jawapan : rasa

November 17th, 2007

Oleh kerana sesuatu yang akan datang itu sangat dinantikan, bagai sudah menjelma hujung kuku yang mengigit bibirnya.

Maka satu jam dirasakan bagai satu minit. Satu minit dirasakan satu saat. Dan satu saat bagaimana pula untuk dijustifiasikan?

Ah! Kamu. Kamu hanya tahu bagaimana kesudahannya tanpa kamu mahu melihat proses penzahiran itu berlaku. Penzahiran itu berulang, dan berulang dan berulang lagi. Cuma bagi sesiapa yang bijak melihat antara ruang kosong itu terbit kebijaksanaan yang boleh dihayati sampai saat mati nanti.

Benarkah kata kawanku bahawa kerusi terbesar itu wujud di mata langit yang tinggi? Sedang aku berfikir apalah sangat lokasi jika erti yang sebenar itu pun tidak pasti.

Charlie berlari lari lagi. Larinya bagai kuda kencang yang memercikkan api - api kesiaan. Sayang Charlie bagi episod persediaan kalutnya ini masih kabur matanya melihat manis rahsia.

Bagaimana sesuatu yang tidak dapat dilihat itu diketahui wujudnya?

Jawapan : Rasa.

SMS fwd, Email fwd

October 3rd, 2007


Fenomena suka mengfwd bagaikan satu hobi, atau kemestian dalam masyarakat setempat di Malaysia ini. Seolah-olah, apa yang kita terima setiap hari sama ada dalam media email, atau sms WAJIB difwd kepada rakan-rakan walaupun tanpa usul periksa. Ini mungkin kerana orang melayu sangat suka dan faham tentang konsep “knowledge sharing”. Kata pujangga, “Having knowledge is powerful but sharing knowledge is more powerful”. Justeru itu, forum, club-club clubbing atau inbox kita dispam dengan pelbagai mesej dari mesej-mesej keagamaan, mesej cepat kaya hinggalah mesej membesarkan kote, dan sebagainya.

 

Terpulang pada intuisi hati masing-masing sama ada untuk mempercayai akan mesej-mesej spam ini kerana dalam dunia post-modernism ini, tidak semua yang percuma itu bernilai. Kebahayaan mesej spam jika dikelaskan mengikut tahap bahaya adalah bermula dari yang boleh menipu duit manusia hinggalah yang boleh menipu akidah manusia.

 

Oleh kerana konteks tulisan ini adalah berdasarkan bulan ramadhan penuh barakah, maka saya akan mengfokus kepada spam keagamaan sahaja.

 

Kita pernah menerima mesej tentang selawat atau tasbih atau takbir 12 kawan 12  jam. (1) Kita pernah menerima mesej mimpi pak arab penjaga pintu makam. Mesej - mesej berantai ini memang pasti dimulakan oleh sesetengah pihak yang bukan sahaja ingin, tetapi memang mengambil kesempatan atas kedangkalan akal umat melayu. Mengapa ini terjadi?  Kata sesetengah orang melayu, apabila sampai pada perihal agama, kita tidak boleh menggunakan logik. Ini mungkin kerana ada satu fahaman bahawa logik dan agama tidak boleh bersatu. Tidak menggunakan logik sama jugalah maksud jangan guna akal. Maka bila kita terima mesej untuk menjadi kaya dalam masa 12 jam dengan hanya mengfwd kalimah tauhid atau seumpama, kita tidak menggunakan akal. Pada saya bila kita lupa menggunakan akal, kita akan dipergunakan. Persoalan logik dan agama mungkin sensitif namun tidak masuk neraka untuk kita berbincang tentangnya jika niat kita suci dan ingin mengetahui hakikat sebenar.

 

Terbaru, adalah mesej tentang doa malaikat jibrail kepada tuhan menjelang ramadhan. Saya pernah menerima sms ini dan saya percaya anda juga mungkin pernah menerimanya pada awal ramadhan dahulu. Hari ini saya menerima lagi didalam club namun ada sedikit pertambahan ulasan. Penulis itu mengingatkan bahawa kemungkinan hadis ini hadis palsu kerana tidak ada sumber riwayat.

 

Saya lega kerana ada juga jenis kelompok manusia yang berfikir sebelum mengfwdkan mesej. Saya lega lagi apabila kelompok sebegini menulis ulasan mereka dan ini tidak kiralah sama ada mereka setuju atau membangkang. Sekurang-kurangnya, sama ada setuju atau tidak, mereka menambah pendapat mereka daripada terus-terus bodoh - bodoh mengfwd mesej tanpa usul periksa.

 

Namun untuk menuduh orang bodoh bukanlah bidang kuasa saya kerana kebodohan dan kepandaian adalah milik yang maha berkuasa. Kita cuma menerima dan beruntung dapat merasakan nikmat itu. Maka, saya berpendapat, ada segelintir dari kita terperangkap dengan ugut - ugutan mesej spam yang mereka terima. Sebagai contoh, jika anda tidak sebarkan mesej ini, anda akan mendapat bala. Ataupun secara reverse psikologi, orang yang kedekut adalah orang yang membiar email ini malah tidak menyampaikan kepada orang lain.

 

Kerana takut menerima bala atau takut dilabel kedekut agaknya, ok, what the hell… it is just an email so kita pun mengfwd sahaja tanpa usul periksa. Sekali lagi kita tidak menggunakan akal disini. Apakah status kita sebagai manusia bila diugut dengan mesej malah mesej spam dari ntah sapa - sapa? Sekurang - kurangnya mulia sikit kalau kita diugut kucing daripada diugut mesej spam.

 

Berbalik kepada doa malaikat jibrail, ini adalah beberapa pendapat saya kenapa mesej ini adalah sebahagian daripada dusta agama.

 

1. Malaikat tidak mempunyai nafsu. Jika tiada nafsu, bagaimana ada kehendak sedangkan doa itu kehendak.

 

2. Nabi mengaminkan doa malaikat? Antara nabi dan malaikat, siapa yang lebih mulia @ sebaik- baik kejadian?

 

3. Apa kena mengena malaikat nak sibuk - sibuk suruh Allah terima atau tidak terima puasa manusia sedang malaikat pun tak puasa? Malaikat ni advisor Allah? Ini sangat mencerminkan budaya orang melayu yang sangat iri hati dan suka jaga tepi kain orang.

 

Apa pendapat anda? Jangan pula percaya pada tulisan saya seratus peratus kerana anda bukan kucing. Yang membezakan manusia dengan kucing adalah akal.

 

Sekian.

 

Bacaan Lanjut :

 


(1) http://ahmadzombie.com/2006/03/24/12-words-12-hours-12-stupidity/

 

(2) http://groups.yahoo.com/group/shahpekan96/message/6708

 

ibrahim, sulaiman dari yusuf sendiri.

September 25th, 2007


Ibrahim lagi. Kali ini adventurnya lebih besar. Dia melihat masa hadapan yang tidak diketahui bakal syurgakah? Atau bakal nerakakah?

 

Ya dia telah lama menetap disitu sejak berhenti bernomad. Kalau dahulu dia hanya ada seorang pengikut setia yang menjalankan titahnya, namun sekarang telah bertambah lagi 2 - 3. Bezanya, dia sendiri yang patut tentukan bagaimana masa depan itu akan berjalan, dan bagaimana yang 2 - 3 ini akan berfungsi dengan baik. Kali ini kapasitinya lebih besar. Kautannya lebih dalam. Jalanannya lebih jauh. Hujannya pasti akan lebih lebat. Anginnya akan bertiup gila kencang.

 

Namun musafir ini matlamatnya satu. Mencari lombong - lombong emas agar dia menjumpai Sulaiman lewat senja kemenangan. Dia akan kecapi nikmat itu kerana hanya itulah pintu permulaan untuk dia kekal dalam noktah statik luas padang ketenangan.

 

Dan setelah itu, setelah puas menghirup nafsu dunia yang tak berhabisan, dia akan melebarkan sayap - sayap dan pedang - pedang saktinya yang bakal lahir dari anugerah pengetahuan - pengetahuan songsang arus syariat. Bukan merungkai rahsia - rahsia alam untuk tatapan yang tak pernah kelaparan, tetapi hanya sebagai sedikit syarat memenuhi fungsi diri sebagai sakti munsyi yang tidak kelihatan wajahnya kerana tiada akan rupa. 

 

Suara bisu itu akan menjadi pedoman buat perjalanan seterusnya, meniti pencarian lantas kalau upaya, naik semula untuk bertemu keluarga orang - orang gunung dulu dalam ruang lingkup tak bermakhluk masa.

 

Itu yang dilihatnya beberapa tika diwaktu realiti baginya. Dia memandang atas bukan lagi untuk mencari…. Dijemput masuk keadventur tanpa masa satu peluang yang bukan dijumpai berkali-kali.

 

Dan sesunggunya demi waktu siang dan waktu malam yang dikuasa milik oleh raja penciptaan, dalam malam gelap itu dari jauh ada api besar menyala terang membakar diri tanpa henti lagi.

Bagaimana rupa tuhan saya?

September 24th, 2007

Seingat saya, sejauh yang saya dibenarkan untuk mengimbas kembali segala moment pertanyaan saya dengan diri saya, salah satu daripadanya adalah : bagaimana rupa tuhan saya? Kejadian ini berlaku ketika saya berumur lima tahun. Oleh kerana ikon ibu adalah amat superior dalam hidup saya ketika itu, saya membayangkan bahawa tuhan itu saling tak tumpah seperti ibu saya. Rambutnya panjang, mukanya sejuk - sejuk hati tetapi ada perbezaan. Pertama, tuhan ini tidak berkaki tetapi seolah - olah bajunya panjang ke bawah dan seakan tergantung. Ini membenarkan alasan bagi diri saya bahawa tuhan itu ada dimana - mana kerana ia pantas terbang. Kedua, tuhan bewarna coklat seluruh muka dan bajunya. Ini saya tidak pasti kenapa namun begitulah ideanya. Mungkin pemikiran saya kurang bewarna lantas hanya terkurung dengan warna asas manusia sahaja.

 

Itu adalah visual terawal bagaimana saya melihat tuhan. Bagaimana pula dengan fungsi tuhan? Ketika itu, tuhan pada saya adalah pemberi anak. Ini kerana ketika saya bertanya kepada ibu saya bagaimana orang yang telah berkahwin boleh mendapat anak. Lantas ibu menceritakan bahawa pada malam hari, orang yang berkahwin iaitu ibu dan ayah (naratifnya bukan suami dan isteri) akan duduk bersama dan berdoa kepada tuhan agar dikurniakan anak. Jika makbul maka lantas lahirlah anak itu iaitu kamu (saya).

 

Maka pasti, seawal lima tahun umur saya tidaklah dapat membayangkan yang lebih jauh kecuali melihat ayah dan ibu duduk melutut sambil berdoa kepada tuhan agar dikurniakan anak setiap malam.

 

Lucu bukan? 

 

Ketika berumur tujuh tahun, saya mula belajar agama secara serius dan formal di sekolah rendah. Saya masih ingat saya amat terkejut bila melihat didalam buku agama yang tuhan itu bentuknya huruf Alif Lam Lam Ha. Seperti ular pun ada. Seperti naga pun ada. Lantas saya bertanya kepada ustazah saya mengapa tuhan sedemikan rupa dan mengapa ia tidak sama dengan tuhan yang saya kenal selama ini. Ustazah pantas menjawab, ini adalah tulisan nama tuhan, bukan tuhan, kerana tuhan itu duduk di syurga. Tidak ada orang yang pernah melihat tuhan lagi kecuali nanti bila mati dan masuk kedalam syurga. Tambah ustazah lagi, sebab itu kita harus berkelakuan baik dan jangan nakal-nakal supaya mati kelak masuk syurga dan bertemu tuhan.

 

Saya sangat pelik dan ini telah mengundang banyak soalan. Kenapa kita tidak boleh melihat tuhan?  Kenapa tuhan kita ular bukan bentuknya macam manusia? Kenapa tuhan duduk di syurga?

 

Namun segala pertanyaan ini tidak dapat saya luahkan kerana keterkejutan saya yang pertama tadi sangat cukup membengongkan saya beberapa hari hingga saya lupa persoalan tuhan ini akibat seronok bermain dengan kawan - kawan baru disekolah.

 

Itu adalah cerita perihal bagaimana rupa tuhan saya seawal saya menikmati hidup sebagai seorang kanak-kanak riang. Persoalan ini berpanjangan malah mungkin sehayat seorang manusia. Apa pun saya percaya, setiap persoalan ada jawapan kerana persoalan muncul dari seorang penanya, dan jawapan muncul dari sang pemberi jawap.

 

Bagaimana rupa tuhan anda?

Percintaan satu moment.

September 22nd, 2007

Saya bertemu dengan kawan lama yang sangat tenang perasaannya. Kami berbual pada malam merdeka, saat keramaian melaung dan menanti tika pengulangan makna itu. Agaknya memang tepat, merdeka - itulah perasaan yang dirasakan oleh kawan lama saya ini.

 

Walaupun terbit kesedihan diwajahnya, namun saya percaya apa yang terjadi keatas dirinya adalah satu peningkatan kematangan dalam hidupnya dimana dia diangkat lebih tinggi dari yang sebelumnya.

 

Benar, ujian datang tak kira waktu. Saya tidak dapat berkata apa - apa. Mendengar kisah lukanya, saya amat faham bagaimana pergolakan itu berlaku. Dia memang tabah orangnya. Pada saya, jika perkahwinan itu bukan setakat satu ritual tuntutan culture yang dimeriahkan dan dibrandkan, dia sudah 2 kali bercerai batin.

 

Jika manis kumpulan usrah mungkin boleh berkata, tuhan menemukan kamu dengan orang yang salah sebelum orang yang sebetulnya, saya cuma mampu menahan sebak dengan berkata ini :

 

Kamu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Dan dalam memenuhi keperluan sebagai seorang yang mempunyai itu, kamu akan diuji dengan perkara yang  maha hebat. Kemenangan bukan berpihak kepada mana - mana tetapi dapat dirasa oleh mereka yang melepaskannya. Redha adalah yang paling perit untuk dicapai.

 

Sudah 2 kali dia memilih untuk tidak memilih cinta manusiawi dari cintanya dengan cita-citanya. Saya tidak menyalahkannya kerana ini adalah perihal sekufu frekuensi dan faith menempuh sesuatu. Ia sangat subjektif bagi seseorang dan kita harus menghormati pendirian ini. Untuk itu saya dapat simpulkan bahawa - kamu akan menjadi somebody satu hari nanti. Ini bukan ujian manusia biasa.

 

Dalam pada itu, sempat juga dia berjenaka, “kau boleh mula panggil aku dud, (duda)”

 

Dan kami ketawa pada saat 31 Ogos itu bermula….

Al Fatihah

September 22nd, 2007

Dia datang malam itu. Kerumah mereka. Dengan berahi, dia melihat anak - anak perempuan mereka. 2 orang. Kakak dan adiknya. Oh…. mereka ini….

Bilakan dia dapat mencubanya?

 

Ibu mereka menyapa, “dah makan?”  Ayahnya yang bengis menoleh dan berkata, “Mari jamah….”

 

***

sang kabul dan pencipta melodi yang terindah

August 21st, 2007

bermula dari pagi lagi sang kabul telah datang ke hatinya. sang kabul membawa seruling dan meniupkan melodi yang terindah. suasana genting, ribut taufan, harijadi malah hari beraksi menembusi langit berahi jua dapat didengari melodi yang terindah itu. 

 

itu pun kalau dia perasan dan pernah mendengar.

 

untuk sentiasa mendengar melodi yang asyik lagi mengasyikkan, bukan satu anugerah yang boleh diminta-minta. dia harus pergi mengembara ke satu daerah yang paling sunyi hingga malam yang gelap bertukar menjadi cerah, itu pun akibat cahaya cahaya yang memecah kelam.

 

untuk ke daerah itu dia harus fokus dan tabah dalam segala. asa jua diperlukan. perjalanan yang penuh dengan cucukan cucukan dan desakan merah padam kadangkala boleh menyesatkan. tapi mungkin bagi sesetengah dia, terperangkap dalam ruang yang paling kosong boleh membawa keluar hingga sedar betapa penting nafas itu dihembus.

 

dan bila datang sang kabul dengan melodi yang terindah, kalau boleh, dia mahu khayal selamanya dalam irama majzub itu.

sang kabul, oh sang kabul

datanglah ke jantungku. agar dapat ku hembus segala huruf dan perhitungan bakal menjadi sebuah syurga idaman.

sang kabul, oh sang kabul

apakah perasaan yang paling indah mujarab didalam dunia ini?

bilaku dengar melodi menarikan tarian gembira dari sang pencipta melodi yang terindah : sang kabul itu sendiri.

 

la la la adakah sama melodinya setiap hari?

 

tidak. melodinya pelbagai dan yang paling menarik sekali : telah di-customize mengikut kamu yang ingin menyanyi.

 


review film : Simpsons Movie

August 16th, 2007

Serious, jika anda berada dalam karma kedukaan, pergilah menonton Simpsons Movie. Saya jamin anda akan ketawa terbahak-bahak tanpa henti, namun akan sebak dan hampir menangis pada satu scene, lantas sambung semula ketawa hingga ke akhir hayat film ini.

Ini adalah kerana saya, bukanlah peminat Simpsons sangat. Hasil kerja dan kraf kreatif Matt Groening yang paling saya sanjung adalah Futurama. Namun, bagai ada satu magis keajaiban yang dapat “capture” hati saya lantas mengundang kami kekal dalam maqam kegembiraan hingga habis.

Sedikit pesanan sebelum pergi menonton : untuk mendapat manfaat yang paling dalam dari film ini, Homerkan diri anda.

Homer akhirnya sudah faham bila kemuncak kebodohannya memberikan dia jawapan.

Kita bagaimana?

misteri ujian

August 13th, 2007

Ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Kerana jika kita yang diuji, harusnya kita mempunyai kekuatan yang boleh kita aturkan untuk mengatasi perit ujian itu.

Sebaliknya bila orang yang kita paling sayang itu diuji - yang hanya mampu kita lakukan adalah segala cubaan membantu atas segala asa didunia, dan diikuti dengan doa.

Kerana itu saya katakan, ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Gayanya tuhan menguji orang yang kita sayang tapi sebenarnya ujian itu diturunkan sekaligus menguji kita. Itulah yang paling berat sebenarnya.

Lantas kita jangan lupa yang segala tindak tanduk kita juga adalah sesuatu yang harus dijaga dan diperiksa untuk berjaya dalam ujian yang diberi.

Mengapa tuhan menguji manusia? Saya kira tuhan bukanlah maha zalim atau maha tidak adil. Kerana ujian itu adalah bagai berjalan dalam gelap melepasi sesuatu halangan untuk sampai ke pintu keluar yang cerah, pasti Tuhan mempunyai “surprise” yang disimpan untuk kita di hujungnya.

Apakah syarat untuk melepasi halangan itu wahai sahabatku?

1. Segala asa didunia.
2. Diikuti dengan doa.
3. Yang paling akhir, yang paling mahal, yang paling sukar, yang paling ultimate dan yang paling penting untuk menikmati “surprise” tuhan :

Redha.

Semoga kita melepasi setiap ujian yang tuhan telah tetapkan. Jawapan yang paling padat dan tepat dirasakan akan sampai kehati kita, sampai ke fikiran kita, setelah kita memahami mengapa semua terjadi, sebaik sahaja / sejurus kita sedar dan mula redha menerima ujiannya. Tanpa redha, jawapan tidak akan sampai dan kita tidak akan kemana- mana.

Takziah buat Rohana dan keluarga serta semua kawan2 yang sedang menghadapi ujian-ujian berat dari illahi.

review : ……

July 19th, 2007

apa movie yang dah review tiada disini.

thinking….

ah. mengantuk. esoklah.