kilast #012 - Kilast dan kilast, sediri. Menyendiri.

Pemuja cinta yang satu ini mendapat ilham lagi. Haruskah dia menjadi pecinta yang teragung seperti diri diri yang dikagumi? Ini bukan tujuan tetapi yang harus kau alami. Mungkin itu adalah amaran hati kecil dia bila dia menganggap semua ini dilema.

Keliru yang dia berserabut bagai lemas dalam buih udara jijik. Itu yang harus dia lari.
Lari jauh meninggalkan pergi. Atau buang, buang terus tanpa berhenti.

Dia mengalami trauma konsepsi antara zahir dan antara batin. Dia terperangkap dalam tuntutan dan kemahuan, antara kewajipan dan keperluan.

Pemuja cinta menemui pelbagai karenah nafsu yang sering menarik dirinya dari garis suci yang telah lama memberikannya satu frekuensi kesedaran murni. Untuk berada kekal dalamnya adalah cabaran buat dirinya. Untuk terus menjadi tentera hati, ahhhh! Ini bukan kerja mudah sayang. Peperangan bukan antara musuh materi tetapi antara diri sendiri!

Ini yang lagi gila namun berahi menewaskan abdi inilah yang dia cari. Dia melihat dia dan dia binasa. Binasa ini adalah binasa tenggelam dalam lautan luas dia lemas. Tak terdaya lagi dia melawan pukauan pandangan magis yang satu ini.

Dia lemah. Lemah selemahnya. Langsung longlai! Kesayuan terbit dari fajar hatinya bila dia sedar segala hakikat alam. Segala kepercayaan segala penaklukan. Ahh! Mengapa begini jadinya? Mengapa kesudahannya ini?

( Kilast lantas terduduk. Terduduk tersandar terkejut. Tidak berkata- kata sepatah pun. Kepalanya berat. Berat ya amat…… )

Leave a Reply