Archive for August, 2007

sang kabul dan pencipta melodi yang terindah

Tuesday, August 21st, 2007

bermula dari pagi lagi sang kabul telah datang ke hatinya. sang kabul membawa seruling dan meniupkan melodi yang terindah. suasana genting, ribut taufan, harijadi malah hari beraksi menembusi langit berahi jua dapat didengari melodi yang terindah itu. 

 

itu pun kalau dia perasan dan pernah mendengar.

 

untuk sentiasa mendengar melodi yang asyik lagi mengasyikkan, bukan satu anugerah yang boleh diminta-minta. dia harus pergi mengembara ke satu daerah yang paling sunyi hingga malam yang gelap bertukar menjadi cerah, itu pun akibat cahaya cahaya yang memecah kelam.

 

untuk ke daerah itu dia harus fokus dan tabah dalam segala. asa jua diperlukan. perjalanan yang penuh dengan cucukan cucukan dan desakan merah padam kadangkala boleh menyesatkan. tapi mungkin bagi sesetengah dia, terperangkap dalam ruang yang paling kosong boleh membawa keluar hingga sedar betapa penting nafas itu dihembus.

 

dan bila datang sang kabul dengan melodi yang terindah, kalau boleh, dia mahu khayal selamanya dalam irama majzub itu.

sang kabul, oh sang kabul

datanglah ke jantungku. agar dapat ku hembus segala huruf dan perhitungan bakal menjadi sebuah syurga idaman.

sang kabul, oh sang kabul

apakah perasaan yang paling indah mujarab didalam dunia ini?

bilaku dengar melodi menarikan tarian gembira dari sang pencipta melodi yang terindah : sang kabul itu sendiri.

 

la la la adakah sama melodinya setiap hari?

 

tidak. melodinya pelbagai dan yang paling menarik sekali : telah di-customize mengikut kamu yang ingin menyanyi.

 


review film : Simpsons Movie

Thursday, August 16th, 2007

Serious, jika anda berada dalam karma kedukaan, pergilah menonton Simpsons Movie. Saya jamin anda akan ketawa terbahak-bahak tanpa henti, namun akan sebak dan hampir menangis pada satu scene, lantas sambung semula ketawa hingga ke akhir hayat film ini.

Ini adalah kerana saya, bukanlah peminat Simpsons sangat. Hasil kerja dan kraf kreatif Matt Groening yang paling saya sanjung adalah Futurama. Namun, bagai ada satu magis keajaiban yang dapat “capture” hati saya lantas mengundang kami kekal dalam maqam kegembiraan hingga habis.

Sedikit pesanan sebelum pergi menonton : untuk mendapat manfaat yang paling dalam dari film ini, Homerkan diri anda.

Homer akhirnya sudah faham bila kemuncak kebodohannya memberikan dia jawapan.

Kita bagaimana?

misteri ujian

Monday, August 13th, 2007

Ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Kerana jika kita yang diuji, harusnya kita mempunyai kekuatan yang boleh kita aturkan untuk mengatasi perit ujian itu.

Sebaliknya bila orang yang kita paling sayang itu diuji - yang hanya mampu kita lakukan adalah segala cubaan membantu atas segala asa didunia, dan diikuti dengan doa.

Kerana itu saya katakan, ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Gayanya tuhan menguji orang yang kita sayang tapi sebenarnya ujian itu diturunkan sekaligus menguji kita. Itulah yang paling berat sebenarnya.

Lantas kita jangan lupa yang segala tindak tanduk kita juga adalah sesuatu yang harus dijaga dan diperiksa untuk berjaya dalam ujian yang diberi.

Mengapa tuhan menguji manusia? Saya kira tuhan bukanlah maha zalim atau maha tidak adil. Kerana ujian itu adalah bagai berjalan dalam gelap melepasi sesuatu halangan untuk sampai ke pintu keluar yang cerah, pasti Tuhan mempunyai “surprise” yang disimpan untuk kita di hujungnya.

Apakah syarat untuk melepasi halangan itu wahai sahabatku?

1. Segala asa didunia.
2. Diikuti dengan doa.
3. Yang paling akhir, yang paling mahal, yang paling sukar, yang paling ultimate dan yang paling penting untuk menikmati “surprise” tuhan :

Redha.

Semoga kita melepasi setiap ujian yang tuhan telah tetapkan. Jawapan yang paling padat dan tepat dirasakan akan sampai kehati kita, sampai ke fikiran kita, setelah kita memahami mengapa semua terjadi, sebaik sahaja / sejurus kita sedar dan mula redha menerima ujiannya. Tanpa redha, jawapan tidak akan sampai dan kita tidak akan kemana- mana.

Takziah buat Rohana dan keluarga serta semua kawan2 yang sedang menghadapi ujian-ujian berat dari illahi.