Archive for January, 2007

review : Perfume : The story of a murderer

Monday, January 22nd, 2007

Perfume : The story of a murderer

Karamahnya adalah hidung yang boleh mengesan secara selective, bau, berbatu - batu jauhnya, bagaikan tidak berantara. Dan lantaran ini membentuk dia sebagai satu manusia yang terlampau obsess : melampaui batas kemanusiaan apabila dia cuba mencipta perfume yang seakan membawa manusia ke syurga melalui bau. Perfume yang paling agung of the world of the universe, for alam saghir and kabir.

Dia berjaya. Namun apakah lagi matlamat hidup apabila matlamat yang paling agung itu telah dikecapi?

Obsession boleh menyebabkan hari siang yang cerah menjadi malam yang kelam. Dan lebih malang lagi, kelam yang membawa kabut dan kalut.

Lantaran itu awalnya karamah dan akhirnya istidraj.

Diberikannya nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran. Beransur-ansur sedang dia tidak tahu.

Recommended by Ahmadzombie

http://www.imdb.com/title/tt0396171/

Hikayat Ahmad dan Aneh Al-Lail 2

Saturday, January 20th, 2007

Prolog

Manusia panik berlari-lari kesana kesini. Bagaikan kemusnahan namun bukan seperti perperangan. Ada rumah yang hancur. Tidak ada kebakaran kerana bukan kerana api. Namun dalam imajan serba kelabu itu bagaikan ada angin yang sedang bertiup kencang. Dan kelihatan seorang perempuan memegang skafnya yang lantas terbang dibawa angin. Rambutnya ditiup kuat ke satu arah. Dan dia cuba menunduk dengan memegang rambutnya.

Mula

Mereka duduk diantara bilik yang diluar jendelanya adalah hutan-hutan air. Pokok-pokok air yang membeku tersusun rata bagai menanti perintah. Di celah pokok-pokok air itu muncul satu manusia yang menegur Ahmad yang mencari-cari dicelahan dedaun air.

“kalau betul kau yang maha itu kau tiuplah…. kerana yang maha tak perlu tiup untuk berbentuk sebegitu….”

Ahmad tidak faham langsung dan kemudian menoleh ke belakang. Disitu ada seorang lelaki tua berbadan gempal memegang beberapa helai wang kertas tanah melayu. Dikelilingnya ada beberapa kanak-kanak suci yang duduk bersahaja bagaikan menanti sesuatu.

Ahmad menghampiri melihat rapi lelaki tua yang kemudiannya berkata sesuatu,

“terbalikkan duit ini. lihat di belakangnya. bukan mudah untuk menghilangkan titik-titik ini tetapi kau boleh lihat kehancuran manusia didalamnya”

Ahmad menunduk perlahan seraya memegang tangan lelaki tua itu. Membelek dan merenung pada belakang wang kertas tanah melayu itu.

Tersentak. Terkejut. Terpegun!

Lantas lirikan mata Ahmad memandang pucat wajah lelaki tua yang hanya diam kelu.

……..

review : Heart

Friday, January 19th, 2007

Review Heart

1 - The Rules :

a. Persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah bullshit. Tidak ada erti persahabatan sebenarnya antara lelaki dan perempuan. Lelaki atau perempuan, ada yang mahukan lebih. Lebih itu bagus. Enak. Indah. Saya mahu lebih.

b. Kaki boleh kena potong bukan setakat sebab kencing manis tapi juga jatuh bukit.

c. Sama ada cinta itu momentnya sungguh perlahan ataupun film diperlahankan mood supaya penonton menghayati, ku kira awas untuk ini kerana perlahan sangat boleh nyebabkan jantung gue berhenti dong. Tidur gitu.

2- The Path :

Antara Luna atau Rachel, Farell : Kamu harus memilih yang mana satu. Sama ada kamu sedar kamu mempunyai option atau tidak, itu kalau kamu peka. Dan yang mana kamu pilih itu harus kamu terus sampai. Kata directornya, “Cinta adalah batu penjuru. Cinta akan menunjukkan arah….”.

3 - The Truth :

Irwansyah dan Acha, menyanyikan lagu mendayu - dayu , “di sini syurga kita….”

Di mana itu ?

My Heart …….

kerana itu kata sesetengah pemuja, dunia adalah segala-galanya.

4 - The Final Knowing @ Victory:

Dimana hari paling indah? Pernahkah kau menguntai?
Bila hari kita mencintai yang Sepatutnya tiba, bukan yang lain.

Maka disaktikan lagu ini ke sanubari hati manusia supaya mereka rasa semacam kalbu yang menusuk di jiwa……

the revolutionary iphone

Thursday, January 11th, 2007

Saya mungkin terlambat satu hari semalam kerana berada di Tanjung Malim. Namun keghairahan saya nyata klimaks bila lepas sahaja bersama ribuan pengikut mazhab Mac melihat enlightenment demi enlightment yang dibawa oleh Pakcik Steve Job beberapa minit lalu. (1)

Boleh dikatakan saya bersyukur kerana sudah terpengaruh dengan mazhab ini sejak tahun lepas setelah bertemu dengan beberapa kiai Mac seperti kiai Wamrul, (yang mengatakan bahawa Mac dari kelantan - mek ) dan Kiai Pojie dari Manggis ( yang saya baru terfikir, adakah mereka memilih manggis kerana lebih lokal berbanding apple?)

Apa lagi yang saya boleh katakan?

Mari mengerjakan umrah ke Fifth Avenue (2) June ini. Jika tidak sampai makrifat kita melalui mata hati lagi namun sekurang-kurangnya, alat ini sungguh makrifat dari segi duniawi!

Makrifat didalam poket! (3)

(1) http://www.apple.com/iphone/keynote/

(2) http://www.apple.com/retail/

(3) http://www.apple.com/iphone/

road tax

Wednesday, January 10th, 2007

q : apa komen saudara tentang penurunan cukai jalan kenderaan tahun depan ini?

a: saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana amat prihatin dan sungguh sayangkan rakyat. you see aaaa.. with discount rm 40 tu i boleh buat penjimatan unggul, selain dari menambah jumlah simpanan i serta kurang beban2 sikit anak nak masuk sekolah ni disamping raya tahun ni boleh la kitorang berbelanja lebih sikit…. lega betul. terima kasih pak lah. saya cadangkan tahun depan mungkin paklah boleh turunkan harga lesen tv pulak. boleh kitorang beraya kat oversea pulak next year.

q : tapi lesen tv kan dah mansuh?

a : oh ye ke? kalau gitu saya minta paklah turunkanlah apa2 pun yang rakyat bayar setahun sekali…. seronok gitu… tiap2 tahun ada aje benda yang kita bayar setahun sekali diberi discount. I luv pak lah. muah muah.

pemberita kemudian pergi interview orang lain pulak.

q : adik, apa komen adik tentang penurunan cukai jalan untuk tahun depan ni?

a: uiiishh… saya rasa bangga la. saya je ada 45 biji kereta. bapak saya ada 56. itu belum adik tiri saya lagi…. mau dekat nak 39 biji. kira kitorang suka la… ini boleh membantu kami semua meningkatkan prestasi kewangan kami kepada tahap yang memberansangkan. prestasi kewangan yang baik membawa kepada prestasi kerja yang baik selaras dengan kadar penurunan gejala sosial rakyat hari ini. terima kasih.

pemberita kemudian pergi interview seorang makcik pulak.

q : makcik… apa komen makcik tentang penurunan cukai jalan ?

a : makcik ni bodo. jual goreng pisang aje. tapi menurut utusan online yang makcik baca tu…. “Pensyarah Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Nahar Mohd. Arshad berkata, penurunan cukai jalan itu membantu menambah jumlah wang pengguna untuk dibelanjakan. ” So kalau pensyarah dah kata ia membantu rakyat maka makcik pun setuju aje la… kete makcik setakat wira 1.4… so dulu makcik bayar rm 109… sekarang makcik bayar rm 90. so dengan penjimatan rm 10 tu boleh la makcik besarkan kedai goreng pisang makcik ni… maybe makcik nak beli kerusi meja baru ke untuk pelanggan datang lepak2.. tak pun makcik nak touch up gerai makcik ni ala2 star buck… semua pun boleh dengan rm 10. Makcik bangga la dik, malaysia ni banyak pensyarah islam yang bijak dan caring serta concern serta pandai matematik.

pemberita pun pergi lagi cari orang lain pulak, ye la kan.. nak masuk tv kena la ada komen dari multilevel stage of rakyat.

q : apa komen dato’ tentang penurunan cukai jalan ni dato’?

a : o ye bagus2! bagus sangat la tu. saya memang suka. Dengan adanya konsep islam hadhari kita dapat lihat perkembangan mental dan penerimaan agama sesama muslim malah antara muslim dan non muslim pun semakin baik. Semua orang dapat menerima dengan baik dan jika ditanya kepada mereka, sila berikan 12 prinsip islam hadhari pasti mereka dapat menjawabnya satu persatu. tahniah. saya sokong kepimpinan sebegini.

q : errr.. saya tanya cukai jalan… lagipun… bukan islam hadhari ada 30 prinsip ke?

tammmatun .. sekian…. happy new year to all my beloved friends.

ref :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0102&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Maaf dari syurga

Monday, January 8th, 2007

Bait-baitnya berubah. Sebab itu bukan kadang tapi memang bila kamu berjumpa dengannya, warnanya putih salju. Putih dan terus putih hingga tiada gunanya kamu menunggu lagi. Untuk itu, harus aku katakan… maaf dari syurga.

Hikayat Ahmad dan Aneh Al-Lail

Monday, January 8th, 2007

0, tapi 3 - Prolog

Berkata jerit Ahmad Mukamil kepada api jin yang menterbalikkan painting-paintingnya ke arah -arah songsang, ” Aku dah FEDUP dan menyampah dengan kau!! BERAMBUS!!”

Taatakala itu terpancar cahaya selang - seli dari meja-meja berhampiran, dari bangku-bangku berhampiran, dari buku-buku berhampiran seolah-olah meneriak gertak visual kepada Ahmad Mukamil, dan Ahmad Mukamil diam.

2 - Bab kena Mandi

Ahmad dan satu lagi Ahmad, disini dinamakan Ahmad Mukamil, mereka berdua waktu itu baru bangun tidur. Dalam kejip-kejam kelat mata itu Ahmad melihat dengar Ahmad Mukamil sedang menyumpah. Manakan tidak, kali ini setiap painting-paintingnya disusun selang seli rapi, mengadap kiri dan ke kanan. Maka panas hati itu, lancar terus bentak hati Ahmad Mukamil.

4

Sewaktu senyum Ahmad melihat wajah Nur cintanya menerusi 2 bayangan yang bisa digambar lagi, hingga turun anak-anak tangga apartmentnya dengan sungguh riang, ibarat anak-anak berjalan lenggok - lenggok tangan, ke kiri dan kekanan. Dan lagu ceria ala Disney itu terus berlaku dan berlaku….

5

Ahmad melihat kereta - kereta kemek di round bout itu. Ahmad melihat seakan tidak percaya kerana antara yang kemek kemek itu adalah Satria Neo dan beberapa Savvy. Dan memandang ke arah jauh sikit, Ahmad melihat manusia kepejabatan bertali leher sakti kot hitam kelabu sedang beramai - ramai menaiki basikal hitam waktu pagi.

Namun, lagu ceria ala Disney itu terus berlaku dan berlaku….