Archive for the ‘thoughts’ Category

Turun dari gunung

Monday, August 25th, 2008

Saya baru kembali dan teringat satu lagu waktu kami anak2. Lagu ini dinyanyikan pada hari yang bukan isnin. Tajuknya, “penyair dari gunung”. Namun saya bukan seorang penyair, tapi benar, saya baru turun dari gunung. 

Allah selamatkan kamu….

Thursday, November 29th, 2007

 

Pada suatu malam yang indah di Isketambola, Abdul Wahub sedang makan malam bersama isterinya Ghashidah. Mereka meraikan harijadi Abdul Wahub yang ke 28.

 

Berkata Abdul Wahub kepada Ghasidah,

 

” I kalau umur 28, I makin kuat..”

 

” Kenapa u?”

 

” 2 + 8 = 10, 1+0 = 1. 1 kan ultimate kuat”

 

” Habis tu kalau umur u 29?”

 

” I double kuat. 2 + 9 = 11, 11 number bounce…. replicate… dalam arti kata lain… kuat, kuat”

 

” Kalau 30?”

 

” I become wise man. 3 is an intelligent and articulate number. 3 wise men… the 3 musketeers…”

 

“Hmmm… kalau…. 31?”

 

” 3 + 1 = 4. I kawin 4. kekkekeke “

 

“Amboi teringin ke bang…? Pasang niat nampak….. ( Buat muka masam sikit) Kalau 32?”

 

” Yang ini paling best. 32 I bukak mazhab baru. 3 + 2 = 5. Mazhab sekarang ada 4… so I tambahkan 1. Sebab semua dah complete….. kuat, makin kuat, mencapai  taraf wisdom…. dikelilingi bidadari….  so tiba masa untuk berbakti kepada manusia… I jadi imam Abdul Wahub… Anda mahu bahagia? Lebih kaya dari Tuan Sadiq…. Lebih kaya dari Tuan Ismet…….. Lebih kaya dari….”

 

Sekian

Khayalan Tingkat Tinggi

Wednesday, November 21st, 2007

 

Pendahuluan.

 

Hidup adalah perspektif. Atau point of view. Maka jika orang itu mempunyai point of view yang sempit, hidupnya akan sempit. Begitu juga sebaliknya. Ini ter-apply dalam cara yang paling mudah. Sebagai contoh: cara kita memahami lagu. Ada seribu satu makna yang berbeza ter-manifest dari lagu. Kita berhak memilih yang mana yang paling sesuai dengan kita. 

 

2.

 

Terlampau banyak keredhaan tuhan dalam kehidupan membuatkan seseorang terfikir. Apakah keredhaan ini hanya dikecapi dalam masa 63 tahun sahaja (1) ? Atau tuhan menyimpan rahsia yang lebih tinggi hingga perlu kepada taraf pencapaian hakikat tertinggi untuk memahami, akses dan merasai?

 

Sebagai contoh : teori big bang (2) . Dalam satu saat, penciptaan alam bermula dengan sebesar guli. Satu lagi saat, alam sebesar bumi. Dan seterusnya dan seterusnya. Alam tetap berkembang hingga kita pun tidak tahu sebesar mana alam ini. Jika life source kita berpaksikan matahari ini, maka bayangkan kalau matahari pun wujud beratus - ratus bilangannya sedang kita hari ini cuma bernafas dibawah payung satu matahari. Apakah tuhan membazirkan space atau ruang sekiranya yang mutlak adalah manusia sebagai khalifah? (3) 

 

Oleh kerana untuk mengenal tuhan seseorang harus mengenal sifatnya, dan sifatnya ini ada pada diri manusia, (4) dan manusia adalah raja khalifah di muka bumi ini. Salah satu cara mengenal sifat manusia adalah melalui mengenal alam ini dimana potensi seorang manusia dicungkil melalui kefahamannya tentang alam. Dengan alam yang sentiasa berkembang : Adakah dengan hanya 63 tahun manusia bisa mencapai akses tertinggi dengan penciptanya? 

 

Penjelasannya begini. Persoalan ini terzahir daripada hubungan relativiti manusia sebagai khalifah di muka bumi dimana alam dijadikan untuk berkhidmat kepada manusia melalui rahsia yang terlah di- embed kedalam sanubari. Dengan erti kata lain, Adam diturunkan ke bumi untuk mentadbir segala pelusuk alam. Sekali lagi, perspektif memainkan peranan yang penting disini. Jika seseorang mempunyai pengetahuan sebesar rumahnya, maka dia hanya mentadbir ruang lingkup rumahnya atau hanya ruang rumahnya yang berkhidmat kepadanya.

 

Jika seseorang mempunyai pengetahuan sebesar Malaysia, maka yang berkhidmat kepadanya adalah sebesar Malaysia.

 

Bagaimana dengan Adam yang turun ke bumi? Adakah tuhan menyediakan hanya bumi kepada ciptaan manusia yang pertama ini sedangkan telah dijelaskan tuhan memberi segala pengetahuannnya kepada Adam.(5) Sekurang-kurangnya Adam pasti mengetahui perihal big bang kerana gurunya tuhan, bukan seorang saintis atau cikgu fizik. Adam juga tahu tentang wujudnya beratus - ratus matahari. Jika Adam tahu tentang kewujudan ini, Adam pasti tahu akses kepada fungsi beratus - ratus matahari ini. Kesimpulannya, tuhan tidak membazirkan space atau ruang kerana setiap ciptaannya adalah manfat kepada Adam.

 

Maka berbalik kepada persoalan asal. Adakah tuhan memberi manusia hanya 63 tahun sahaja untuk mencapai hakikat tertinggi lantas mempunyai akses kepada seluruh alam ini, termasuk beratus-ratus matahari tadi?

 

Terlampau singkat masa ini dan pantasnya masa meninggalkan kita melahirkan tanda tanya dalam hati. Apakah hidup yang sementara ini mempunyai segmen - segmen yang boleh disambung sambung melalui kesedaran spiritual yang paling agung? Dalam kata pasar - jika perjalanan kali ini tidak sampai ke noktah akhir apakah seseorang mempunyai peluang untuk bermula dari mana dia berhenti pada episod perjalanan yang lain?

 

Bagaimana pula jika big bang bukan satu? Ketika inilah mungkin kita akan berkata “shit” maka benarlah demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian.

 

Saya sudahi teks ini dengan sebuah lagu dari Peterpan - Kayalan Tingkat Tinggi dengan ucapan, bukan wajah perempuan yang dicari jua bukan tangan perempuan yang dinanti.

(6)

 

***

(1) 63 tahun = umur prophet Muhammad S.A.W

 

(2) http://en.wikipedia.org/wiki/Big_bang_theory

 

(3) 2:30 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. 

 

(4) Awal mengenal agama, mengenal tuhan. Awal mengenal tuhan, mengenal diri melalui sifat 20.

 

(5) 2:31

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. 

 

(6) http://www.songs-lyrics.net/so-Peter-Pan-lyrics-Bintang-Di-Surga-lyrics-Khayalan-Tingkat-Tinggi-lyrics-E703A363C0010003D7.html


Diatas Normal

Monday, November 19th, 2007

Suatu hari aku berjalan ke daerah kelam. Daerah ini membunyikan nasib nasib. Ada yang malang. Ada yang senang. Ada yang geram. Ada yang tenang.

 

Maka hari itu aku duduk diam. Datang kepadaku seorang manusia yang aku lihat pada wajahnya seribu gelora. Dia duduk disebelahku kaku. 

 

Aku merasakan sesuatu yang tidak selesai. Di wajahnya aku lihat ada bulu bulu tebal yang berserabut. Tidak terurai. Kalut. Bersimpul. Kusut.

 

Aku tanya kepadanya. Wahai manusia, apakah yang membuatkan kau belayar tanpa hala tuju? Dia berkata kepadaku. Dendam.

 

Dendam hidupnya. Pada empunya kuasa. Pada yang menentukan jalannya.

 

Aku diam. Aku bersedih atas jawapan itu. Aku menarik nafas, maka aku hulurkan tangan dan aku memegang langit tertinggi dirinya.

 

Perlahan - lahan aku membuka ikatan. 

Perlahan - lahan aku meleraikan kekusutan keadaan.

 

Apakah kau fikir, tuhan itu kedekut?

Apakah kau fikir, tuhan itu garang?

Apakah kau fikir, tuhan itu sengaja menyusahkan hidup kau?

Apakah kau fikir tuhan itu kejam?

 

Aku lihat pada wajahnya timbul sebuah bintang kecil yang mengelip - ngelip. Agaknya bintang di syurga nyanyian Peterpan. Namun aku lega dan tersenyum sendirian. Walaupun bintang ini bukanlah matahari yang bersinar, sekurang - kurangnya satu titik cahaya telah timbul dan kapal hidupnya kini punya arah.

 

Di kakinya aku lihat tali pengikat alas sudah dikemaskan. Dia yang sebelum ini datang merangkak kepada ku sudah mula berdiri perlahan. Ditanya kepadaku, kemanakah arah yang harus dituju?

 

Selatan? Timur? Barat? Utara?

 

Aku memerhati penuh belas. Lantas aku jawab,

 

“kemana pun kau hadap wajahmu, kau hadapkan ke arahNya, kerana segala isi bumi isi langit ini kepunyaanNya”

 

Malam terus berlalu…. sebuah suara lahir dan berbunyi - bunyi Diatas Normal.

 

***

tangan tangan dari langit

Monday, November 19th, 2007

Ada satu cerita. Tentang satu tangan. Ada 5 jari kesemuanya. Tangan ini boleh memegang. Boleh merasa. Boleh menyentuh. Boleh meraba. Boleh meramas. Boleh segalanya.

 

Tangan ini ada 5 jari kesemuanya.

Aku pernah mencuri

Aku pernah mencerobohi

Aku pernah menyembunyi

Aku pernah apa yang kau bayangkan dalam hati

 

Namun pada satu hari.

Sedang aku duduk diam dalam sepi.

Aku mengamati.

 

Tentang tangan ini yang ada 5 jari.

Yang kiri.

Aku pusingkan dan mengadap diri ini.

Aku tegakkan kesemua lima jari.

 

Apa yang aku nampak?

Aku nampak…………..

 

***

nombor

Monday, November 19th, 2007

Nombor nombor yang menduga

 

Surat kepada kawan.

 

Kehadapan kawan ku yang berada di dalam sana.

 

Pernahkah kau terfikir yang hidup ini sudah dinomborkan.

Misal - nombor surat beranak

Misal - nombor kad pengenalan

Misal - nombor bilik asrama

Misal - nombor periksa

Misal - nombor temuduga

Misal - nombor kerja

Misal - nombor rumah

Misal - nombor kereta

 

Aku rasa benar, hidup sudah dinomborkan.

Misal - aku sangat risau tentang nombor nombor didalam bankku

Misal - aku sangat risau tentang nombor nombor didalam kocekku

Misal - aku sangat risau tentang nombor nombor yang tidak ku dapat dari wanita

Misal - aku sangat risau tentang nombor nombor yang tidak kena

 

Jika nombor tidak penting dalam hidupku,

Mengapa?

 

Mengapa nombor itu 99?

Mengapa nombor itu 25?

Mengapa nombor itu 11?

Mengapa nombor itu 19?

Mengapa nombor itu 24?

Mengapa nombor itu 17?

Mengapa nombor itu 6666?

Mengapa nombor itu ada?

 

Mengapa ada 1 dan mengapa ada 0 untuk membentuk segalanya?

 

Mengapa nombor?

Mengapa aku hanya fikir nombor ?

 

Apakah nombor yang paling aku takuti?

 

Nombor yang bilangannya sudah cukup dan terhenti,

Lalu aku pergi.

 

Yang benar,

 

Aku disini 

 

 

****

Hampa

Monday, November 19th, 2007

 

Aku pernah menemui satu cinta

Yang sangat dalam

 

Namun cinta ini membuatkan aku kelam

Aku tenggelam

 

Lantas aku bertanya kepada aku sendiri

Apakah bukan cinta ini yang aku cari?

 

Apakah aku tersalah erti?

 

Mengapa hari - hari ku terasa sangat babi.

Aku melihat manusia manusia yang sangat keji.

 

Adakah kerana aku juga keji?

 

Mengapa hari - hari ku sangat anjing.

Aku melihat manusia manusia yang hancing.

 

Adakah kerana aku juga hancing?

 

Aku melihat manusia ketawa

Aku melihat manusia bahagia

Aku melihat manusia berduka

Aku melihat manusia kecewa

 

Aku melihat aku sendiri.

 

Adakah aku ketawa?

Adakah aku bahagia?

Adakah aku berduka?

Adakah aku kecewa?

 

Hampa adalah satu perasaan yang paling bahaya

Untuk tidak hampa

Aku berhenti berharap pada semua.

 

 

****

Perjalanan

Monday, November 19th, 2007

 

Kata orang, berjalanlah kamu

Supaya kamu sampai.

 

Adakah kerana destinasi yang aku cari?

Atau

Adakah kerana aku sangat sepi disini?

 

Kata orang, berjalanlah kamu.

Supaya kamu faham.

 

Adakah kerana aku tidak pernah  mengerti?

Atau

Adakah kerana aku tidak pernah merasai?

 

Kata wakil itu.

Kamu mahu sampai kemana?

 

Saat itu aku terkejut.

Lantas kaku.

 

Bukan destinasi yang paling abadi

Perjalanan itu yang harus suci.

 

***

Hati yang kosong

Monday, November 19th, 2007

Hati yang kosong

 

Adalah apabila dalam rancak keramaian, kamu teringat pada nya.

Adalah apabila dalam perjalanan, kamu terkenangkan pada nya.

Adalah apabila dalam hal perbincangan dunia, kamu merasa bosan.

Adalah apabila dalam kesunyian, kamu sebak bila memikirkan nya.

 

Hati yang kosong

 

Kamu terpaksa lalui walaupun kamu tak tahu mengapa

Kamu terpaksa hadapi walaupun kamu tak mahu amati

Kamu terpaksa rasai walaupun kamu tak mengerti

Kamu terpaksa selami walaupun kamu tak memahami

 

Hati yang kosong

 

Adalah permulaan segalanya

Segala yang kamu ingin tahu dalam dunia

Segala yang kamu ingin kenali dalam dunia

Segala yang kamu ingin fahami dalam dunia

 

Hati yang kosong

 

Adalah pintu rahmat yang paling agung

Kerana apabila hati kamu kosong,

Kamu akan menemui dia……..

 

***


SMS fwd, Email fwd

Wednesday, October 3rd, 2007


Fenomena suka mengfwd bagaikan satu hobi, atau kemestian dalam masyarakat setempat di Malaysia ini. Seolah-olah, apa yang kita terima setiap hari sama ada dalam media email, atau sms WAJIB difwd kepada rakan-rakan walaupun tanpa usul periksa. Ini mungkin kerana orang melayu sangat suka dan faham tentang konsep “knowledge sharing”. Kata pujangga, “Having knowledge is powerful but sharing knowledge is more powerful”. Justeru itu, forum, club-club clubbing atau inbox kita dispam dengan pelbagai mesej dari mesej-mesej keagamaan, mesej cepat kaya hinggalah mesej membesarkan kote, dan sebagainya.

 

Terpulang pada intuisi hati masing-masing sama ada untuk mempercayai akan mesej-mesej spam ini kerana dalam dunia post-modernism ini, tidak semua yang percuma itu bernilai. Kebahayaan mesej spam jika dikelaskan mengikut tahap bahaya adalah bermula dari yang boleh menipu duit manusia hinggalah yang boleh menipu akidah manusia.

 

Oleh kerana konteks tulisan ini adalah berdasarkan bulan ramadhan penuh barakah, maka saya akan mengfokus kepada spam keagamaan sahaja.

 

Kita pernah menerima mesej tentang selawat atau tasbih atau takbir 12 kawan 12  jam. (1) Kita pernah menerima mesej mimpi pak arab penjaga pintu makam. Mesej - mesej berantai ini memang pasti dimulakan oleh sesetengah pihak yang bukan sahaja ingin, tetapi memang mengambil kesempatan atas kedangkalan akal umat melayu. Mengapa ini terjadi?  Kata sesetengah orang melayu, apabila sampai pada perihal agama, kita tidak boleh menggunakan logik. Ini mungkin kerana ada satu fahaman bahawa logik dan agama tidak boleh bersatu. Tidak menggunakan logik sama jugalah maksud jangan guna akal. Maka bila kita terima mesej untuk menjadi kaya dalam masa 12 jam dengan hanya mengfwd kalimah tauhid atau seumpama, kita tidak menggunakan akal. Pada saya bila kita lupa menggunakan akal, kita akan dipergunakan. Persoalan logik dan agama mungkin sensitif namun tidak masuk neraka untuk kita berbincang tentangnya jika niat kita suci dan ingin mengetahui hakikat sebenar.

 

Terbaru, adalah mesej tentang doa malaikat jibrail kepada tuhan menjelang ramadhan. Saya pernah menerima sms ini dan saya percaya anda juga mungkin pernah menerimanya pada awal ramadhan dahulu. Hari ini saya menerima lagi didalam club namun ada sedikit pertambahan ulasan. Penulis itu mengingatkan bahawa kemungkinan hadis ini hadis palsu kerana tidak ada sumber riwayat.

 

Saya lega kerana ada juga jenis kelompok manusia yang berfikir sebelum mengfwdkan mesej. Saya lega lagi apabila kelompok sebegini menulis ulasan mereka dan ini tidak kiralah sama ada mereka setuju atau membangkang. Sekurang-kurangnya, sama ada setuju atau tidak, mereka menambah pendapat mereka daripada terus-terus bodoh - bodoh mengfwd mesej tanpa usul periksa.

 

Namun untuk menuduh orang bodoh bukanlah bidang kuasa saya kerana kebodohan dan kepandaian adalah milik yang maha berkuasa. Kita cuma menerima dan beruntung dapat merasakan nikmat itu. Maka, saya berpendapat, ada segelintir dari kita terperangkap dengan ugut - ugutan mesej spam yang mereka terima. Sebagai contoh, jika anda tidak sebarkan mesej ini, anda akan mendapat bala. Ataupun secara reverse psikologi, orang yang kedekut adalah orang yang membiar email ini malah tidak menyampaikan kepada orang lain.

 

Kerana takut menerima bala atau takut dilabel kedekut agaknya, ok, what the hell… it is just an email so kita pun mengfwd sahaja tanpa usul periksa. Sekali lagi kita tidak menggunakan akal disini. Apakah status kita sebagai manusia bila diugut dengan mesej malah mesej spam dari ntah sapa - sapa? Sekurang - kurangnya mulia sikit kalau kita diugut kucing daripada diugut mesej spam.

 

Berbalik kepada doa malaikat jibrail, ini adalah beberapa pendapat saya kenapa mesej ini adalah sebahagian daripada dusta agama.

 

1. Malaikat tidak mempunyai nafsu. Jika tiada nafsu, bagaimana ada kehendak sedangkan doa itu kehendak.

 

2. Nabi mengaminkan doa malaikat? Antara nabi dan malaikat, siapa yang lebih mulia @ sebaik- baik kejadian?

 

3. Apa kena mengena malaikat nak sibuk - sibuk suruh Allah terima atau tidak terima puasa manusia sedang malaikat pun tak puasa? Malaikat ni advisor Allah? Ini sangat mencerminkan budaya orang melayu yang sangat iri hati dan suka jaga tepi kain orang.

 

Apa pendapat anda? Jangan pula percaya pada tulisan saya seratus peratus kerana anda bukan kucing. Yang membezakan manusia dengan kucing adalah akal.

 

Sekian.

 

Bacaan Lanjut :

 


(1) http://ahmadzombie.com/2006/03/24/12-words-12-hours-12-stupidity/

 

(2) http://groups.yahoo.com/group/shahpekan96/message/6708