ini bukan tazkirah, ini karangan sementara menunggu berbuka

sambungan dari artikel : adakah puasa menyuruh kita menjadi miskin.

***

bahaya perihal keagamaan adalah bila orang yang mempunyai authority tidak dapat menjelaskan dengan baik. authoritynya bisa membawa kepada auta-reti. namun kerana agama bersifat personal, iaitu adalah hubungan satu manusia dengan satu tuhannya pada permulaan, maka pelbagai level of understanding akan wujud jika perihal agama dibentangkan secara horizontal sesama penganut. kritik agama sebegini dilihat ada bagus dan ada yang tidak bagus.

pertama kerana kritik agama boleh membawa kepada kemusnahan kepercayaan apabila timbul persoalan demi persoalan yang tidak dapat dijawab. namun berpegang kepada maksud hidup untuk berserah segala kepada pencipta, telah terus secara halus wujud dalam pepatah melayu - malu bertanya sesat jalan.

bukankah kita harus keluar untuk pulang? (1)

kerana itu mungkin wujud kumpulan manusia yang berperingkat dari range solihin (syariat), syuhada (tarekat) dan siddiqin ( hakikat). perbezaan antara kumpulan manusia ini adalah bermula dari orang yang menerima/mematuhi kebenaran kepada orang yang menyaksikan kebenaran, dan seterusnya kepada orang yang membuat kebenaran atau orang itu adalah kebenaran sendiri. perbezaan kumpulan ini nyata adalah peringkat keimanan mereka dimana bermula dengan memahami iman itu, dan kemudian memahami islam dan seterusnya memahami ehsan.

kalau hamba yang hina ini tidak silap, nama lain bagi kumpulan manusia ini bermula muslim,kemudian kepada mukmin dan akhir sekali kepada muhksin.

mencari keredhaan tuhan hingga menjadi muhksin bukan semudah mencari murtabakus di pasar ramadhan.

bukanlah hamba yang hina ini ingin menembak tidak tentu hala. cuma bahayanya ayat2 sekerat di tv lama - lama boleh memupuk nilai yang tidak sihat dalam kefahaman agama itu sendiri. kesannya agama dilihat sesuatu yang mudah dan simbolik beragama itu tidak jelas dan tidak nampak kepentingan mengapa kita mengamalkan rukun agama itu semula.

kita lantas mengambil mudah dalam perihal agama lalu akhir sekali kita hanya mengulang-ulang ritual ibadat yang sama dengan malang setiap tahun:

puasa sekadar menahan lapar dan dahaga.

wahai sohabatul shahpekan sekalian bukankah kita sudah 5 tahun berpraktis menahan lapar dan dahaga selama 5 tahun? (ayat ini merujuk kepada pengalaman penulis dizaman anak-anak disekolah dan kebetulan, artikel ini dan yang sebelumnya dikongsi disana sementara dicopy paste ke sini)

melihat kepejalan ayam - ayam yang ditanam dalam dada nasi bersama sambal ikan bilis kantin…. seteguk putih lebut taufufa…. berahi jam 7 sambil menanti dentuman meriam….

assalamualaikum…

selamat berbuka bersama yang tersayang.

:)

***

rujuk lagu Wadi oleh M Nasir

Leave a Reply