donia oh donia #01
Monday, April 17th, 2006

Kilast petang itu singgah makan seafood yang bukan seafood. Kilast sedang dalam berehat rehat dalam sedang bersenang senang… Kilast ternampak sekumpulan burung burung yang berkata kata sesama sendiri. Kilast cuba menghampiri dan cuba mengamati. Seperti burung burung ini ada kumpulannya sendiri. Kumpulan burung sakti bunyinya. Burung yang terbang semuanya harus ada posisi - posisi (formation) sendiri, secara 1… secara 3….10…40… dan rupanya burung ini terbang dari negeri Khan-Alam-Lemau ke mari jauhnya.
Kilast cuba hendak lari bila burung burung ini tiba tiba datang mengelilingi. Kilast cuba meloloskan diri kerana burung burung ini besarnya bagaikan menteri! Dalam keadaan kalut serba serbi itu Kilast lagila pulak sebenarnya tidak faham apa yang burung burung cuba sampaikan.
Bagaimana pula boleh faham kalau burung berkata kata bahasa burung dengan manusia!
Dan datang teksi tiba - tiba, Kilast pun lari meninggalkan sepi burung burung. Didalam teksi, driver cina tua, hensem juga masa mudanya sedang mendengar lagu ini :
http://sg.geocities.com/mn_nasir02/ab_saudagar_mimpi.html#insan_dan_manikam
Kilast bertanya, “Kemana ini?”
Driver berkata, “Kemari……..”
****
Kilast tersedar dari tidurnya. Kilast lantas berjalan keluar dari dorm B25nya. Kilast seperti berada di alam asrama asmara teenagersnya. Lantas dia baru sedar bahawa dia terlelap dan ponteng prep.
Maka Kilast didenda untuk membaca Quran kepada salah seorang abang dorm tingkat bawah - yang gayaknya menakutkan.
Maka Kilast dengan baju melayu dan kain pelikatnya turun ke dorm yang tidak bertingkap, cuma satu pintu. Di situ Kilast melihat abang-abang dorm yang bergelimpangan ada yang sengsara study ada yang tewas tersungkur. Tak kurang ada yang bermain-main jenaka.
Kilast mencari abang dorm yang ganas tadi namun rupanya abang dorm baru balik mandi.
Kilast yang sedang menanti itu tiba - tiba dipanggil seorang abang dorm yang pervert. Abang dorm ini yang sedang baring di atas lantai kemudian meraba - raba Kilast. Kilast dengan anger bagaikan menahan marah menghentak hentak perlahan Quran ke atas kepalanya. Namun degil abang dorm pervert ini akhirnya mengalah bila Kilast mula berkhutbah tentang quran yang dipegang.
Kemudian Kilast beralih tempat bila abang dorm pervert seakan menyesal.
Maka tersua Kilast dengan abang dorm ganas yang bertuala pink ini, maka kata abang dorm,
“baca surah 94 : Al Naqlia…. aku nak dengar … aku…. xxxxxxx*”
Maka Kilast mencari surah itu. Mencari… mencari dan terus mencari… ajaibnya Kilast tidak mengerti kerana sukar sungguh untuk mencari surah itu . Seakan Kilast tidak faham dengan erti - erti nombor jawi atau seakan jua bukan rezekinya untuk menjumpai.
Kerana agak lama jua menanti, abang dorm yang ganas itu mendengar bacaan orang lain pula yang menanti. Namun Kilast mencari lagi.
Mencari dan mencari.
Dan Kilast sudah masuk Quran ke dua… masih lagi menyepi dan tidak mengerti. Bagai tidak tertulis surah yang dicari.
Akhir : Kilast tidak menjumpai langsung surah itu. Dan sekarang di depannya bukan lagi abang dorm ganas yang menanti sebaliknya bekas CEO Kilast yang bernama Dr. Habu (pun tarak) sedang menanti. Dilihat Kilast di dalam quran itu terdapat selitan stroke painting yang bewarna - warni. Namun untuk surah yang dicari - Kilast tidak mengerti.
Bacaan Lanjut:
xxxxxxx* - satu term untuk orang yang faham maksud al quran - pakar.
1
Kilast tersedar dari tidurnya. Dan kali ini dia bangun ke sebuah daerah yang amat asing bagi dirinya. Dia berada di sebuah bandar yang seperti bandar yang ditinggal arus moden.
Kilast berjalan dalam suasana kering hening bandar yang sunyi. Bukan tiada orang tetapi seakan tiada orang.
Hingga Kilast sampai ke hujung dia melihat beberapa buah kedai yang disusun secara L shape. Dan peliknya, semua kedai di sini mempunyai pintu zink (pintu yang ditarik dari atas sebagai pintu penutup luar kedai) adalah bewarna merah.
Dan Kilast melangkah masuk salah satu daripadanya, sebuah kedai buku anak-anak. Kilast menghampiri salah satu rak dan mengangkat sebuah buku.
Buku ini buku yang terlukis kartun kanak - kanak yang berperasaankan kegembiraan tentang kisah suka. Kilast membelek - belek dan tiba - tiba disapa oleh tokey kedai yang cina.
Datang kepada Kilast lantas memberikan sebuah lagi buku kartun kanak- kanak yang diambilnya dari rak yang berhampiran. Kilast mengambil dan membelek sehelai demi sehelai.
Dan yang terlukis didalammnya adalah kisah kartun kanak - kanak yang lari dari ribut laut. Kilast mulai pelik. Dilihatnya gambar anak-anak kecil berlari menyelamatkan diri dari ribut laut. Seakan ribut laut yang besar dan dasyat yang membanjiri. Juga ada beberapa ayat quran yang tidak jelas kelihatan.
Kilast pergi ke kaunter untuk bertanya apakah sebenarnya buku yang dibaca. Kilast melangkah dengan penuh inkuiri.
Namun secara tiba - tiba keadaan menjadi cemas dan celaru. Kelihatan orang - orang dibandar sedang kelam kabut melarikan diri dari sesuatu. Kilast bingung menoleh keluar melihat manusia lari lintang pukang.
Rupa-rupanya adalah ribut laut yang datang secara tiba - tiba secara sangat gempar! Pekedai - pekedai lain cepat - cepat cuba menutup pintu kedai. Namun ada yang gagal kerana air sudah memenuhi masuk! dan tokey cina yang tadi dengan cepat menutup pintu zink depan kedainya. Suasana amat cemas!
Kilast yang terkaku hanya melihat. Air laut memukul kuat dan kedengaran bunyi hentaman air dari depan. Mujur pintu zink merah sempat ditarik. Kilast melihat lubang - lubang dari kesan pukulan yang menyebabkan gelombang pada pintu zink namun ajaibnya setitik air pun tidak masuk.
Suasana seram dan cemas seketika. Kilast hanya terdiam. Hingga beberapa minit berikutnya seakan suasana sudah reda. Tokey cina membuka pintu kedai. Matahari menyinari cahaya dari luar. Ribut laut sudah tiada. Keadaan bandar seperti kebasahan tetapi perasaan fresh itu ada.
Kilast melihat pekedai- pekedai lain yang kemusnahan barang-barangnya, kecuali pada tokey kedai buku tadi yang seakan selamat.
Tiba - tiba pekedai sebelah, seorang melayu yang mid 40 datang ke kedai tokei cina meminta bantuan. Dia meminta duit untuk membetulkan kedainya. Tokei cina ini tadi memberi tanpa banyak soal sangat. Kilast tidak nampak berapa banyak duit itu tetapi dia tahu tokei cina itu membantu melayu mid 40.
Kilast semacam terasa malu kerana Kilast juga melayu. Seperti orang - orang melayu ini tidak dapat untuk mengharugi dan get ready malapetaka yang bakal wujud sedangkan tokei cina steady.
Kemudian lagi pelik, datang pula 2 orang pekedai yang bepurdah hitam seakan orang Arqam .Kedua mereka perempuan dan Kilast cuma nampak cermin mata mereka sahaja kerana muka mereka ditutup dengan kain hitam.
Mereka ini juga meminta bantuan dari tokei cina, dan juga tokei cina tidak menghampakan mereka.
Kilast tanpa banyak cerita berterima kasih dan pergi keluar meninggalkan tokei cina.
2
Kilast berjalan meninggalkan kedai. Kilast sampai ke satu kawasan perumahan. Juga Kilast rupanya berjalan dengan tokei cina tadi cuma bezanya tokei tadi sudah menjadi lebih muda.
Tiba di suatu rumah, kelihatan ramai sanak saudara dan keluarga. Kilast tumpang untuk berehat. Keluarga - keluarga ini sangat meriah. Mereka melayan Kilast sebagai tetamu yang sangat diraikan.
Kilast dihidangkan dengan beberapa jenis makanan sayuran yang pelik - pelik. Kilast makan saja. Namun jauh dari tadi, Kilast masih lagi memikirkan dia berada dimana.
Kilast bertanya kepada salah seorang ahli keluarga disitu. Jawapannya memang aneh, Kilast berada di suatu zaman pada tahun 60 000. Kilast seingatnya hidup pada tahun 2005. Namun yang lebih memelikkan adalah kerana keadaan zaman itu seakan tahun tahun 1980-an.
Kilast yang masih ragu - ragu menceritakan bahawa dizamannya ada buah pear yang biasa dimakan. Salah seorang dari keluarga itu berkata mereka tahu buah pear namun buah pear terlalu besar untuk dimakan. Kilast hairan.
Tiba - tiba salah seorang dari keluarga meriah itu keluar dan masuk semula sambil memeluk sebiji buah pear yang sanga besar - sebesar sofa.
Kilast terkejut lantas terfikir olehnya memang betul mungkin dia berada di tahun 60 000 kerana mungkin semakin tua dunia maka semakin kecil manusia. Dan hinggakan manusia sudah sekecil buah pear….
Kilast kemudian keluar meninggalkan keluarga meriah ini apabila mereka menghantar Kilast ke bus stand.

Perjalanan Kilast yang kadangkala membawa kepada keterjumpaan yang pelbagai sememangnya menghentak akal.
Hingga berdarah akalnya, maka Kilast yang bersemangat kadang kala lesu. Lesu Kilast bukanlah lesu berlari kerana lesu berlari zahirnya berpeluh. Lesu Kilast adalah lesu akal yang melelehkan darah - darah hitam, dan darah darah hitam ini kadangkala mengotorkan Kilast.
Namun ada baiknya kerana jika nampak kekotoran itu baru Kilast bertindak menyucikannya. Kerana jika tidak, pergelumangan Kilast dan darah hitam sudah pastinya tidak bagus lebih lagi tanpa sedar.
Dengan sedar, sekurang - kurangnya Kilast menjadi manusia semula. Kilast bukanlah malaikat dan Kilast bukan pula syaitan.
Kilast adalah manusia yang alpa dari petunjuk tuhannya.
Jiwanya meronta meminta.


Hanya bila Kilast teringat untuk membuat laporan kepada majikannya, Kilast pada awalnya menghantar sms sekurang - kurangnya 5 kali sehari. Dalam itu sebenarnya majikan menyuruh Kilast membuat laporan setiap kali phase baru bermula atau phase lama berakhir. Apakah phase ini sebenarnya adalah bunyi loceng ala loceng sekolah rendah.
Maka bila loceng berbunyi, Kilast cepat - cepat send sms ke 24434. Tanpa lengah.
Namun setelah bekerja untuk sekian tahunnya, Kilast mula terfikir apakah significant laporan yang sebenarnya mengikut kemahuan majikannya?
Kerana kadang tanpa laporan seperti hari hari MC, atau hari Raya atau hari cuti semester, Kilast tidak perlu pun membuat laporan, lantaran itu tiada effect buat majikan Kilast. Juga pernah Kilast pedajal majikannya dengan membuat serangan mogok akibat tidak naik gaji, Kilast langsung menghilangkan handphonenya semata - mata tidak mahu buat laporan. Agak bertahun juga namun bisnes majikannya langsung tidak heran.
Dan yang lebih malang lagi, Kilast langsung tidak faham apakejadah laporan yang dihantar kepada majikannya. Diam diam ubi berisi diam diam Kilast basi, sebenarnya Kilast setiap hari sms laporan yang sama. Setiap hari tidak berubah walau sealphabet pun.
Kilast sebenarnya ibarat menghantar sms ke dirinya sendiri. Kerana mungkin server sms yang jauh, dan tidak pernah Kilast lihat pun, Kilast bekerja sepi.
Bila ditanya kepadanya, apakah yang kamu lakukan Kilast?
“Saya hanya menurut perintah dan melakukan seperti yang diajar oleh ibu dan bapa.
Seperti yang diajar oleh uwan dan aki kepada ibu dan bapa.
Seperti yang diajar oleh moyang moyang kepada uwan dan aki.”
Dan seperti itu terus menerus LIFE, tanpa henti.
Dan patutlah jua Kilast tidak pernah berhenti untuk membuat laporan kerana tanpa sedar, segala manual telah preinstall dalam fikiran Kilast, sejak kecil lagi.

What is art without the pure source?

Kilast mempunyai sebuah cermin diri. Dimana Kilast menggunakan cermin diri ini untuk melihat donia. Seakan akan bagai internet, keupayaan cermin diri Kilast ini hanya mempunyai capaian mengikut memori akal Kilast.
Kilast ibarat pemuda pemudi lain yang mempunyai ram 512, standard orang kebanyakan. Namun jauh dari sudut hati Kilast ingin menambah keupayaan memori akalnya supaya Kilast dapat berfikir, bukan sahaja tajam dan tepat malah tembus jisim.
Dan suatu hari sakti dari hari hari sakti yang lain, ( sebenarnya setiap hari ada sakti rupanya) Kilast lantas terus pergi ke IMBI.
Kilast : China, do you have… I mean… RAM… I need RAM no, I need to upgrade my MEMORY, so do you have the RAM?
China IMBI : chong cheng, chong cheng cheng chong cheng…. chong cheng cheng chong cheng.
Kilast : Okay….. so u bagi I satu. Satu baris. I mahu another 512. I mahu berfikir dalam lagi.
China IMBI : chong cheng, chong cheng cheng chong cheng…. chong cheng cheng chong cheng.
Akad hati bagi jual beli, maka Kilast balik dengan hati yang gumbira. Lantas takala Kilast sampai di rumahnya, Kilast mula meng-install RAM baru pada cermin diri.
…………………….
Nah! RAM Kilast sudah diupgrade kepada 512 x 2 = 1024 MB! Kilast coba untuk mengangkat selimut melalui cermin mimpinya……
zzzzzzzzz

Kecil - kecil dahulu Kilast pun ada cerita dongeng rakyat jelata. Jika di Malaysia kita dihidangkan kompilasi wow “tidurlah intan” yang berjilid - jilid dan berminggu masa untuk dihabiskan, Kilast dihidangkan dengan “tidurlah intan selamanya”.
Maka kisah - kisah yang Kilast baca dari kecil memanglah mengasyikkan lagi melentoki. Tentang itu tentang ini, rata - rata tentang segalanya wonderful dan cheerful, tentang idol sana sini, idol terbang ke langit, idol bersama pengikut membenteras jahil pembuat jenayah, idol travel ke laut bersama ah tong dan ah kat, idol jelita kehenseman, idol bersama awek tercinta dan pokok epal dan bermacam macam lagi. Pendek kata, bagai membaca sejarah atau bagai melihat artifak khayalan pula bila sering Kilast menterbayang dia adalah hero setiap cerita yang dibacanya.
Dan bila Kilast akil baligh pula, sedikit demi sedikit, “tidurlah intan selamanya” tidur bersendirian di dalam almari buku emak Kilast.
Kilast yang sering further studies dalam pembelajaran sekularnya mula menterjemah sekularisme bersama spiritualisme yang seiring, bukan sekularisme yang terpisah dari spiritualisme. Bagaimana Kilast pun kurang mengerti.
Gayak sukar seperti mencampuri minyak dan air, namun bila mengetahui air adalah air dan mengetahui minyak adalah minyak, membuatkan Kilast lebih berani dalam explorasi M nya. (1)
Dan tersedar dari lentoki, Kilast bermula dari fundamental basic semula, menjadi hero dalam cerita - cerita yang dibacanya kerana Kilast mahu bereksperimentasi sebagai pemegang kunci khazanah, rather than pembaca loser yang melihat hero adalah orang lain yang lebih bermakna.
Sudahnya apa yang Kilast ketemui?
Kilast menjadi kuat seperti Badang bila membayangi dirinya mengelojohi mual muntah hantu!
Kilast menjadi perenang terpantas sungai nil bila terjun dari duniawi ke laut mati sebagai Luncai!
Dan Kilast rupanya baru tahu apa yang Jack dan Jill buat di atas Bukit, hingga terguling guling ke bawah Bukit!
Orang dewasa you, suka berselindung selindung…
***
Bacaan Lanjut :
Eksplorasi M - Eksplorasi MENCARI