the revolutionary iphone
Saya mungkin terlambat satu hari semalam kerana berada di Tanjung Malim. Namun keghairahan saya nyata klimaks bila lepas sahaja bersama ribuan pengikut mazhab Mac melihat enlightenment demi enlightment yang dibawa oleh Pakcik Steve Job beberapa minit lalu. (1)
Boleh dikatakan saya bersyukur kerana sudah terpengaruh dengan mazhab ini sejak tahun lepas setelah bertemu dengan beberapa kiai Mac seperti kiai Wamrul, (yang mengatakan bahawa Mac dari kelantan - mek ) dan Kiai Pojie dari Manggis ( yang saya baru terfikir, adakah mereka memilih manggis kerana lebih lokal berbanding apple?)
Apa lagi yang saya boleh katakan?
Mari mengerjakan umrah ke Fifth Avenue (2) June ini. Jika tidak sampai makrifat kita melalui mata hati lagi namun sekurang-kurangnya, alat ini sungguh makrifat dari segi duniawi!
Makrifat didalam poket! (3)
(1) http://www.apple.com/iphone/keynote/
(2) http://www.apple.com/retail/
(3) http://www.apple.com/iphone/
January 19th, 2007 at 10:15 pm
bila mau angkat itu iphone?
January 31st, 2007 at 10:46 am
Bulan 7 ini iPhone itu akan berada di tangan ku.. ahahahhaha (aku akan cuba meningkatkan ilmu enteng badan aku untuk sampai ke US dalam separuh kelip mata ini..)