Archive for the ‘movie’ Category

review film : Simpsons Movie

Thursday, August 16th, 2007

Serious, jika anda berada dalam karma kedukaan, pergilah menonton Simpsons Movie. Saya jamin anda akan ketawa terbahak-bahak tanpa henti, namun akan sebak dan hampir menangis pada satu scene, lantas sambung semula ketawa hingga ke akhir hayat film ini.

Ini adalah kerana saya, bukanlah peminat Simpsons sangat. Hasil kerja dan kraf kreatif Matt Groening yang paling saya sanjung adalah Futurama. Namun, bagai ada satu magis keajaiban yang dapat “capture” hati saya lantas mengundang kami kekal dalam maqam kegembiraan hingga habis.

Sedikit pesanan sebelum pergi menonton : untuk mendapat manfaat yang paling dalam dari film ini, Homerkan diri anda.

Homer akhirnya sudah faham bila kemuncak kebodohannya memberikan dia jawapan.

Kita bagaimana?

review : ……

Thursday, July 19th, 2007

apa movie yang dah review tiada disini.

thinking….

ah. mengantuk. esoklah.

review : Dreamgirls

Wednesday, May 23rd, 2007

Marah pun nyanyi. Suka pun nyanyi. Nangis pun nyanyi. Dengki pun nyanyi. Semuanya nyanyilah!

Jika kita berpeluang untuk hidup bersama prophet Daud zaman dahulu, saya kira penyanyi - penyanyi dalam film Dreamgirls mungkin mewarisi kelunakan suara beberapa percent sahaja dari prophet.

Dan kerana itu manusia tidak boleh dipisahkan dengan muzik. Muzik adalah bunyi-bunyian. Kuatnya pengaruh bunyi dan muzik dalam kehidupan manusia lantaran berlumba-lumba mereka meng-lifestylekan, melahirkan, meng-install generasi I-pod atau seumpama dengannya. Siapa kata muzik melalaikan dikala solat juga boleh menjadi satu alat kecelakaan manusia?

Qasyidah indah dan tasbih prophet Daud, itu adalah label bahasa kita hari ini tetapi yang sebenarnya adalah HUM, adalah satu bukti yang patut kita fahami.
Prophet Daud melentur besi dengan tangan, seraya itu juga mukjizatnya, melentur hati manusia dengan suara.

Memuja tuhan bukan tidak terhad kepada bahasa dan cara sahaja. Jika terhad kita melihat jalan menuju kepadanya maka terhad jualah kemudahan atau access yang kita perolehi.

review : Casino Royale

Wednesday, May 23rd, 2007

James Bond kali ini adalah Bond dalam kelas yang tersendiri. Lebih ganas dan lebih muscular, scene-scene awal lompat melompati dan terbang - menerbangi memang masyuk. Namun untuk melihat Bond kalah judi adalah satu fenomena biasa yang sudah cliche bagi kita rakyat shahpekan. Casino Royale? Ah…. kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Kami hidup bersultan…

Lain, sesuatu yang menarik, melibas balls saya kira itu juga siksaan agung dan saya rasa patutlah James Bond menjadi playboy kelak (kerana Bond yang ini adalah Bond sebelum menjadi Bond). Bond tidak memerlukan kondom lagi so awek pun tak kisah you.

Untuk Aston Martin DB9 - class…… semoga sampai maqam kesini nanti buat al fadhil yang berminat.

melihat bond :
http://www.sonypictures.com/homevideo/casinoroyale/index.html

melihat yang lebih best dari bond:
http://www.astonmartin.com/thecars/db9

review : Spiderman 3

Wednesday, May 23rd, 2007

Semua orang perlukan pertolongan. Even spidey needs help. Maka spiderman 3 kali ini membawa mesej se-hero mana anda, anda perlukan pertolongan. Buat manusia yang berperang dengan kejahatan dalam diri sendiri - anda ada pembantu di kala duka dan sendiri menghadapi musibah : Dia.

Namun seharusnya kita faham, akhir sekali yang menolongi diri kita adalah kita sendiri sebagai pelaku peri manusia. Ketika Brooks, jurugambar saingan Peter yang melakukan touch up pada gambar spidey di dalam gereja meminta tuhan membunuh Peter Parker, seraya itu doanya makbul apabila dia berpeluang menjadi Venom. Ini scene yang paling dalam sebenarnya dari aksi-aksi terbang mengelak batu dikala runtuhan bangunan yang memang thrill.

Manusia mempunyai pilihan dasarnya, walaupun pada hakikat yang memilihkan untuknya adalah yang maha mengatur. Buat manusia yang “memilih” walaupun sebenarnya “dipilih”, bukan keputusan yang penting tetapi memahami makna keputusan itu adalah rahsia alam yang tersembunyi…..

Pilihla aku jadi pacarmu…..

review : 300

Thursday, March 29th, 2007

300

Penganut agama tehran harus marah dengan film 300. (1) Filem fiksi-semi historik ini memaparkan / mengvisualisasi nenek moyang mereka yang berasal dari parsi yang penuh kebinatangan, kegelapan, hitam, cacat cela dan keji , selain dengan raja lelaki - King Xerxes yang confuse appearancenya (2) (3). King Xerxes mengetuai satu angkatan bala tentera perang yang pelbagai termasuk dari Asia - datang untuk menakluk Sparta.

Namun, mempersoalkan kebinatangan harus tidak terhad pada wajah. Spartan juga bagai binatang yang buas dan tidak berperikemanusian. Lihat sahaja pada King Leonidas yang membunuh para utusan, saya melihat binatang memakai cawat merah disini!

Pertembungan klimaks perperangan di Hot Gates, dimana 300 askar berani mati Sparta berjuang habis-habisan mempertahankan daulat negara mereka, walaupun tanpa restu Oracle dan para wali agama korup membayangkan seolah - olah yang mulia hanya datang dari barat, tidak timur.

Film adaptasi komik oleh Frank Miller, selepas film Sins City yang memeningkan dan terlebih saturation (color), mempunyai visual graphic yang amat mengkagumkan, sangat industrial keperang-perangan membayangkan dan memberi erti dekoratif yang tinggi : film bukan sekadar menyampai maksud melalui penceritaan tetapi jua memberi anda experience bagai melihat lukisan yang bergerak.

Untuk bertabiat sangka buruk, mungkin ada benarnya film ini dijadikan instrumen politik yang ‘realis’ daripada ‘idealis’, jua seperti bait dialog antara Queen dan si korup Theroni.

Recommeded by Ahmadzombie, of course - cinema screening please.

Bacaan Lanjut

(1) http://www.metimes.com/storyview.php?StoryID=20070313-083328-5668r

(2) http://www.afterelton.com/archive/elton/movies/2007/3/300-2.html

(3) Gaya ala-ala gay tapi saya lebih melihat kepada imej character itu sendiri apabila King Xerxes yang mengaku dirinya tuhan, apakah tuhan itu maskulin atau feminin?

Perbandingan film dan komik : http://www.flickr.com/photos/solaceincinema/sets/72157594312246529/

Fakta atau auta : http://www.chasingthefrog.com/reelfaces/300spartans.php

review : Looking for comedy in a muslim world

Thursday, March 29th, 2007

Untuk memahami muslim, U.S gov telah menghantar seorang joker @ comedian ke India dan Pakistan for the search of “what makes muslim laugh”.

Film ini tak kelakar mana pun dan sebenarnya pada akhir film, anda akan tertanya- tanya so “what makes muslim laugh?”. Satu lagi anda akan tertanya kenapa India?

Kemudian barulah anda akan faham… oooo. Patut la…. kalau pi Arab maybe dapat jawapan.

Jika Albert Brooks ( sang utusan komedi itu ) datang ke tanah melayu ini dan bertanya kepada ku,

“Ahmad, what makes you laugh?”

” Makanan kucing yang mempunyai logo halal.”

*Sama ada kucing kita beragama islam, atau pun kita boleh makan makanan kucing.

Lantas teringat beta pada lawak orang asli yang diceritakan gaya asal oleh teman,

“Tok, mengapa bela anjing lagi kan tok dah masuk islam?”

“Anjing kite pun ikut juge….”

** Sekali lagi ada 2 benda yang membuatkan kita gelak dan kemudian bersedih disini. A. Kesian orang asli tu tak paham konsep masuk islam. Dan B. Lagi kesian kat pegawai agama yang tanya tu sebab dah islam pun tak paham konsep juga.

http://www.imdb.com/title/tt0433116/

review : Snatch

Thursday, March 29th, 2007

Satu film yang ramai gila charater, tapi semua charater saling berkait. Pastu pulak skrip mmg macho dan jujur. And ada twist kat ujung cerita.

Cerita superkool dan menjadi koleksi DVD pirate Ahmadzombie

“Hence… they say… as greedy as Pig!”

http://www.imdb.com/title/tt0208092/

review : Curse of the golden flowers

Thursday, March 29th, 2007

Review Film : Curse of the golden flowers

Film ini mengisahkan konflik keluarga diraja maharaja. Maharaja tension dekat bini muda maka kasi ubat beracun supaya mati. Bini muda pulak ada skandal dengan anak no 1 / taiko. Yang anak no 1 ni pulak ada skandal dengan dayang diraja. Dayang diraja ni pulak anak bini tua maharaja yang dirahsiakan. Rupa-rupanya anak no 1 ni anak maharaja dengan bini tua. Dah jadi sumbang mahram cina pulak.

Berbalik kepada bini muda tadi, nak balas dendam kat maharaja / laki dia tadi nih, dia pakat dengan anak no 2 untuk buat gerakan jemaah menentang maharaja dengan harapan untuk menjadikan anak no 2 dia ni maharaja pulak.

Namun dia silap sebab nak jadi maharaja kena kejam. Kalau kejam panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Lautan dalam boleh diduga tapi hati wanita siapa yang tahu?

Last sekali anak no 1 mati kena tikam belakang dengan anak no 3. Anak no 3 ni tension asyik dengar mak dia main dengan abang dia. Maharaja tension, maharaja pulak bunuh anak dia yang no 3 ni sebab rupa2nya anak no 1 tu is his favorite son.

Pastu anak no 2 dia datang serang istana tapi sebab taktik bodo last2 satu bala tentera mati kena bunuh. Dia pulak kena hukum bagi mak dia minum ubat tiap2 hari kalau tak dia kena hukum bunuh. Last2 dia bunuh diri.

Last2 bini muda jadi gila. Maharaja pun lega. Maybe maharaja ingat nak pegi cari bini tua balik tapi sayangnya bini tua, anak dia yang dok main ngan abang dia ( anak no 1 tadi ) dah mati kena bunuh.

Last2 aku pun sedar rupanya aku ingatkan nak tgk film zhang yimou ni dgn harapan ada aksi2 tapi rupanya film kali ini penuh dengan emosi2. Pastu aku pun confuse. Ni cerita cina ke cerita hindustan. Namun ada la jugak a few scene yang menggamit suasana flying daggers seperti scene serangan dari bukit kerumah doktor diraja & bini tua yang sungguh mempersonakan selain dari dada dada yang merata rata di istana.

Anda mahu jadi maharaja?

http://www.sonyclassics.com/curseofthegoldenflower/

review : The Illusionist

Thursday, March 29th, 2007

1

“Nothing is what is seems”.

Jika kita melihat langit yang biru dan mengandaikan ia biru kita silap apabila langit sebenarnya bukan seperti warna yang dilihat. Begitu juga bila kita memikirkan yang pelangi hanya tujuh warna sedangkan ada berjuta partikel warna yang membentuknya.

Dunia ini penuh tipu dan muslihat musalmah. Ramai yang memper(daya). Ramai yang di’per’. Akhirnya manusia akan tersedar dan tersentak akalnya bila dunia yang dikaburi realiti hakikatnya hanyalah illusi bagi memenuhi keperluannya sebagai penghuni abdi duniawi.

“Everything you have seen here has been an illusion.”

Sejauh mana realiti yang kita lihat ini mempersonakan hingga mengaburi hakikat yang tersirat?

Crown Prince Leopold: He has tricked you, it is all an illusion!
Chief Inspector Uhl: Perhaps there is truth in this illusion.

***

2

Kerana cinta, Eduard Abramovich a.k.a. Eisenheim telah membuktikan bahawa enggang tidak semestinya dengan enggang manakala pipit pun tidak semestinya dengan pipit. Apa yang diperlukan dalam dunia adalah akal yang berfungsi mendahului zaman dan kebolehan ini sebenarnya meletakkan Eisenheim sebagai “the illusionist” yang bukan sekadar membuat silap mata didalam film, malah hingga keluar layar apabila penonton turut terpedaya dengan “helah” Eisenheim.

Saya kira film ini memang mantap dan bagus amat ditonton kerana ia mengubah konteks survival manusia untuk mengubah takdir kehidupan. Segalanya boleh berlaku dengan kemahuan dan akal yang bijak. Eisenheim membuktikan yang manusia boleh mengubah konstruk sosial yang membebani dirinya dan menikmati hidup yang lebih aman dan tenang disamping cinta yang tersayang.

Ditanya kepada Eisenheim oleh Chief inspector Uhl, “What do you want?”

“Nothing”.

“Then you shall get nothing!”

***

Recommended by ahmadzombie