perihal agama lalu akhir sekali kita hanya mengulang-ulang ritual ibadat yang sama dengan malang setiap tahun:
puasa sekadar menahan lapar dan dahaga.
wahai sohabatul shahpekan sekalian bukankah kita sudah 5 tahun berpraktis menahan lapar dan dahaga selama 5 tahun? (ayat ini merujuk kepada pengalaman penulis dizaman anak-anak disekolah dan kebetulan, artikel ini dan yang sebelumnya dikongsi disana sementara dicopy paste ke sini)
melihat kepejalan ayam - ayam yang ditanam dalam dada nasi bersama sambal ikan bilis kantin…. seteguk putih lebut taufufa…. berahi jam 7 sambil menanti dentuman meriam….
assalamualaikum…
selamat berbuka bersama yang tersayang.
***
rujuk lagu Wadi oleh M Nasir
“what would you do if you knew that what you believe is not the truth?”
… ternampak kat astro ntah tv berapa
Ada orang yang nampak cahaya datang dari semua arah.
Ada orang nampak dalam cahaya ada cahaya.
Ada orang matanya rabun. Disangkakan cahaya torchlight rupanya bunga api jiran sebelah.
Lagi,
Ada orang yang memberi cahaya kepada orang
Ada yang menjadi lilin,
Ada yang menjadi pelita.
Ada juga yang memasang tiang lampu
Kerana itu maka ada orang menjual cahaya.
Harga cahaya seluas mana bayaran yang mampu,
Maka ada orang mencuri cahaya.
Lagi,
Ada orang kaya cahaya
Ada orang miskin cahaya
Ada orang tak kisah dan tak mementingkan cahaya.
Ada orang berkira fasal cahaya.
Banyakknya orang dan cahaya,
Ada orang sangka yang dia telah nampak cahaya sedangkan dia belum membuka mata
Ada orang yang baru membuka mata akan tersilau dengan kekuatan cahaya
kerana
indra satu ini amat silau bila terlalu bersinar baik jika dia tahu apa cahaya itu
jika tidak -
kembali kedalam kegelapan gua zaman batu
mencari sepercik cahaya.
***dipetik dari antologi keroncong perut ana menanti waktu pasar ramadhan
Semalam lepas berbuka saya sempat menonton tazkirah NTV7. Maksudnya tazkirah ramadhan selepas berita NTV7. Yang menariknya kali ini adalah seorang ustadz yang membicarakan falsafah puasa yang sebenar menurut beliau.
Pada mulanya beliau mengatakan yang berpuasa di Malaysia berbeza dengan Arab. Di Malaysia, kaya dengan pasar ramadhan dimana ada satu pasar khas dicipta untuk orang beli kuih muih juadah berbuka. Di Arab atau lebih tepat lagi di Mekah, tidak ada pasar ramadhan maka yang ada adalah macam biasa iaitu kedai2 makan.
Maka ustadz ini menyatakan bahawa di Malaysia kita terjurus kepada puasa dan pemakanan yang mewah. Oleh itu ustadz ini mengatakan yang bulan puasa ini seharusnya mendidik kita menjadi orang miskin. Saya pun pelik kenapa. Rupanya (menurutnya) kerana orang miskin jarang makan. Maka puasa menjadikan kita seperti orang miskin. Kemudian ustadz itu mengatakan ini adalah falsafah puasa. Kemudian habis dan iklan muncul.
Antara 2 darjat
Saya agak terperanjat dengan falsafah puasa ustadz ini. Jika puasa mendidik kita menjadi miskin, saya amat terasa ingin mungkar dan tidak mahu berpuasa. Apa gunanya puasa jika melatih kita menjadi miskin? Adakah kita sudah lupa tentang satu ayat ini:
bekerjalah kamu seperti kamu hidup selama-lamanya
beramallah kamu seperti kamu nak mati esok
Maka saya bertrauma dalam minda, mengapa ustadz ini mahu umat islam malaysia menjadi miskin? Ustadz sedar tak yang nilai duit kita berbanding dengan nilai duit orang cina RM 1.65 to RM 1?
Which mean jika kita membeli kereta RM 165 K, orang cina beli kereta dengan harga yang sama tapi nilai nya adalah baru RM 100 k.
Ustadz nak suruh kita jadi miskin? Ustadz try berenti tengok kat jalan, kalau Merc lalu, adakah daripada 10 biji, 8 itu melayu?
Sudah tentu ya kerana yang memandunya melayu. Namun yang duduk di belakang belum tentu melayu.
Tentang matlamat hidup untuk kaya, saya malas hendak mengulas perihal mengapa kita perlu kaya. Saya cuma ingin berkongsi bahawa tidak semestinya hidup kaya boleh mengkorupkan kita hingga kita mengambil keputusan untuk hidup sederhana. Kerana dunia zahir dan batin ini kepunyaan tuhan, maka itu ada ayat tentang kekayaan dan amal yang telah saya tulis diatas tadi.
Adakah kita dituntunt menjadi miskin? Tidakkkkkkk. Kita dituntut tuhan menjadi kaya. Dan menjadi kaya bukanlah satu beban namun menjadi kaya itu adalah satu tanggungjawab.
Pernah tak satu hari orang datang dan ingin meminjam duit dengan anda namun anda tak mampu nak tolong? Takkan orang ini nak pinjam duit dari Along?
Seperti saya cakap. Menjadi kaya bukan beban. Bukan keseronokan. Menjadi kaya adalah responsible umat islam.
Antara agama islam mekah, dengan agama islam melayu.
Ini satu lagi yang sudah lama saya pendam dan sangat suka saya diskuss. Tentang isu perbandingan agama secara geografi. Seolah-olah agama dinilai dari sudut geografi mukabumi. Pada saya ini adalah pemikiran agama nenek moyang atau nama lainnya agama jahiliah.
Jika anda ragu-ragu, mari kita lihat sejarah. Apakah ciri - ciri orang jahiliah? Antara ciri-ciri orang jahiliah adalah hidup berpuak-puak. Dimana puak A lawan puak B. Puak C nak pegi bunuh puak D bila salah seorang dari puak D punya unta terlanggar unta puak C. Maka hidup berpuak- puak ini kalau kata nama modennya adalah kroni.
Soalan kedua, bagaimana kita nak menentukan yang dia ini puak A atau puak B atau C? Umumnya kita boleh lihat yang dia datang dari mana. Maksudnya dimana mereka tinggal atau asal mereka. Kesimpulannya, tempat. Atau kawasan. Atau kerana geografi.
Maka jelas, jahiliah ada kait mait dengan geografi. Soalan lagi, apakah pula yang dikatakan agama jahiliah zaman sekarang?
Jawapan: Kefahaman agama yang diolah secara geografi dimana terdapat satu perbandingan nilai keagamaan yang berbeza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Apakah bahayanya fahaman agama sebegini?
Jawapan : Agama dilihat makin mulia berdasarkan geografi, tetapi tidak dilihat mulia berdasarkan apa yang telah tuhan beritahu. Apa yang tuhan lihat ?
Tuhan tidak melihat tempat mana kamu duduk untuk beragama, tuhan tidak melihat baju apa kamu pakai sama ada jubah atau t-shirt bundle, malah tuhan tidak menilai sama ada kamu memakai ketayap atau serban atau naik unta pergi sekolah agama.
Tuhan melihat hati kamu. Tuhan melihat ketakwaan kita.
Maka jelas kesimpulannya : tidak ada apa2 keistimewaan kawasan bagi mencari keredhaan tuhan. agama secara geografi adalah agama nenek moyang.
Berbalik kepada tazkirah ustadz yang mulia tadi, apakah bagusnya berpuasa di mekah yang tiada pasar ramadhan berbanding dengan puasa di malaysia yang bersepah-sepah pasar ramadhan?
Pertamanya kita harus bersyukur kepada tuhan yang memberikan kemewahan walaupun kemewahan pasar ramadhan. Ini bermaksud kita tidak suffer dan kebuluran. Ekonomi kita dalam gawat tapi masih orang dapat makan nasi, dapat makan kueh teow, makan itu ini.
Bayangkan kalau sampai satu tahap esok kita kena berbuka puasa dengan kurma sebiji aje, itu jam baru tahu langit tinggi rendah. Ye la nak sangat jadi orang miskin, baru padan muka.
Maka harusnya dengan kemewahan yang ada kita bersyukur. Bukan meminta yang sebalinya. Dengan bersepahnya pasar ramadhan ini, ambil peluang beli lebih dan sedekah kat orang miskin. Kalau orang melayu ramai sangat kaya raya, beli, sedekah kat india miskin.
Sedekah juga. Jangan ingat sedekah ini hanya untuk sesama islam sahaja kerana orang non muslim yang miskin kita harus tolong juga.
Dan akhir, satu kebaikan pasar ramadhan yang mungkin kita tak tahu dan kita tak pernah dengar adalah : ada peniaga yang dapat cover setahun punya kos meniaga semata-mata kerana ada pasar ramadhan. punya la teruk ekonomi sekarang. ini berlaku di JB. bayangkan kalau takde pasar ramadhan. apa anak bini peniaga ni nak makan?
Maka jelas, bulan puasa memberi seribu kerahmatan kepada manusia yang melihat rahmat itu.
Conclusion yang paling akhir pada hari ini adalah :
Jangan melihat semua benda negatif sahaja.
Jangan suka membandingkan agama dari segi geografi.
Jangan korupkan matlamat islam dalam physical & economical development.
Berhati-hati dalam mendengar tazkirah kerana tak semua tazkirah itu baik. Ada juga tazkirah yang takkkizah (tak kisah kalau kita tak dengar.)
Semoga tuhan merahmati kita semua. Amin
Mood ini ada turun naiknya. Kadang konsisten hype, namun sekali sekala terswing sasar. Bila saya kusut seperti seolah-olah mahu minum racun (teringat kisah india minum racun diceritakan ayah saya) maka saya akan mandi di bawah shower sambil diam dan pejam mata. Terapi air yang menghentam center kepala dari sisi atas sudah saya amalkan sejak dari universiti lagi.
Keadaannya menenangkan namun kadangkala boleh membawa kepada keseraman. Oh lupa! sila tutup telinga anda untuk menikmati muzik gelegak neraka. Kata orang. Jika benar kata orang ini maka kita mendengar frekuensi alam ghaib.
Apapun terapi air ini adalah permulaan. Yang lebih baik adalah melepaskan segalanya. Bukan melepaskan ke lantai atau kedinding yah!
Melepaskan ini lebih kepada kerelaan hati kamu. Lepaskan kepada yang Hak. Maka yang Hak itulah yang akan menentukan penyelesaiannya.
Satu kisah yang tak putus dan tak sempat dikaji agaknya adalah tentang bulan puasa ini. Kata ustadz, bulan puasa syaitan kena ikat.
Semalam kami sempat singgah ke satu tempat dimana kami melihat syaitan berpesta.
Siapa syaitan sebenarnya?
Atau, rephrase soalan, sebenarnya siapa syaitan?
Ketawa dalam hati mungkin, ada yang berkata kamulah yang diikat.
***
Ada orang tanya adakah jumlah orang baik dan jumlah orang jahat balance di dalam dunia ini?
Jawapan tentang balance ini boleh disamakan dengan konsep ying & yang dimana ada hitam ada putih. Namun adakah bila ada 2, ada 8? Atau ada 2, ada 1?
Keunikan balance dalam dunia memang sukar difahami. Begitu juga tentang manusia - manusia yang mendapat enlightenment, maka jawapannya menurut P.Ramlee:
1 - Baaaaaaaaaaaanyakkkkkkk sangat
2 - Sikit - sikit
3 - Kadang-kadang
dan 4, Jarang - Jarang.
Keseluruhan jawapan atas adalah jumlah bagi kumpulan tertentu secara overall. Secara detail, yang keempat yang jawapan sebenar.