Hikayat Ahmad dan Aneh Al-Lail

0, tapi 3 - Prolog

Berkata jerit Ahmad Mukamil kepada api jin yang menterbalikkan painting-paintingnya ke arah -arah songsang, ” Aku dah FEDUP dan menyampah dengan kau!! BERAMBUS!!”

Taatakala itu terpancar cahaya selang - seli dari meja-meja berhampiran, dari bangku-bangku berhampiran, dari buku-buku berhampiran seolah-olah meneriak gertak visual kepada Ahmad Mukamil, dan Ahmad Mukamil diam.

2 - Bab kena Mandi

Ahmad dan satu lagi Ahmad, disini dinamakan Ahmad Mukamil, mereka berdua waktu itu baru bangun tidur. Dalam kejip-kejam kelat mata itu Ahmad melihat dengar Ahmad Mukamil sedang menyumpah. Manakan tidak, kali ini setiap painting-paintingnya disusun selang seli rapi, mengadap kiri dan ke kanan. Maka panas hati itu, lancar terus bentak hati Ahmad Mukamil.

4

Sewaktu senyum Ahmad melihat wajah Nur cintanya menerusi 2 bayangan yang bisa digambar lagi, hingga turun anak-anak tangga apartmentnya dengan sungguh riang, ibarat anak-anak berjalan lenggok - lenggok tangan, ke kiri dan kekanan. Dan lagu ceria ala Disney itu terus berlaku dan berlaku….

5

Ahmad melihat kereta - kereta kemek di round bout itu. Ahmad melihat seakan tidak percaya kerana antara yang kemek kemek itu adalah Satria Neo dan beberapa Savvy. Dan memandang ke arah jauh sikit, Ahmad melihat manusia kepejabatan bertali leher sakti kot hitam kelabu sedang beramai - ramai menaiki basikal hitam waktu pagi.

Namun, lagu ceria ala Disney itu terus berlaku dan berlaku….

One Response to “Hikayat Ahmad dan Aneh Al-Lail”

  1. surial surreal Says:

    aku terpana kerna kesurialan mu sunggu surreal.. hingga disaat akhir karya mu ini mempana kan jiwa ku dan membuatkan televisi surial ku bernyala semula setelah sekian lama padam dan diam

Leave a Reply