review : The Illusionist

1

“Nothing is what is seems”.

Jika kita melihat langit yang biru dan mengandaikan ia biru kita silap apabila langit sebenarnya bukan seperti warna yang dilihat. Begitu juga bila kita memikirkan yang pelangi hanya tujuh warna sedangkan ada berjuta partikel warna yang membentuknya.

Dunia ini penuh tipu dan muslihat musalmah. Ramai yang memper(daya). Ramai yang di’per’. Akhirnya manusia akan tersedar dan tersentak akalnya bila dunia yang dikaburi realiti hakikatnya hanyalah illusi bagi memenuhi keperluannya sebagai penghuni abdi duniawi.

“Everything you have seen here has been an illusion.”

Sejauh mana realiti yang kita lihat ini mempersonakan hingga mengaburi hakikat yang tersirat?

Crown Prince Leopold: He has tricked you, it is all an illusion!
Chief Inspector Uhl: Perhaps there is truth in this illusion.

***

2

Kerana cinta, Eduard Abramovich a.k.a. Eisenheim telah membuktikan bahawa enggang tidak semestinya dengan enggang manakala pipit pun tidak semestinya dengan pipit. Apa yang diperlukan dalam dunia adalah akal yang berfungsi mendahului zaman dan kebolehan ini sebenarnya meletakkan Eisenheim sebagai “the illusionist” yang bukan sekadar membuat silap mata didalam film, malah hingga keluar layar apabila penonton turut terpedaya dengan “helah” Eisenheim.

Saya kira film ini memang mantap dan bagus amat ditonton kerana ia mengubah konteks survival manusia untuk mengubah takdir kehidupan. Segalanya boleh berlaku dengan kemahuan dan akal yang bijak. Eisenheim membuktikan yang manusia boleh mengubah konstruk sosial yang membebani dirinya dan menikmati hidup yang lebih aman dan tenang disamping cinta yang tersayang.

Ditanya kepada Eisenheim oleh Chief inspector Uhl, “What do you want?”

“Nothing”.

“Then you shall get nothing!”

***

Recommended by ahmadzombie

One Response to “review : The Illusionist”

  1. mozzorro Says:

    Illusionist memberi satu ilusi demi satu ilusi hingga akhirnya kita terima ilusi tu sebagai realiti.

    Prestige pula memberi kebenaran dalam setiap ilusi…hingga ke suatu tahap ilusi yg kononnya benar.

    Tapi dua-dua sama best.. Dua-dua twist yang menarik.

    Dah tengok THE PRESTIGE?

Leave a Reply