Archive for February, 2007

review : The Mexican

Wednesday, February 28th, 2007

The Mexican

“I need a lift in your el truck-o to the next town-o!”

Ada satu pistol yang dikraftangan dengan nilai cinta di Mexico. Menjadi lagenda dan membawa sumpahan, pelbagai versi, turon temuron hingga ke hari ini. Jerry ditugaskan ke Mexico untuk mendapatkan pistol ini dan metransportkan kembali kepada si peminta, EL Margolese. Namun, ramai penangguk di air yang keruh kerana selain pistol, mereka melihat wang yang bertimbun. Ntah bagaimana aweknya Sam turut terlibat dalam arena kancah kelam klibut ini. Di akhir cerita Jerry dan Sam melakonkan balik lagenda cinta dan pistol itu dalam keadaan genting antara hidop dan mati sebagaimana kita semua melakonkan kembali watak - watak suci di tanah yang dijanjikan ini.

Kelakar deh!

anjing dan saya

Wednesday, February 21st, 2007

Respon kepada forum ini.

***

Anjing dan saya.

Perihal anjing dan samak dapat memberi pelbagai maksud tersurat dan tersirat, antara topik yang tak kunjung sudah diperbahas ashabul sekalian. Menariknya, persoalan demi persoalan timbul dari rentetan pengalaman yang dilalui oleh kita semua. Sedikit amat yang dapat saya kongsi kisah saya dan banjingan banjingan.

1. Anjing sebagai jaga

Jiran atuk kami dahulukala mempunyai kebun. Dan kebun ini dijaga oleh seekor anjing. Saya pernah tanya atuk saya, boleh ke orang islam bela anjing dan jawapan atuk saya yang sudah ke alam arwah ini, boleh. Namun saya yang masih kecil kecil alam itu terpancar kebengongan kerana tidak faham sedangkan ustadz di sekolah berkata, anjing ini sebahagian dari najis berat. Maka bolehkah kita membela najis? Kerana atuk saya garang, perbualan kami berhenti setakat itu sahaja.

2. Anjing sebagai binatang yang hina

Saya bukanlah fasih sangat dengan bahasa inggeris seperti ashabul lain yang disekolah dahulu masuk dalam set2 english hype # 1. Walaupun masa kecil dahulu saya bermastautin di cameron highlands yang penuh dengan tourist, ada beberapa patah ayat yang cliche diajar oleh makcik saya yang suka baca novel - novel Judith Mcknaught dan seumpama. ( Novel romantis english bersize kecil).

Kebetulan kawasan hilltop itu ada seorang india yang akan lalu depan rumah bersama anjing peliharaannya setiap petang. Mungkin kerana kami ini orang islam dan dia orang india bersama anjing, bayangkan kata2 ini terbit kelancaran dari mulut saya yang masih berumur 5 tahun setiap kali saya nampak mereka berdua.

“Hello, brownies… you are stupid dog…. brownies… you are stupid dog”

Maafkan saya kerana waktu itu saya tidak faham lagi apa yang saya katakan dan mungkin saya berkata dibawah pengaruh fikir alkohol makcik saya yang tidak minum pun!

3. Anjing sebagai bahasa harian

Apabila sudah besar dan masuk ke sekolah asrama yang sama dengan anda semua, vocab baru yang saya belajar tentang anjing adalah “menganjing”. Pada mulanya (ketika form one) saya ingatkan “menganjing” adalah perbuatan berlakon menjadi anjing namun rupanya tidak. Apapun jelas perkataan “menganjing” waktu itu seolah seperti zikir yang diulang-ulang setiap moment oleh pelajar senior hinggakan tidak sah satu hari tidak ada perkataan “menganjing”, kerana tidak sah juga sehari jika tidak ada orang “diperanjingkan”.

4. Anjing dan samak

Pada tingkatan berapa ntah, selain daripada muslimin dan muslimah yang berkunjung ke surau sekolah diraja shahpekan, surau kita turut dikunjungi oleh anjing - anjing liar. Kunjungan anjing ini membawa murka kepada ustadz dan lantas bagi mengelakkan perkara ini berulang (kerana anjing datang ke surau bukan untuk menyembah agaknya) satu skuad menutup pagar 24 jam telah diwujudkan. Namun saya amat lupa sekali sama ada ustadz telah menyamak seluruh kawasan surau atau tidak. Tapi yang pasti tidak beberapa lama selepas itu, surau diraja shahpekan telah dianugerahkan karpet baru.

5. Anjing dan 100 meter

Kerana berasal dari sekolah diraja, maka saya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Selain dari perkara ilmiah, pengalaman bersama anjing turut saya rasai lagi. Pada suatu malam yang indah ketika saya bersiar - siar bersama rakan, kami dikejar 3 ekor anjing yang besarnya macam babi daripada bangunan security hingga ke hostel. Pengalaman lega ini sebenarnya bukanlah kerana takutkan digigit anjing sangat tetapi lebih kepada takut nanti kena samak. Apapun kami amat nyaris kerana diselamatkan oleh sebuah kereta yang tiba-tiba muncul lantas memblock banjingan-banjingan ini dari menerkam kami. Tidak pernah saya rasa amat bersyukur kepada tuhan seperti saat itu kerana itulah pertama kali saya mendapat pertolongan yang tidak disangka-sangka diwaktu “yunus dimakan paus”. Saya kira mungkin kereta itu dipandu oleh malaikat.

6. Anjing dan persoalan orang yang kad pengenalannya tidak ada tulis islam

Sewaktu bekerja beberapa tahun kemudian, kebetulan ofis saya dipenuhi dengan amoi amoi. Kami bagaikan keluarga walaupun mak dan ayah mempunyai kulit yan berbeza. Kerana itu juga, kami selalu berbual perihal tuhan, berhala dan tidak ketinggalan, anjing. Ada satu ketika dimana ketika amoi ini bertanya kepada saya yang membuatkan saya terdiam dan tidak dapat menjawab, “Kenapa aaa saya lihat budak melayu, our neighbor selalu kalau nampak anjing, dia akan baling batu?”

7. Anjing dan kucing

Anjing bukan sekadar memenuhi struktur sosial tetapi juga menjadi sebahagian dalam adat resam bila diangkat sebagai satu simbol didalam pepatah melayu. Entahkan benar atau tidak, anjing dan kucing tidak mungkin dapat hidup bersama kerana ancaman antara spesis. Namun tahun, lepas ketika berada di Bali, satu kota keriangan yang dipenuhi dengan anjing-anjing telah memfardhukan saya satu fahaman baru. Akibat puas untuk elak mengelak menjauhi anjing-anjing jalanan, saya lantas terus selamba jalan bila melihat anjing dan kucing bersekedudukan. Maka pepatah melayu tadi harus tidak valid di Bali.

8. Anjing dan film

Oleh kerana hubungan anjing dengan manusia melayu di Malaysia, amat tidak sihat maka saya kira wajib bagi Yasmin untuk membawa isu ini ke layar perak. Beberapa tahun lepas, filem “Gubra” yang banyak menimbulkan spekulasi hangat maha sensasi yang menggabrakan pelbagai pihak, telah terdapat satu scene dimana bilal yang dalam perjalanan ke surau telah bertemu dengan seekor anjing yang sedang lepak ditengah jalan. Lantas bilal ini mengusap anjing sambil berbual mesra kenapa anjing ni duduk tengah jalan bla bla bla. Kemudian anjing ini pun bangun lepak tempat lain sambil terdengkut - dengkut. Scene seterusnya bilal masuk surau dan terus azan.

Beberapa penonton didepan bertanya, “eh… bukan bilal tu tadi pegang anjing ke? bukan kucing kan? kan?”

9. Anjing dan Al quran

Apapun pengalaman anda dan anjing tentu memberikan pelbagai kenangan pahit dan manis. Perbahasan mengenai halal dan haram takkan berkesudahan kerana syariat itu pelbagai untuk umatnya. Namun, memang ada sebab tuhan jadikan anjing hidup dikalangan kita kerana tuhan mahu kita belajar sesuatu dari anjing anjing ini. Sama ada kita perasan atau tidak, nilai yang dibawa anjing ini sebenarnya antara wisdom tertinggi dalam mendalami agama islam ini. Hinakah anjing? Kotorkah anjing? Atau, bolehkah saya menggeletek mesra ketiak anjing? Bolehkah saya mencuci tangan dengan Axion berbanding tangan selepas memegang anjing?

Jawapan yang paling terbaik ada didalam Al quran dan jangan terkejut. Tentang anjing ini, ada 3 ayat yang menulis perihal “Kalbun”, dan sekali lagi jangan terkejut, 2 dari 3 ayat menceritakan kisah anjing stretching di pintu gua (18:18) dan perbahasan bilangan manusia dan anjing di dalam gua (18:22) , berbeza nilai taraf ayat satu lagi (saya kira lebih penting, dan harus dalam dikaji) iaitu metafora jika anda menjadi seperti anjing.(7:176). Ini yang lebih bakal membawa erti kehidupan tidak “diperanjingkan”.

Akhir, berilah makan kepada anjing anjing yang lapar dan berilah bantuan kepada anjing anjing yang tersumbat dalam longkang. Kelak tiba satu hari dimana makanan tidak dapat dibeli dari Jusco atau pasar borong dikala kita terpaksa berburu untuk hidup, perlukah kita menyamak hasil buruan yang dibawa oleh anjing buruan kita? (5:4)

Wallahualam
Rujukan

7: 176. If it had been Our will, We should have elevated him with Our signs; but he inclined to the earth, and followed his own vain desires. His similitude is that of a dog: if you attack him, he lolls out his tongue, or if you leave him alone, he (still) lolls out his tongue. That is the similitude of those who reject Our signs; So relate the story; perchance they may reflect.

18: 18. Thou wouldst have deemed them awake, whilst they were asleep, and We turned them on their right and on their left sides: their dog stretching forth his two fore-legs on the threshold: if thou hadst come up on to them, thou wouldst have certainly turned back from them in flight, and wouldst certainly have been filled with terror of them.

18:22. (Some) say they were three, the dog being the fourth among them; (others) say they were five, the dog being the sixth,- doubtfully guessing at the unknown; (yet others) say they were seven, the dog being the eighth. Say thou: “My Lord knoweth best their number; It is but few that know their (real case).” Enter not, therefore, into controversies concerning them, except on a matter that is clear, nor consult any of them about (the affair of) the Sleepers.

5 : 4. They ask thee what is lawful to them (as food). Say: lawful unto you are (all) things good and pure: and what ye have taught your trained hunting animals (to catch) in the manner directed to you by Allah. eat what they catch for you, but pronounce the name of Allah over it: and fear Allah. for Allah is swift in taking account.

Adakah ulama kita hisap ganja?

Friday, February 16th, 2007

Menonton siri raja lawak baru-baru ini, saya rasa sungguh amarah nafsu-bissauk. Ntah kenapa saya pun tidak tahu. Dalam kekalutan otai mencari pelapis, rupa-rupanya “raja” itu ada disini.

Perkenal semula cawat besi elak rogol

Kekalutan modenisasi membrutalkan pemikiran yang seharusnya suci, dan berwahyu. Saya berdoa amat agar statement retorik ini hanyalah sindiran dan bukan maksud hati yang sebenar…. Jika tidak…..Sayang…. patutlah nabi bersabda diakhir zaman kelak yang paling ramai masuk neraka adalah yang hisap ganja. EH silap, …. ulama!

Wallahualam

ashabulkahfi

Wednesday, February 14th, 2007

Tanya seorang kawan kepada seorang kawan, di satu hari di dalam gua hitam.

“Jika satu hari kelak kita bebas dan keluar dari perut bumi ini. Apakah ertinya
lagi sebuah penantian. Apakah lagi yang kau cari setelah kau lihat cahaya yang terang dari
gelap sekarang?”

Jawab sahibul kahfi itu,

“Bukan cahaya itu yang kita harus amati, tetapi gelap ini yang harus kita
selami…. Apakah lagi yang kita nampak dalam cahaya yang paling silau? “

cinta satu hari dari satu hari cinta

Wednesday, February 14th, 2007

malam itu, otak ahmad seakan tidak berfungsi lagi apabila magis magis cinta meransang keupayaan fikir hingga dia terkejut, terkujat kerana amat berat kerana : lantas sejak esok hatinya bernada nada :

“di kala lewat malam itu aku menemui mu menyebabkan aku faham bahawa tiada malam yang lebih baik dari malam ini….malam sejota malam …. sejak itu, ku faham kudus sang valentine menemani hari ku setiap detik dalam melihat mu…”

***

kepada pencinta wanita sekalian, ku ucapkan selamat menyambut hari cinta kamu : moga dengan cinta kamu mengerti lebih lagi arif perihal kehidupan ini.

kepada pangeran cinta sekalian, ku ucapkan selamat berjuang mencari cinta : moga dengan cinta yang kamu ketemui bakal menemuikan kamu dengan diri kamu yang sebenar.

“And in the end, the love we take will be equal to the love we make. ” - Beatles

memunsyidiri

Tuesday, February 13th, 2007

katanya, kita harus keluar untuk pulang. maka titah tengku tengku di arasy istana kepada tengku yang satu itu :

keluarlah…. keluarlah kamu mencari yang kamu mahu.
hingga kamu bertemu

maka arakian itu terbanglah segala macam garuda dan ranjauwali dari langit langit kayangan mengiringi, menuju ke bawah bumi : lebih makrifatnya lagi digelar - tanah jawi

di situ kelak kami bina jambatan antara kami dan kamu,
di celah - celah kesepian manusia mencari erti cinta

“belantara itu kami teroka
dan kami tanam dalam dalam”

itulah tekstual hati para pendiri :

yang dari kalangan paderi paderi dari st valentino
atau imam imam dari kubah andalusia
mahupun kiyai kiyai dari pondokan asyiqin

seperti jua kau wahai pendita kapalogist :

kapalalu dimana?

kapal kah?

kapala kah?

Manakan nampak jawapan itu bila jawapan itu sendiri yang bertanya tanya……..

Lambang Surah Yasin

Friday, February 2nd, 2007

Saya kebetulan dapat berjumpa dengan seorang sahabat yang membuat namecard company seorang artis. Untuk tujuan penceritaan ini maka saya haruslah memberitahu nama artis tersebut iaitu artis Yasin.

Kebetulan sahabat saya ini telah meletakkan huruf ya dan sin, ala2 poster surah yasin jika ada ditampal di rumah dikampung-kampung mahupun yang menjadi kulit buku. Huruf ya dan sin ini di-spotuvkan, transparent atas logo companynya dan finishing ini amatlah menarik lagi kewl.

Namun yang menjadi isunya adalah satu hari sahabat saya ni telah menunjukkan namecard ini sebagai sample kepada kawannya.

Sambil membelek2, kawannya berkata,

“Huish…. bahaya nih! namecard cam gini mana boleh bawak masuk toilet ni… BERDOSA… ada lambang surah yasin”

Maka saat itu saya harus dapat membayangkan betapa hampannya perasaan sahabat saya kerana idea gempaknya diper-neraka-i oleh kawannya.

Apapun saya memberi cadangan kepada sahabat saya ini agar pisang tidak berbuah 2 kali sekiranya berlaku isu sebegini, taatkala diper-neraka-i :

” Betul jugak cakap kau…. bukan setakat namecard ni je tak boleh masuk jamban… dengan Yasin tu sekali tak boleh. Selama ni dia berak kat ruang tamu je ada orang tadah!”

“Setakat namecard tu baru huruf - huruf je…. yang manusia nama dia Yasin ko tak kira pulak? Kalau ko nak cakap Yasin yang itu tak boleh masuk toilet atas alasan martabat yang lebih tinggi ke (perbandingan martabat manusia dengan namecard) boleh la jugak diconsider….Ini namecard tak boleh masuk toilet… adoiiii, tolong la… tolong iqra sikit.”

Ini sama la juga dengan cerita bila orang azan, syaitan berebut-rebut masuk dalam jamban.

Wallahualam