shaggy say… It wasn’t me
Mood ini ada turun naiknya. Kadang konsisten hype, namun sekali sekala terswing sasar. Bila saya kusut seperti seolah-olah mahu minum racun (teringat kisah india minum racun diceritakan ayah saya) maka saya akan mandi di bawah shower sambil diam dan pejam mata. Terapi air yang menghentam center kepala dari sisi atas sudah saya amalkan sejak dari universiti lagi.
Keadaannya menenangkan namun kadangkala boleh membawa kepada keseraman. Oh lupa! sila tutup telinga anda untuk menikmati muzik gelegak neraka. Kata orang. Jika benar kata orang ini maka kita mendengar frekuensi alam ghaib.
Apapun terapi air ini adalah permulaan. Yang lebih baik adalah melepaskan segalanya. Bukan melepaskan ke lantai atau kedinding yah!
Melepaskan ini lebih kepada kerelaan hati kamu. Lepaskan kepada yang Hak. Maka yang Hak itulah yang akan menentukan penyelesaiannya.