Archive for the ‘usulluname’ Category

Usulluname # 03 - Ahmadzombie

Sunday, July 23rd, 2006

Semasa menonton “The davinci code” kita diperdekatkan lagi dengan bahasa-bahasa anagram. Apakah anagram?

anagram |ˈanəˌgram| noun a word, phrase, or name formed by rearranging the letters of another, such as cinema, formed from iceman.

Saya telah tidak sengaja malam ini telah menjumpai anagram bagi Ahmadzombie, salah satu method usulluname yang baru difikirkan agak menarik dipraktikkan.

A MAD ZOMBI HE ( dia zombie yang gila )

ADAM ZOMBI HE ( dia zombie bernama adam/ dia zombie pertama )

AMAZE BOD HIM ( dia adalah orang pelik/hairan/takjub )

DE AMAH ZOMBI ( orang gaji kepada zombie )

BAD IMAM HE OZ ( dia imam kejahatan yang berat )

Apakah anagram anda? Anda mungkin menemui sesuatu.

Usulluname # 02 - Balakong

Friday, April 7th, 2006

Usulluname # 02 - Balakong

Soalan : Cuba anda teka, macam mana BALAKONG boleh dapat nama BALAKONG?

Jawapan : Pada satu hari ni ada seorang awek ni nama dia Suzana. Suzana ni ada balak nama dia Rahmat. Suzana ni ada housemate nama dia Mei Ling.

Ok Suzana ngan Rahmat ni memang couple gila la. Jiwang gila… like love is blind. Sekali satu hari tuhan nak uji si Suzana yang sayang gila2 ngan dia punya balak… Rahmat telah mati dan kembali ke rahmat Allah bila Rahmat terlibat dalam satu accident.

So punya la Suzana frust gila sampai gila isim sebab boyfriend mati. So bila Suzana balik rumah, Mei Ling pun tanya Suzana…

” Su… mana u punya balak?”
“Balak i dah mati la….”
” u mean… BALAK - KONG???”
” ye… Balak i sudah Kong!”

So last2 sebabkan terlampau kiciwa amat sangat aleh2 Suzana couple ngan Mei Ling jadila diorang ni Lesbo.

So itulah kisahnya macam mana BALAKONG boleh dapat nama.

Sekian.

Anda : mana aci kesian la kat Rahmat sebab mati

Ahmadzombie : Abis tu nama pun Rahmat, Rahmat is bless. God bless Rahmat. God rahmati Rahmat.

Habisssssss… pastu Ahmadzombie ngan bini pun sampai la kerumah diorang.

Usulluname # 01 - Bank Rakyat

Friday, April 7th, 2006

Usulluname # 01 - Bank Rakyat

Soalan : Cuba anda teka, macam mana bank rakyat boleh dapat nama Bank Rakyat?

Jawapan : Pada zaman dahulu, ada seorang sultan ni. Pastu dia nak buat bisnes, so dia find out yang bisnes duit paling laku dan paling cepat dapat untung. So sultan ni pun bukak la bank dan bagi nama “Bank Sultan”.

Namun setelah a few days operation hingga ke a few month, ternyata “Bank Sultan” ni profit dia tak banyak mana. Maka sultan yang murka dan murung ni pun pegi la turun padang and buat research apsal la bank dia tak laku.

So rupa - rupanya, bank dia ni agak menyusahkan orang sebabnya setiap kali customer nak masuk bank, diorang kena sembah “Ampun Tuanku” walaupun sultan takde kat bank. So ini sudah menyusahkan orang dan melecehkan. Nak keluar duit kena Ampun tuanku, masuk duit Ampun tuanku, bukak akaun Ampun tuanku… so customer pun fedup last2 simpan aje dalam bantal.

So punya la sultan fikir punya fikir last - last dia dapat idea : Instead of Bank Sultan, sultan pun tukar nama kepada Bank Rakyat.

Lebih sense of belonging…. lebih dekat kepada rakyat dan yang paling penting…. visually perasaan adalah bukan sultan punya tetapi terasa macam rakyat yang punya. Bila bank tu terasa cam bukan setakat bank bapak kita, tetapi bank kita maka kita pun selalu la pegi ke bank itu.

Maka jadilah nama “Bank Rakyat”…..

Sapa yang gembira? Sultannnnnnnn jugak.

Sekian.

Usulluname # 0 - History

Friday, April 7th, 2006

Usulluname

* Nota

Usulluname adalah praktis spontan untuk menguji sejauh mana manusia boleh berkata - kata tanpa berfikir, dan kata - kata itu boleh dikaitkan antara satu sama lain yang membawa kepada asal usul sesuatu perkara atau nama.

Usulluname boleh dikategorikan sebagai monolog manusia dengan dirinya untuk menentukan sejauh mana fikiran boleh menerima alasan, sejauh mana fikiran boleh mencipta kebenaran yang palsu semata - mata untuk kepuasan akal manusia.

Periode asal - usul adalah didalam kereta ketika ahmadzombie sedang drive, dan isterinya anda akan menjadi hakim untuk menentukan sejauh mana logiknya asal usul ciptaan ahmadzombie yang semestinya karut lagi menyesatkan itu.

Amaran : siri Usulluname adalah hiburan ringan antara suami isteri dan semuanya dalam cerita asal usul adalah rekaan dan KARUT semata - mata yang bertujuan bukan fitnah kecuali fiksyen.

Enjoy!