Archive for May, 2007

review : Dreamgirls

Wednesday, May 23rd, 2007

Marah pun nyanyi. Suka pun nyanyi. Nangis pun nyanyi. Dengki pun nyanyi. Semuanya nyanyilah!

Jika kita berpeluang untuk hidup bersama prophet Daud zaman dahulu, saya kira penyanyi - penyanyi dalam film Dreamgirls mungkin mewarisi kelunakan suara beberapa percent sahaja dari prophet.

Dan kerana itu manusia tidak boleh dipisahkan dengan muzik. Muzik adalah bunyi-bunyian. Kuatnya pengaruh bunyi dan muzik dalam kehidupan manusia lantaran berlumba-lumba mereka meng-lifestylekan, melahirkan, meng-install generasi I-pod atau seumpama dengannya. Siapa kata muzik melalaikan dikala solat juga boleh menjadi satu alat kecelakaan manusia?

Qasyidah indah dan tasbih prophet Daud, itu adalah label bahasa kita hari ini tetapi yang sebenarnya adalah HUM, adalah satu bukti yang patut kita fahami.
Prophet Daud melentur besi dengan tangan, seraya itu juga mukjizatnya, melentur hati manusia dengan suara.

Memuja tuhan bukan tidak terhad kepada bahasa dan cara sahaja. Jika terhad kita melihat jalan menuju kepadanya maka terhad jualah kemudahan atau access yang kita perolehi.

review : Casino Royale

Wednesday, May 23rd, 2007

James Bond kali ini adalah Bond dalam kelas yang tersendiri. Lebih ganas dan lebih muscular, scene-scene awal lompat melompati dan terbang - menerbangi memang masyuk. Namun untuk melihat Bond kalah judi adalah satu fenomena biasa yang sudah cliche bagi kita rakyat shahpekan. Casino Royale? Ah…. kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Kami hidup bersultan…

Lain, sesuatu yang menarik, melibas balls saya kira itu juga siksaan agung dan saya rasa patutlah James Bond menjadi playboy kelak (kerana Bond yang ini adalah Bond sebelum menjadi Bond). Bond tidak memerlukan kondom lagi so awek pun tak kisah you.

Untuk Aston Martin DB9 - class…… semoga sampai maqam kesini nanti buat al fadhil yang berminat.

melihat bond :
http://www.sonypictures.com/homevideo/casinoroyale/index.html

melihat yang lebih best dari bond:
http://www.astonmartin.com/thecars/db9

review : Spiderman 3

Wednesday, May 23rd, 2007

Semua orang perlukan pertolongan. Even spidey needs help. Maka spiderman 3 kali ini membawa mesej se-hero mana anda, anda perlukan pertolongan. Buat manusia yang berperang dengan kejahatan dalam diri sendiri - anda ada pembantu di kala duka dan sendiri menghadapi musibah : Dia.

Namun seharusnya kita faham, akhir sekali yang menolongi diri kita adalah kita sendiri sebagai pelaku peri manusia. Ketika Brooks, jurugambar saingan Peter yang melakukan touch up pada gambar spidey di dalam gereja meminta tuhan membunuh Peter Parker, seraya itu doanya makbul apabila dia berpeluang menjadi Venom. Ini scene yang paling dalam sebenarnya dari aksi-aksi terbang mengelak batu dikala runtuhan bangunan yang memang thrill.

Manusia mempunyai pilihan dasarnya, walaupun pada hakikat yang memilihkan untuknya adalah yang maha mengatur. Buat manusia yang “memilih” walaupun sebenarnya “dipilih”, bukan keputusan yang penting tetapi memahami makna keputusan itu adalah rahsia alam yang tersembunyi…..

Pilihla aku jadi pacarmu…..

Semoga kita semua bahagia dan gembira

Wednesday, May 16th, 2007

Tulisan sang munsyi kepada kekasih - kekasihnya, saat sang munsyi mengalir tenang di lautan luas itu, ketika dia menoleh kewajah silam, adalah, berbunyi, begini :

Buat kekasih - kekasih yang pernah ku lelahkan segala daya,
yang hanya ketika itu hanya untukmu
sedang aku tidak tahu rupanya
ada untuk untuk yang lain

akan ku hembuskan pengetahuan dan rahsia adam
akan ku hembuskan ikhlas yusuf dan azam zulaikha
akan ku hembuskan hiba hajar dan cemburu sarah

agar suatu hari di masa hadapan
di kala aku menoleh sekali lagi kepada wajah silam hari ini :

benar munsyi. tak harus kau sesali atas takdir ini.

yang benar - benar,

munsyi ahmad abdullah

p/s semoga kita semua bahagia dan gembira

Apabila anda teringat kisah silam ketika anda mendapati masa depan baru itu sedang mahu bermula.

Wednesday, May 16th, 2007

Rasanya… entah…