ibrahim, sulaiman dari yusuf sendiri.
Tuesday, September 25th, 2007
Ibrahim lagi. Kali ini adventurnya lebih besar. Dia melihat masa hadapan yang tidak diketahui bakal syurgakah? Atau bakal nerakakah?
Ya dia telah lama menetap disitu sejak berhenti bernomad. Kalau dahulu dia hanya ada seorang pengikut setia yang menjalankan titahnya, namun sekarang telah bertambah lagi 2 - 3. Bezanya, dia sendiri yang patut tentukan bagaimana masa depan itu akan berjalan, dan bagaimana yang 2 - 3 ini akan berfungsi dengan baik. Kali ini kapasitinya lebih besar. Kautannya lebih dalam. Jalanannya lebih jauh. Hujannya pasti akan lebih lebat. Anginnya akan bertiup gila kencang.
Namun musafir ini matlamatnya satu. Mencari lombong - lombong emas agar dia menjumpai Sulaiman lewat senja kemenangan. Dia akan kecapi nikmat itu kerana hanya itulah pintu permulaan untuk dia kekal dalam noktah statik luas padang ketenangan.
Dan setelah itu, setelah puas menghirup nafsu dunia yang tak berhabisan, dia akan melebarkan sayap - sayap dan pedang - pedang saktinya yang bakal lahir dari anugerah pengetahuan - pengetahuan songsang arus syariat. Bukan merungkai rahsia - rahsia alam untuk tatapan yang tak pernah kelaparan, tetapi hanya sebagai sedikit syarat memenuhi fungsi diri sebagai sakti munsyi yang tidak kelihatan wajahnya kerana tiada akan rupa.
Suara bisu itu akan menjadi pedoman buat perjalanan seterusnya, meniti pencarian lantas kalau upaya, naik semula untuk bertemu keluarga orang - orang gunung dulu dalam ruang lingkup tak bermakhluk masa.
Itu yang dilihatnya beberapa tika diwaktu realiti baginya. Dia memandang atas bukan lagi untuk mencari…. Dijemput masuk keadventur tanpa masa satu peluang yang bukan dijumpai berkali-kali.
Dan sesunggunya demi waktu siang dan waktu malam yang dikuasa milik oleh raja penciptaan, dalam malam gelap itu dari jauh ada api besar menyala terang membakar diri tanpa henti lagi.