Percintaan satu moment.
Saturday, September 22nd, 2007Saya bertemu dengan kawan lama yang sangat tenang perasaannya. Kami berbual pada malam merdeka, saat keramaian melaung dan menanti tika pengulangan makna itu. Agaknya memang tepat, merdeka - itulah perasaan yang dirasakan oleh kawan lama saya ini.
Walaupun terbit kesedihan diwajahnya, namun saya percaya apa yang terjadi keatas dirinya adalah satu peningkatan kematangan dalam hidupnya dimana dia diangkat lebih tinggi dari yang sebelumnya.
Benar, ujian datang tak kira waktu. Saya tidak dapat berkata apa - apa. Mendengar kisah lukanya, saya amat faham bagaimana pergolakan itu berlaku. Dia memang tabah orangnya. Pada saya, jika perkahwinan itu bukan setakat satu ritual tuntutan culture yang dimeriahkan dan dibrandkan, dia sudah 2 kali bercerai batin.
Jika manis kumpulan usrah mungkin boleh berkata, tuhan menemukan kamu dengan orang yang salah sebelum orang yang sebetulnya, saya cuma mampu menahan sebak dengan berkata ini :
Kamu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Dan dalam memenuhi keperluan sebagai seorang yang mempunyai itu, kamu akan diuji dengan perkara yang maha hebat. Kemenangan bukan berpihak kepada mana - mana tetapi dapat dirasa oleh mereka yang melepaskannya. Redha adalah yang paling perit untuk dicapai.
Sudah 2 kali dia memilih untuk tidak memilih cinta manusiawi dari cintanya dengan cita-citanya. Saya tidak menyalahkannya kerana ini adalah perihal sekufu frekuensi dan faith menempuh sesuatu. Ia sangat subjektif bagi seseorang dan kita harus menghormati pendirian ini. Untuk itu saya dapat simpulkan bahawa - kamu akan menjadi somebody satu hari nanti. Ini bukan ujian manusia biasa.
Dalam pada itu, sempat juga dia berjenaka, “kau boleh mula panggil aku dud, (duda)”
Dan kami ketawa pada saat 31 Ogos itu bermula….