Khayalan Tingkat Tinggi
Pendahuluan.
Hidup adalah perspektif. Atau point of view. Maka jika orang itu mempunyai point of view yang sempit, hidupnya akan sempit. Begitu juga sebaliknya. Ini ter-apply dalam cara yang paling mudah. Sebagai contoh: cara kita memahami lagu. Ada seribu satu makna yang berbeza ter-manifest dari lagu. Kita berhak memilih yang mana yang paling sesuai dengan kita.
2.
Terlampau banyak keredhaan tuhan dalam kehidupan membuatkan seseorang terfikir. Apakah keredhaan ini hanya dikecapi dalam masa 63 tahun sahaja (1) ? Atau tuhan menyimpan rahsia yang lebih tinggi hingga perlu kepada taraf pencapaian hakikat tertinggi untuk memahami, akses dan merasai?
Sebagai contoh : teori big bang (2) . Dalam satu saat, penciptaan alam bermula dengan sebesar guli. Satu lagi saat, alam sebesar bumi. Dan seterusnya dan seterusnya. Alam tetap berkembang hingga kita pun tidak tahu sebesar mana alam ini. Jika life source kita berpaksikan matahari ini, maka bayangkan kalau matahari pun wujud beratus - ratus bilangannya sedang kita hari ini cuma bernafas dibawah payung satu matahari. Apakah tuhan membazirkan space atau ruang sekiranya yang mutlak adalah manusia sebagai khalifah? (3)
Oleh kerana untuk mengenal tuhan seseorang harus mengenal sifatnya, dan sifatnya ini ada pada diri manusia, (4) dan manusia adalah raja khalifah di muka bumi ini. Salah satu cara mengenal sifat manusia adalah melalui mengenal alam ini dimana potensi seorang manusia dicungkil melalui kefahamannya tentang alam. Dengan alam yang sentiasa berkembang : Adakah dengan hanya 63 tahun manusia bisa mencapai akses tertinggi dengan penciptanya?
Penjelasannya begini. Persoalan ini terzahir daripada hubungan relativiti manusia sebagai khalifah di muka bumi dimana alam dijadikan untuk berkhidmat kepada manusia melalui rahsia yang terlah di- embed kedalam sanubari. Dengan erti kata lain, Adam diturunkan ke bumi untuk mentadbir segala pelusuk alam. Sekali lagi, perspektif memainkan peranan yang penting disini. Jika seseorang mempunyai pengetahuan sebesar rumahnya, maka dia hanya mentadbir ruang lingkup rumahnya atau hanya ruang rumahnya yang berkhidmat kepadanya.
Jika seseorang mempunyai pengetahuan sebesar Malaysia, maka yang berkhidmat kepadanya adalah sebesar Malaysia.
Bagaimana dengan Adam yang turun ke bumi? Adakah tuhan menyediakan hanya bumi kepada ciptaan manusia yang pertama ini sedangkan telah dijelaskan tuhan memberi segala pengetahuannnya kepada Adam.(5) Sekurang-kurangnya Adam pasti mengetahui perihal big bang kerana gurunya tuhan, bukan seorang saintis atau cikgu fizik. Adam juga tahu tentang wujudnya beratus - ratus matahari. Jika Adam tahu tentang kewujudan ini, Adam pasti tahu akses kepada fungsi beratus - ratus matahari ini. Kesimpulannya, tuhan tidak membazirkan space atau ruang kerana setiap ciptaannya adalah manfat kepada Adam.
Maka berbalik kepada persoalan asal. Adakah tuhan memberi manusia hanya 63 tahun sahaja untuk mencapai hakikat tertinggi lantas mempunyai akses kepada seluruh alam ini, termasuk beratus-ratus matahari tadi?
Terlampau singkat masa ini dan pantasnya masa meninggalkan kita melahirkan tanda tanya dalam hati. Apakah hidup yang sementara ini mempunyai segmen - segmen yang boleh disambung sambung melalui kesedaran spiritual yang paling agung? Dalam kata pasar - jika perjalanan kali ini tidak sampai ke noktah akhir apakah seseorang mempunyai peluang untuk bermula dari mana dia berhenti pada episod perjalanan yang lain?
Bagaimana pula jika big bang bukan satu? Ketika inilah mungkin kita akan berkata “shit” maka benarlah demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian.
Saya sudahi teks ini dengan sebuah lagu dari Peterpan - Kayalan Tingkat Tinggi dengan ucapan, bukan wajah perempuan yang dicari jua bukan tangan perempuan yang dinanti.
(6)
***
(1) 63 tahun = umur prophet Muhammad S.A.W
(2) http://en.wikipedia.org/wiki/Big_bang_theory
(3) 2:30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(4) Awal mengenal agama, mengenal tuhan. Awal mengenal tuhan, mengenal diri melalui sifat 20.
(5) 2:31
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
(6) http://www.songs-lyrics.net/so-Peter-Pan-lyrics-Bintang-Di-Surga-lyrics-Khayalan-Tingkat-Tinggi-lyrics-E703A363C0010003D7.html