Archive for the ‘Uncategorized’ Category

misteri ujian

Monday, August 13th, 2007

Ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Kerana jika kita yang diuji, harusnya kita mempunyai kekuatan yang boleh kita aturkan untuk mengatasi perit ujian itu.

Sebaliknya bila orang yang kita paling sayang itu diuji - yang hanya mampu kita lakukan adalah segala cubaan membantu atas segala asa didunia, dan diikuti dengan doa.

Kerana itu saya katakan, ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Gayanya tuhan menguji orang yang kita sayang tapi sebenarnya ujian itu diturunkan sekaligus menguji kita. Itulah yang paling berat sebenarnya.

Lantas kita jangan lupa yang segala tindak tanduk kita juga adalah sesuatu yang harus dijaga dan diperiksa untuk berjaya dalam ujian yang diberi.

Mengapa tuhan menguji manusia? Saya kira tuhan bukanlah maha zalim atau maha tidak adil. Kerana ujian itu adalah bagai berjalan dalam gelap melepasi sesuatu halangan untuk sampai ke pintu keluar yang cerah, pasti Tuhan mempunyai “surprise” yang disimpan untuk kita di hujungnya.

Apakah syarat untuk melepasi halangan itu wahai sahabatku?

1. Segala asa didunia.
2. Diikuti dengan doa.
3. Yang paling akhir, yang paling mahal, yang paling sukar, yang paling ultimate dan yang paling penting untuk menikmati “surprise” tuhan :

Redha.

Semoga kita melepasi setiap ujian yang tuhan telah tetapkan. Jawapan yang paling padat dan tepat dirasakan akan sampai kehati kita, sampai ke fikiran kita, setelah kita memahami mengapa semua terjadi, sebaik sahaja / sejurus kita sedar dan mula redha menerima ujiannya. Tanpa redha, jawapan tidak akan sampai dan kita tidak akan kemana- mana.

Takziah buat Rohana dan keluarga serta semua kawan2 yang sedang menghadapi ujian-ujian berat dari illahi.

Semoga kita semua bahagia dan gembira

Wednesday, May 16th, 2007

Tulisan sang munsyi kepada kekasih - kekasihnya, saat sang munsyi mengalir tenang di lautan luas itu, ketika dia menoleh kewajah silam, adalah, berbunyi, begini :

Buat kekasih - kekasih yang pernah ku lelahkan segala daya,
yang hanya ketika itu hanya untukmu
sedang aku tidak tahu rupanya
ada untuk untuk yang lain

akan ku hembuskan pengetahuan dan rahsia adam
akan ku hembuskan ikhlas yusuf dan azam zulaikha
akan ku hembuskan hiba hajar dan cemburu sarah

agar suatu hari di masa hadapan
di kala aku menoleh sekali lagi kepada wajah silam hari ini :

benar munsyi. tak harus kau sesali atas takdir ini.

yang benar - benar,

munsyi ahmad abdullah

p/s semoga kita semua bahagia dan gembira

Apabila anda teringat kisah silam ketika anda mendapati masa depan baru itu sedang mahu bermula.

Wednesday, May 16th, 2007

Rasanya… entah…

test

Monday, October 30th, 2006

test

download

Masyarakat Online dalam jamban

Wednesday, September 27th, 2006

Beberapa bulan lalu penulis telah dikejutkan dengan silap mata yang ditunjukkan oleh kawan penulis iaitu yang berbahagia Toktoy. Ketika itu di rumah penulis, Toktoy telah membuka laptop lantas membuat connection internet melalui handphonenya.

Sungguh kagum penulis lantas berkata, “wah… jika begini majunya teknologi, gue bisa baca paper dalam jamban!”

Maka tidak hairanlah Toktoy yang sewaktu itu bertugas secara sampingan sebagai guru terampil di sebuah universiti tempatan sering sahaja laju menunjukkan web-web contoh buat pedoman para students multimedianya di sana, tanpa sebarang keperluan wireless dari pihak universiti.

Hari ini akibat kerosakan handphone penulis, dan didesak oleh keperluan online hampir setiap hari - penulis telah membeli handphone 3G spot itu dan cuba untuk belajar bersilap mata seperti rakannya. Namun jelas setiap usaha ada kesulitan dan sesungguhnya benar, kesenangan akan terbit selepas kesulitan.

Penulis yang kebetulan mempunyai iBook lama maka amat sukar untuk penulis mencari ilham bagaimana untuk membuat connection sedangkan kebanyakan tutorial online adalah berdasarkan spec PC. Untuk itu penulis merasakan ada satu macam diskriminasi OS telah berlaku di tanah melayu ini. Penulis lantas terfikir bagaimana agaknya dengan nasib OS-OS yang lain? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Akhirnya berkat pertolongan Al fadhil John Zulazri Fackie @ Techie, penulis berjaya membuat connection 3G melalui bluetooth dengan iBook.

Maka sesiapa yang selepas ini bakal menghadapi permasalahan yang sama, anda boleh merujuk kepada tutorial yang telah ditulis demi untuk tidak menyusahkan semua MAC user tanah melayu.

Selamat membaca paper online dalam jamban!

http://secretschool.org/2006/09/27/how-to-connect-3g-with-mac-phone-as-a-modem/

“I sound stupid….”

Friday, September 1st, 2006

Disebuah sekolah asrama di suatu pekan, ada 2 orang senior tgh berborak sebelum light off.

“Gua bengang betul la dgn mamat Faiz ni…. ada ke pakai kasut riadah gua tak sound gua… dahlah baru form one… nak kena sound nih”

“Sound’s good. Gua pun lama tak sental nih… apa kata kita cergas sekarang! Ayuh!”

Tiba-tiba muncul mencelah seorang lagi senior, “weh… korang nak sound dia dengan apa ni? Kaki ke tangan? ”

***

usulluname # 04 - secretlabmedia

Sunday, July 23rd, 2006

Secretlabmedia adalah tempat dimana saya bekerja sekarang ini.

Mencari maksud disebalik nama secretlabmedia secara kegilaan anagram yang menghantui saya beberapa jam ini telah menghasilkan beberapa conclusion,

1. adakah secretlabmedia memang masa depan kami yang berjaya?
2. atau talent kami lebih expert dalam bidang lain selain IT & multimedia?

jika ini benar maka apakah nature of business yang sswai bagi secretlab?

menjawab persoalan ini, here comes the anagram of secretlab media:

aimed rebels act THUS rebels act aid me - mengerjakan secretlabmedia secara bermatlamatkan rebel/pemberontakan kerana tindakan atau aktiviti rebel itu membantu saya.

aid me clear bets - membantu saya melangsaikan pertaruhan (risk atau hutang?)

so apakah tindakan rebel yang harus dilakukan ?

jawapan: aid me select bra

*** Partner secretlab sekalian, mari kita mencoba business BRA. Mana tau ada untung.

Apapun anagram yang paling saya suka bagi secretlab media adalah:

aimed arts be cel

seperti matlamat kami (secretlabmedia) menjadikan seni itu sesuatu yang transparent (cel = celluloid ). Sesuatu yang transparent adalah sesuatu yang tidak kelihatan.

Sesuatu yang tidak kelihatan adalah sesuatu yang di”rasa”i.

Matlamat kami telah membawa kami subconciously mencari rupa yang tiada bentuk…..

Judas, Jesus dan Da Vinci Brown

Thursday, May 18th, 2006

The Da vinci code phenomenon telah melanda Malaysia. Hypenya sudah terasa. Seperti beberapa hari lepas, saya yang kebetulan menghantar kereta untuk diservis telah melihat muka monalisa yang terselak dengan code2 berterbangan - seorang female yang asyik membaca buku Dan Brown itu.

Dan phenomenon ini lebih terasa dengan minggu2 discovery channel - The secret bible week dimana kita akan melihat bagaimana theory Da vinci code diperjelaskan dengan lebih terperinci. Juga serangan balas untuk itu : Conspiracy on Trial yang membetah teori - teori ini boleh juga ditonton.

Semalam saya sempat bertemu dengan ahli-ahli pemikir dan filosof chemical yang menjaga “the theory of balance” di twin tower petronas (dimana jika balance akan tergugat jika salah seorang dari penjaga theory ini mati, maka KLCC berada dalam keadaan yang tidak stabil). Kami sempat berdiscuss panjang lebar ttg krismas yang dipercepatkan tarikhnya, hari paganism : sunday iaitu hari menyembah matahari sebenarnya adalah maksud tersirat hari christianity ke church dan lain - lain lagi.

Discussion kami kemudian singgah ke Kinokuniya untuk mendapatkan visual yang lebih mendalam. Dan nyata, amat membuahkan hasil untuk free reading. Mujur juga luas square feet office 2 orang ahli pemikir @ rakan sepersekolahan shahbogel ini sampai ke tingkat bawah klcc… so takde masalah tuang kerja kerana technically mereka masih lagi di office.

Selepas itu saya balik dgn otak yang letih dah terpaksa tidur sepanjang petang kerana telah banyak menggunakan energy untuk mecapai tahap ilmu dari 2 orang pemikir filosof chemical tadi.

Apa pun yang dibawa oleh Da vinci code sebenarnya pada saya bukan satu teori pembuktian untuk sesuatu, atau untuk mengubah kepercayaan. Seperti yang dikatakan pada akhir dokumentari The Gospel of Judas :

Is not what you believe, it’s why you believe

Bagi kita yang muslim ini, mengapa kita percaya tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, dan juga mengapa kita percaya muhammad itu pesuruhNya.

Mengapa ye…..

Wallahualam.

new installation

Wednesday, March 15th, 2006

just install this new type of fantastico… thanks to ahmadazwan.com for his generousity to tell me this short - cut technology.

I need to tell mr. toktoy2k for this great writing opportunity… as he always told me:

melukis dengan menulis,
menulis dengan melukis

means… to draw by writings, to write by drawing.