Archive for December, 2006

review : CINTA

Thursday, December 14th, 2006

cinta_movie.jpg

1

Apabila manusia memilih untuk memiliki. Memunyai. Menjadi raja diri. Maka disitu uji itu akan muncul. Tuhan bukan perampas dalam menentukan takdir tetapi manusia harus sedar, dan belajar menerima dengan redha.

Dari itu baru manusia mula memahami erti perjalanan mencari, dan menjadi insan sempurna, dan lagi : sempurna menyempurnakan.

***

2

AH! Ujian cinta diuji begitu hebat sekali.

Ada orang kehilangan cinta setelah berpuluh tahun bersama. Maka saat dia menerima takdir itu dengan penuh sabar, tuhan menemukannya dengan seseorang yang tak mungkin bisa lagi lari meninggalkannya.

Ada orang berhenti mencari setelah lama kehilangan. Namun kerana redha dia menerima apa sahaja yang tuhan tetapkan, dia juga menerima imbuhan cinta terbesar dalam hidupnya apabila cintanya juga berhenti mencari kerana kehilangan.

Ada orang kehilangan cinta yang sekian lama dimilikinya. Namun saat dia memahami cinta itu adalah merelakan ia pergi, tuhan memberi pengganti.

Ada orang mula berjinak - jinak dengan cinta. Naif khayal romantis cinta yang terlalu novelis membuatkan dia takut kepada realiti percintaan. Cinta, kan perlukan kejujuran.

Ada orang bermain api cinta dengan bukan hakknya. Lantas tuhan mengambil haknya untuk orang yang paling dia sayang. Bukankah permainannya mengorbankan orang lain sebelum ini?

Hakikat cinta : Cinta bukan untuk dimiliki. Cinta untuk diberi.

Kata Rumi dalam mathnawi :

“That servant for whom the world lovingly wept the world now rejects : what did he do wrong? His crime was that he put on borrowed clothes and pretended he owned them”

****

3

Tentang teknikal, saya menontonnya bagai melihat national geography yang menceritakan perihal Malaysia-an. Cinematography yang wow, selain dari bait skrip yang membunuh jiwa hingga binasa ( bagi sesiapa yang mahu binasa ) - kata sultan melaka dulu, “pilu hati beta….”.

recommended by ahmadzombie

http://cintathemovie.com

Abuya dan Altantuya

Thursday, December 7th, 2006

pic01832.jpg

Apabila salah seorang pengikut Abuya yang saya temui baru - baru ini melalui google video (beta) : mengatakan Abuya bisa bertolak ansur dengan tuhan dalam hal kematian, saya berfikir sejenak.

Dimanakah negotiation itu berlaku? Bagaimanakah negotiation itu berlaku? Adakah bagaikan Abuya membuat appointment dengan secretary god untuk booking waktu?
Adakah Abuya naik ke siddatul muntaha menemui tuhan di langit 7 seperti cerita2 sekolah rendah tentang nabi dan isra’ mikraj yang di-”borak” itu??

Saya bukan mempersoalkan taraf Abuya kerana setiap orang yang terpilih akan menemui tuhannya namun yang saya amat risau adalah method pengeliruan tentang tuhan itu sendiri.

Adakah kita bisa bercakap - cakap dengan tuhan? Adakah tuhan itu semacam satu bentuk (?) yang bisa kita berbual panjang? Kita lihat? Kita pegang? Kita bergurau senda lantas kita berbicara maksud?

Sekiranya Abuya bisa bertolak ansur dengan tuhan, tuhan yang mana Abuya sembah sebenarnya?

Saya masih ingat lagi kisah Nabi Musa di Bukit Sinai. Tatakala Musa meminta melihat wajah tuhannya, lantas hancur gunung yang berhampiran dan juga Musa terus pitam, pengsan.

Perlu diingatkan bahawa Musa adalah antara Propeht ter-genius dalam dunia kerana keangkuhan / egoistik Musa, tuhan telah memberi pengajaran kepadanya dengan mempertemukan dengan Nabi Khidir.

Maka relatif kisah Musa yang genius, Musa yang pengsan melihat tuhannya dan Abuya yang boleh bertolak ansur dengan tuhan, tuhan mana yang Abuya sembah?

***

Hari ini saya telah bernegotiation dengan seorang client kami dalam menentukan harga untuk sebuah projek. Maka saat presentation tadi dikala saya sedang terkial -kial mencari file presentation, saya terjumpa satu folder gegambar Altantuya.

Lantas timbul satu nafsu untuk mengcopy walaupun saya tidak tahu apa tujuan peng-copy-ian itu. Rupa- rupanya tuhan memberi ilham untuk tulisan blog ini.

Saya terfikir. Alangkah bagusnya kalau Altantuya sempat menemui Abuya sebelum menemui ajal. Belum sempat Altantuya dibom, Abuya sudah pun tau list-list orang yang bakal menemui ajal dan ini pasti boleh menyelamatkan Altantuya. ( provided Altantuya ni pengikut Abuya la).

Abuya juga boleh meng-redirect ajal Altantuya kepada orang lain yang lebih beriman. Sebagai contoh, imam masjid kawasan Altantuya dibom. ( rujuk clip video itu, dan juga jika imam di situ beriman ). Ini boleh berlaku atas alasan Altantuya belum cukup ready untuk mati kerana tahap imannya boleh diukur oleh Abuya. Of course, dengan tuhan pun boleh nego, apa lagi nak ukur iman orang kan?

Melalui video pengikut Abuya itu lagi, malah jika saat malaikat datang mencabut nyawa dan dikala genting sakaratul maut, Abuya boleh datang untuk meng-make sure yang pengikutnya ini tidak dikacau syaitan yang direjam. Saya terbayang begini. Agaknya apabila syaitan datang kepada Altantuya untuk menggoda saat last kopek, pasti syaitan terbakar (syaitan yang dicipta dari api tu kata ustadz saya ) apabila datang berhampiran dengan Abuya.

Sekiranya ini semua benar, kita harus bergembira kerana Altantuya mati dalam imannnnnnn atau dalam nada arabikus : husnul khatimah.

Betapa untungnya pengikut - pengikut Abuya, dan betapa ruginya Altantuya kerana tidak menjadi pengikut Abuya.

Apapun saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Altantuya diatas kematian yang mengerikan.

Kepada Abuya, saya ingin meminta sampaikan salam kepada tuhan yang dia boleh nego itu dengan ucapan, boleh tolong negokan project saya tak agar dapat profit lebih?

Wassalam.

Bacaan Lajut

video rufaqa di google

Bercerita, bercita-cita menjadi pengembara alam muluk

Monday, December 4th, 2006

Trend kawan2 saya sekarang adalah meng-Ian Rights kan diri, atau zaman dahulu kalanya me-Marco Polo kan diri atau dalam bahasa tanpa nama idolnya adalah mengembara.

Saya tidak pasti sama ada kawan-kawan saya sudah mual melihat environment tanah melayu ataupun saya sebenarnya berkawan dengan kawan - kawan yang bersemangat inkuiri yang tinggi.

Jika menonton tv, siri pengembaraan tanpa limit agak sukar ditiru kerana pengembara rata - rata boleh mengembara kemana saja kerana mempunyai budget atau sponsorship yang masyuk beb.

Realiti hakikat poket kami, tidak semudah itu kerana mengembara dikala pendapatan tahunan cuma mencecah sekitar RM 36 K, sudah pasti tidak jauh kaki kaki ini melangkah.

Antara tempat-tempat favourite (sebenarnya tempat yang budget) adalah seperti Bali, Bandung, Jakarta, Filifina, Thailand dan paling korok sekali (walaupun mahal) adalah Kota Singapura.

Dengar dari cheretera mereka yang kembali amat amuse sekali bagai beruk mendengar cerita bagaimana burung layang2 berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.

Saya kira secara positif nya pasti pelbagai pengalaman yang menarik dapat disedut. Yang seronok berseronok, Wah… saya bayangkan pasti kawan-kawan saya sedang berbaringan didalam kapal laut dalam gaya khayal dikelilingi bidadari ( rujuk scene Legend of the falls oleh Brad Pitt ).

Apapun saya rasakan trend ini amat bagus menjadi amalan mulia kerana selagi duduk di dalam tanah melayu ini, bagaikan terpacar kata - kata kalam sesungguhnya dunia ini penuh dengan tipoo dan muslihat.

Di kala kita melihat negara orang, di kala itu baru kita tahu bahawa ketinggian langit ini tidaklah rendah sangat.

Selamat jalan dan selamat kembali wahai sohabatul ahli kutub ku sekalian… jumpa di sana di sana di sanaaaaaa…..